السلام عليکم

Isnin, 27 Julai 2009

RENUNGAN : UNTUK DIRI KU JUA..

Salam..

…UNTUK RENUNGAN …

…Kekayaan;
tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tak megapa tetapi hendaklah takut dengan Allah, kerana kekayaan dan kesenangan selalu sahaja menjadikan kita sombong dan melalaikan kita.

…Jawatan;
jangan kita ghairah sangat hendak merebut jawatan kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab yang besar. Kalau kita diberi juga jawatan itu tanpa kita minta, sedangkan kita mampu, tidak salah pula kita terima tetapi kenalah kita takutkan Allah.

…Nafsu;
fitrah yang murni tidak membohongi kita, ia selalu sahaja boleh menerima kebenaran tetapi yang menghalang adalah nafsu dan syaitan.

…Tamak;
hendaklah kita bersungguh-sungguh membuang sifat tamak kerana dengan sifat itulah kita cinta dunia. Apabila cinta dunia, kita tidak merasa cukup dengan apa yang ada, sifat tamak dan sifat bakhil datang, akhirnya menjadi rebutan, disinilah rahsia hilangnya ukhuwah dan sebabnya timbul perpecahan.

...Nikmat Tuhan;
orang yang tamak tidak akan terasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang ada, dia seolah-olah tidak nampak lagi apa yang dia dah ada. Benda yang tiada itulah yang menjadikan fikiran dan ingatanya. Sebab itu orang yang tamak selalu sahaja susahkan apa yang tiada.

…Bertolak Ansur;
orang mukmin yang sejati itu walaupun tidak menolak nikmat dunia, tetapi nikmat itu tidak dijadikan rebutan. Dia bertolak ansur dengan orang lain.

…Cinta Dunia;
salah satu yang boleh pecah belahnya orang Islam kerana cintakan dunia, maka berebutlah mereka untuk mendapatnya dengan itu terjadilah perbalahan.

…Hak;
diakhir zaman ini, orang selalu memperjuangkan haknya, kalau tidak dapat boleh jadi masalah dan perbalahan. Jarang sekali di akhir zaman ini orang yang berjuang mengorbankannya hanya demi keredhaan Allah dan khidmat kepada masyarakat.

…Layak;
Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya tatapi Allah beri untuk menguji apakah kita boleh bersyukur kepada Nya.

…Syukur;
sepatutnya orang mukmin itu makin bertambah nikmat, makin bertambah risau kerana nikmat yang sedia ada belum dapat atau boleh bersyukur, kemudian ditambah lagi nikmat. Ini ditakuti juga kerana tidak akan bersyukur.

…Kehambaan;
bila berasa berTuhan itu tidak ada, secara automatically, rasa kehambaan tidak ada. Diwaktu itu kalau beribadah pun bukan boleh menghilangkan mazmumah tetapi menyuburkan mazmumah. Akhirnya ibadahnya itulah yang menghijabkan diri dari Allah.

…Mazmumah;
kita beribadah bertujuan menyembah Allah yang memang patut disembah. Jangan pula kita menyembah nafsu kita dengan cara membina mazmumah.

…Diri Sendiri;
orang Mukmin itu kalaulah menasihat itu bukan satu kewajipan, rasa hendak meninggalkan sahaja kerana sibuk menasihati diri sendiri.

…Kepentingan;
kalau orang itu ghairah sangat menasihati orang lain dengan melupakan diri sendiri , menunjukkan perjuangannya itu ada kepentingan diri yang tersembunyi.

…Anggota, Hati dan Fikiran;
orang Mukmin yang sejati itu bukan sahaja sangat menjaga mulut, mata, telinga dan lain-lain anggota lahir, tetapi gerakan hati dan fikiran pun sangat-sangat dijaga kerana ia juga terlibat dengan dosa dan pahala.

…Syumul;
kalau di dalam jemaah sendiri tidak dapat ditegakkan Islam secara Syumul sesuai dengan kuasa yang ada, apa jaminan kita boleh tegakkan Islam secara Syumul dalam negara yang lebih susah lagi.

RENUNGAN : BUAT UMAT NABI MUHAMMAD SAW

Salam...

…renungan buat Umat Nabi Muhammad SAW…

… Rasulullah SAW pernah tanya kepada iblis; “ Wahai iblis! Apakah ikhtiarmu ke atas umatku, Aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah SWT.”

… Jawab Iblis: “ Ya Rasulullah, demi kemuliaanmu, aku bersungguh sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikut ajaranmu, aku akan mencampurkan lelaki dengan wanita supaya mudah aku mencelah ditengahnya.”

… Tanya Rasulullah SAW lagi: “ Wahai iblis!, apa lagi yang engkau musykilkan?”

…Jawab Iblis: “Sebenarnya aku amat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara iaitu, Pertama: mereka mengakui menyintai Allah SWT tetapi pada masa yang sama meraka masih melakukan maksiat dan perbuatan mungkar.
Kedua: mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku.”

Firman Allah SWT kepada Iblis: “Sememangnya engkau makhluk terkutuk, demi kemuliaanKu, akan Aku berikan kepada ummat Muhammad dua kegembiraan iaitu Pertama; kecintaan mereka terhadapKu akan Ku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana helahmu, Kedua; marahnya mereka terhadapmu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan..”

Maka tercenganglah iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah SWT. Sedarlah iblis bahawa ummat Muhammad adalah umat yang disayangi Allah SWT yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


SUDUT CERITA : KAU MUNAFIK!!!

Kau MUNAFIK...!!

Sudi-sudikanlah.......


Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar

berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di

kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa.

Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua, Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.


Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu oleh Rashid

meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih

kurang empat jam. Rashid melirik ke wajah Zakiah, isteri yang

dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki,

mereka belum dikurniakan cahaya mata. Rashid tidak memikirkan sangat soal

zuriat kerana perkahwinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata. Hampir sejam berlalu, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika > mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena. > Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan > mengantuk. > Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik > wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Mahgrib. Kalau tidak > dingatkan, > pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Mahgrib. > > > "Dah Mahgrib, bang. Berhenti sekejap." > Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurang senang > mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan > sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan > di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah > kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi > langsung tidak mempan. > Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. > Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. > Selalunya > Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di > medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan. Rashid > tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia menghentikan kereta, > meminta Zakiah turun. > "Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan. > "Kiah pergilah&abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid > mudah. > > > Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid > memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, > terjaga > semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan. > "Abang tidur?" tegur Zakiah. > "Ha terlelap sekejap. Letih rasa badan ni." > "Kalau abang letih, biar Kiah bawak." > "Tak apa kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti." > Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai > turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam > keadaan jalan > licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah > berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan > diri > dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh > bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. > Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas > jalan dengan bahagian atas ke bawah. > Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha > keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak > sedarkan diri. > "Ya Allah selamatkan kami" bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah, > darah merah mengalir. > Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu. Kemudian > giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit. > "Tersepit tak boleh tarik" > "Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital." > Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S. W. T menyelamatkan > Zakiah dan dirinya. > "Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!" > Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh > dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal > untuk > menggerakkannya. > "Tolong saya, encik" pinta Rashid dengan nada sayu. > "Mengucap cik & berdoa kepada Allah cik akan selamat." > "Sabar encik tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai." > Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya. Dengan > keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu. Syukur > & > Pandangannya tertumpu pada seorang lelaki yang memakai jubah seba putih, > berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil > tangannya memegang tasbih. > "Ya Allah selamatkanlah aku" > Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba. Pasukan bomba > dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid > dari himpitan. > Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah > seorang anggota bomba bersuara. > "Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik kenapa tak boleh keluar?" > Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ > kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak > ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa > yang sedang menimpanya. > > > "Ini bukan kerja manusia macam kita, kena panggil orang yang tahu" > terdengar sebuat pendapat. > Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya > terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di > sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah > tadi berada di sebelahnya. > "Tuan tolong saya tuan" > > > "Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala" > "Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan" > "Kamu berdoa kepada siapa?" > > > Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas > begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi > lelaki > itu kelihatan seperti orang alim. > "Sudah tentulah pada Allah." > "Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!" > Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, > sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi > bercakap seperti orang yang tidak berilmu. > "Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya > mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang > mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta > pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari > mentua kamu!" > Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun > atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar. Lelaki > berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. > Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal > tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula > terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu > bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama > kemudia dia tidak sedarkan diri. > "Abang abang! Abang!!" > Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. > Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam > hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana. > "Sedapnya tidur dah naik serak suara Kiah mengejutkan abang" > Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! > Dia masih berada di tempat rehat. > "Kiah tunggu sekejap abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil > terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. > > > Zakiah tercengang, namun senyuman merekah di bibirnya. _________________

LAWAK SUFI..

Assalamulaikum,

satu lawak sufi...

Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi dan mengemukakan beberapa soalan.

Soalan pertama :
"Saudara kata Tuhan wujud, tetapi saya tidak pernah melihatnya. Cuba tunjukkan saya di mana Tuhan berada."

Kedua:
"Mengapa manusia mesti dihukum apabila melakukan kesalahan sedangkan semua itu adalah kehendak Tuhan? Manusia tidak punya kehendak bebas, tidak dapat melakukan sesuatu bertentangan dengan kehendak Tuhan."

Ketiga:
"Mengapa Tuhan menghukum syaitan dengan membakarnya dalam neraka? Bukankah syaitan itu berasal daripada api, jadi tentulah api tidak dapat memudaratkan dirinya?"

Ahli sufi itu tidak memberikan sebarang jawapan sebaliknya mengambil seketul tanah keras dan membaling kepala lelaki yang bertanya itu.

Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan ahli sufi itu,lelaki yang bertanya tadi pergi mengadu kepada seorang hakim.

"Saya mengemukakan tiga soalan kepadanya tetapi dia membaling kepala saya dengan seketul tanah keras lalu menyebabkan kepala saya bengkak dan sakit." katanya.

Hakim memerintahkan supaya ahli sufi berkenaan dipanggil dan apabila ahli sufi itu tiba hakim bertanya,
"Lelaki ini mengemukakan beberapa soalan dan kamu menjawabnya dengan membaling kepalanya dengan tanah, mengapa?"

Jawab ahli sufi itu,
"Ketulan tanah keras itulah jawapan kepada soalannya tadi :

Pertama, dia kata kepalanya sakit, sila tunjukkan di mana letaknya sakit itu, barulah nanti saya tunjukkan di mana Tuhan berada.

Kedua, mengapa dia mengadu pada tuan mengenai saya sedangkan apa yang saya lakukan semuanya adalah atas kehendak Tuhan.
Dan ketiga, yang saya gunakan untuk membalingnya adalah tanah, mengapa pula dia kata dia tercedera disebabkan itu?Bukankah manusia diperbuat daripada tanah???"

Lelaki itu senyap tidak berkata apa-apa dan hakim pula sangat puas hati dengan jawapan ahli sufi itu.

Moralnya:
1. Allah Maha Mengetahui
2. Tanya soalan dengan ikhlas, bukannya nak tunjuk pandai.
3. Allah penguasa hukum, manusia...makhluk yang perlu menurut hukumNya.

FAKTA... TAHUKAH ANDA?

FAKTA...
Tahukah anda...?

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsungtentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayamyang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.
hehehehehhehehehehe eh....... ....
Sentuh la telinga korang ngan siku sampai ia kena.......
Tak normal la korang maknanya

GURAU DAN CANDA RASULULLAH SAW

Gurau dan Canda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba,
orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil,
bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan
tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"
Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata
suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya
menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.
Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam
syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,
Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan
istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak
pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya
umurnya".
Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati
mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang
paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat
gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala
seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang
dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang
disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka
tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru,
demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal
cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair
mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku
pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat
Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke
atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair
telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia
mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair
dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah
diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam.
Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut
menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu
pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai
kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka
terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan
keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang
suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan
pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan
tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi
akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam
dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi
Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian
adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku
tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan
saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku
tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang
disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum
kafir itu. Ketahuilah bahwasanya kampung yang kekal itu lebih baik
daripada kampung yang binasa."
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang
bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah
kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada
Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa
tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya
Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan
musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan
dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu
dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah
kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan
pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung
yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang
masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh,
kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau
syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah
memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja semboyan perang
berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari
ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera
Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan
Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan
pertolongan Allah .
Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga.
Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun
berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari
mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu,
telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara
yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan
kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya
disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang
mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,
"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami
Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah
bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh-musuh
bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan
bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang
Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal
cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat
terhadap anak-anaknya sendiri. Mari! Segera memasuki medan tempur dan
segeralah untuk mempertahankan diri. Dapatkan kemenangan yang bakal
membawa kegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal
mewarisi kehidupan yang abadi."
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul
abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah
pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak
membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke
jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk
mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di
garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya
kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan
tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki
berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam
dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan
bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan
menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi
yang lainnya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk
memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal
kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai
dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah.
Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian
kecil saja yang dapat menyelamatkan diri.
Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam
yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia
itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang
syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu
juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa
memberitahukan bahwa keempat-empat anaknya telah menemui syahid.
Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak
bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,
"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan
mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan
aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang
masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan
pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita
penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya
ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

HUTANG : KEPERLUAN DAN KESERONOKAN???

Budaya Berhutang: Antara Keperluan Dan Keseronokan Yang Sementara


Bismillahirahmanirrahim…

Kebelakangan ini kita sering dikhabarkan dengan berita dan kisah penderitaan hidup individu yang terlibat dengan hutang yang tidak dapat dilunasi. Tidak terlepas juga beberapa bulan lalu kita telah digemparkan dengan berita keganasan Ah Long terhadap mereka yang gagal melangsaikan hutang masing-masing. Berita tersebut jelas mendapat perhatian banyak pihak dan tidak ketinggalan Perdana Menteri juga telah melahirkan rasa terkejut dengan kejadian seperti itu. Persoalannya, apakah senario hutang ini baru saja berlaku di sekeliling kita? Apakah puncanya, dan apakah selama ini tidak ada jalan penyelesaian kepada masalah hutang ini?

Pada hakikatnya, Islam telah terlebih dahulu menyentuh dan memberi garis panduan yang selamat dalam hal hutang ini. Agama Islam membenar malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan. Dalam masa yang sama, Islam memberi galakkan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah S.W.T :
Maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia" (Al-Hadid : 18)

Firman Allah S.W.T :
Maksudnya :
" Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan" (Al-Maidah : 2)

Namun demikian, Islam begitu teliti dan amat memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang tersebut kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini sehinggalah ke akhirat kelak.
Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.
Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Apabila direnung kembali, ternyata ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah :-
1) Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.
2) Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang, lantaran itu ia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanyalah untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.
3) Sikap tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang telah dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.
4) Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
5) Berkehendakkan sesuatu benda yang melibatkan material dan kebendaan dengan cepat dan pantas walaupun pada hakikatnya ia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu merupakan keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian, pelajaran dan seumpamanya, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis iaitu :-


Maksudnya :
"Daripada Abu Hurairah R.A., berkata seseorang ; Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik ?, Baginda bersabda 'Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya. "

Tetapi jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan merupakan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah ia berhutang, kerana hanya akan menambahkan bebanan lebih-lebih lagi jika melibatkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba'.

Perlu diambil perhatian bahawa, antara implikasi amalan berhutang ialah:-

1) Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.
2) Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam kancah resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.
3) Seseorang yang terbeban dengan hutang itu akan memungkinkan ia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh Syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.
4) Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meniggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup.

Sabda Rasulullah S.A.W :-
Maksudnya :
"Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya ".

Na’uzubillahiminzalik…!

Rasulullah S.A.W pernah berwasiat kepada para sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya :-

Maksudnya :
'Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas'

5) Amalan berhutang ini bukan sahaja melibatkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan ia berpanjangan hingga ke hari akhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W :-
Maksudnya :
" Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi "

6) Mereka yang berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan yang dilakukan, ia tidak akan selamat di dunia dan di akhirat sekalipun dia mati syahid. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :-
"Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya. " (Riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasai' dan Ibn. Majah)

Rasulullah S.A.W sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bahawa bila didatangkan kepada Rasulullah S.A.W satu jenazah, Rasulullah S.A.W tidak akan bertanya tentang amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, baginda menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah tersebut atau baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang tersebut akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Begitu juga akan halnya yang melingkari senario mahasiswa kini yang perlu kepada wang yang banyak untuk membiayai pelajaran mereka. Betapa ramai graduan hari ini dihimpit dengan masalah hutang pinjaman yang belum diselesaikan. Justeru itu, kita memerlukan satu mekanisma yang benar-benar mapan untuk mengatasi masalah hutang ini. Pada hemat saya, panduan dari Al-Quran dan As-Sunnah itu adalah penyelesaiannya!

BERDOSA BESAR BAGI ORANG YANG TIDAK BAYAR HUTANG

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)

(Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
(Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh: Jabatan Mufti Negeri Selangor

JANGAN MENINGGALKAN ZIKIR

Jangan meninggalkan zikir



Assalamualaikum wbt,

Saya menyeru kepada sahabat-sahabat semua, marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa serta penuh dengan keyakinan dan keikhlasan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Di dalam al-Quran Allah SWT bahawa Allah sentiasa mengingati hamba-hamba-Nya yang mengingati-Nya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Kerana itu, ingatlah (berzikirlah) kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Surah al-Baqarah [002], ayat 152)

Salah satu jalan untuk mengingati Allah SWT ialah dengan berzikir, oleh kerana itulah umat Islam digalakkan memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT jika mahu hampir kepada-Nya. Zikir adalah amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut serta disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Ianya merupakan rangkaian iman yang harus disempurnakan oleh semua umat Islam dalam keadaan khusyuk dan tawaduk. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan sebutlah (nama) serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (untuk melanggar perintah-Nya) dan dengan tidak pula mengeraskan (menyaringkan) suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk (menjadi) dari orang-orang yang lalai.” (Surah al-'Araaf [007], ayat 205)

Zikir ialah menyebut dan mengingat Allah seperti membaca tasbih ‘Subhanallah’ bertakbir ‘Allahuakbar’, membaca hauqalah ‘Lahaula wala Quwata Illa Billah’, membaca hasballah ‘Hasbiallah’, membaca basmallah ‘Bismillahir Rahmanir Rahim’, membaca al-Quran al-Karim dan membaca doa-doa yang mahsyur iaitu doa yang diterima daripada Rasulullah SAW.

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Ketahuilah wahai kaum Muslimin bahawa amalan berzikir itu sangat banyak fadilatnya. Antaranya ia boleh menjauhkan diri kita dari bersikap lalai dan lupa kepada Allah SWT, boleh meluruskan fikiran dan hati untuk terus mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, memberi ketenangan batin atau ketenteraman jiwa yakni sakinah. Zikir juga boleh menyebabkan pengamalan mendapat keampunan dari Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 35)

Di samping itu, zikir ‘Lailahaillallah’ mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan, antaranya ialah:-

Pertama : Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.

Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.

Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)

Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.

Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.

Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Jangan meninggalkan zikir

Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaian mu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaian mu terhadap Allah ketika kamu berzikir.

Semoga Allah menaikkan darjatmu daripada zikir dengan kelalaian, kepada zikir yang disertai ingat (sedar) terhadap Allah, kemudian naik pula dari zikir dengan kesedarang ingat kepada zikir yang disertai rasa hadir dan dari zikir yang disertai rasa hadir kepada zihir hingga lupa terhadap segala sesuatu selain Allah. Dan yang demikian itu bagi Allah tidak sukar (tidak berat).

Memindah (menaikkan) dari satu tingkat ke lain tingkat (darjat), zikir adalah satu-satunya jalan yang terdekat menuju kepada Allah, bahkan yang sangat mudah dan ringan.

Abu Qasim al-Qusyairy berkata : Zikir itu symbol wilayah (kewalian) dan pelita penerangan untuk sampai dan tanda sihatnya permulaannya, dan menunjukkan jernihnya akhir puncaknya dan tiada suatu amal yang menyamai zikir, sebab segala amal perbuatan itu ditujukan untuk berzikir, maka zikir itu bagaikan jiwa dari segala amal. Segala kelebihan zikir dan keutamaannya tidak dapat dibatasi.

Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud, “Aku selalu mengikuti sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada-Ku.”

Jika ia berzikir dalam hati peribadinya (sendirian), AKupun berzikir padanya dalam diri-Ku dan jika ia berzikir pada-Ku di depan umum, Akupun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya. Dan bila ia mendekati pada-Ku sejengkal, Aku mendekati padanya sehasta dan bila ia mendekati pada-Ku sehasta, Aku mendekati padanyua sedepa dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat (berlari).

Abdullah nin Abbas r.a. berkata : Tiada suatu kewajipan yang diwajibkan oleh Allah pada hamba-Nya melainkan ada batas-batasnya, kemudian bagi orang-orang yang uzur dimaafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir maka tidak ada batas dan tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir, kecuali jika berubah akal (gila).

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (sempurna akal), (yaitu) orang-orang yang mengingat (berzikir pada)Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Surah ali-‘Imran [003], ayat 190-191)

Firman Allah yang bermaksud, “Hai sekalian orang yang beriman : Berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya zikir. Dan bertasbihlah (mengagumkan) Allah pada pagi dan petang.”

Yakni pagi, siang, petang, malam, di darat, di laut, di udara, pergi dan tidak pergi, yakni pada segala tempat dan masa, bagi yang kaya, miskin, sihat, sakit, terang-terangan atau sembunyian dengan lisan atau hati dan pada segala hal keadaan.

Antara zikir yang boleh dijadikan amalan

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda, “Siapa membaca kalimat tahlil: ‘Laa ilaaha ilallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa alaa kulli syai-in qadiir’ sebanyak seratus kali dalam sehari, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala memerdekakan sepuluh orang budak dan dicatat untuknya seratus kebajikan, serta dihapus daripadanya seratus kesalahan (dosa), dan pada hari itu dia terpelihara dari godaan syaitan sampai ke petang. Dan tidak seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari seratus kali. dan siapa membaca: ‘Subhanallaahi wa bihamdih’ sebanyak seratus kali dalam sehari, dihapus segala kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan.” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2313)

Dari Amru bin Maimun r.a., dari Rasulullah SAW sabdanya: “Siapa membaca: ‘Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa alaa kulli syain qadiir’ sebanyak sepuluh kali, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala orang yang memerdekakan empat orang keturunan Ismail.” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2315)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: “Dua kalimat yang ringan di lidah (mengucapkannya) tetapi berat timbangan pahalanya dan keduanya disukai Allah SWT ialah: ‘Subhaanallahi wa bihamdih, subhaanallaahil azhiim.’” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2316)

Dari Mush’ab bin Sa’ad dari bapanya r.a., katanya: Seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: “(Ya, Rasulullah!) Ajarkanlah kepadaku kalimat (zikir) untuk kubaca.” Sabda baginda, “Bacalah: ‘Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah’, ‘Allahu akbar kabiiran wal hamdu lillahi katsiiran wa subhaanallaahi rabill alamin’, ‘laa hawla wa laa quwwata illa billaahil azizil hakim.’” Lalu kata orang itu, “Kalimat ini semuanya untuk Tuhan semata, yang mana untukku?” Sabda baginda, “Bacalah: ‘Allahummaghfir li warhamni, wahdini warzuqni.’” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2318)

Dari Abu Malik Al Asyja'i dari bapanya r.a., kataya: “Apabila seorang lelaki masuk Islam, Nabi SAW mengajarinya solat, kemudian baginda menyuruhnya berdoa dengan kalimat ini ‘Allahummghfir li war hamni wahdini, wa aafini, warzuqni.’” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2319)

Dari Abdullah r.a, katanya, “Apabila hari telah petang, maka Rasulullah SAW berdoa: ‘Amsaina wa amsal mulku lillahi wal hamdu lillah laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wal lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Rabbi as-aluka khaira maa fi hadzihil lailati wa khaira maa ba'daha. wa a'udzu bika min syarri maa fi hadzihil lailati wa syarri maa ba'daha. Rabbi a'udzubika minal kasali, wa suu-il kibari. Rabbi a'udzu bika min 'adzabin fi naari wa 'adzabin fil qabri’ dan apabila hari telah pagi baginda berdoa pula seperti itu, menukar kata ‘amsaina’ (petang hari) dengan kata ‘ashbahna’ (pagi hari).” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2345)

Dari Juwairiyah binti Al Harits isteri Nabi SAW r.a., katanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha Rasulullah SAW pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya semula. Rasulullah bertanya kepadanya, “Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak kutinggalkan tadi?” Jawab Juwairiyah, “Betul, ya Rasulullah!” Sabda Nabi SAW, “Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu, yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi, nescaya sama berat. Kalimat itu ialah: ‘Subhanallahi wa bihamdihi 'adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata arsyihi wa midadi kalimaatihi.’” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2348)

Kesimpulan

Sesungguhnya orang-orang mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah SWT yang ingin memperolehi kesempurnaan imannya tidak akan mempermudah dan melengah-lengahkan untuk berzikir, tiada mahu lalai dan dilalaikan oleh sesuatu dari berzikir kerana lalai dan lupa Allah SWT itu adalah lantaran jiwa yang telah dipengaruhi oleh syaitan. Oleh itu pelajarilah zikir dan amalkanlah, mudah-mudahan kita dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir serta berjaya hidup di dunia dan di akhirat. Amin Yarabbal'alamin.

Firman Allah SWT yang maksudnya, “Maka kalau sekiranya dia (Nabi Yunus) bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah dengan zikir dan tasbih, nescaya dia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.” (Surah Ash-Shaaffaat [037], ayat 143-144 )

Semoga bermanafaat.

SALAM KENAL

SALAM KENAL..

Assalamualaikum ditutur
Salam dihulur
Alhamdulillah tanda syukur
Astaghfirullah tanda diri akur

Bismillahirrahmanirahim.

Dari selatan ke Kuala lumpur
Bawa bersama bekal di hati
Ruang ku ini untuk menyapa dan bertegur
Agar dapat mengenal diri

Ruang ku ini untuk menyapa dan bertegur
Agar dapat mengenal diri
Bukan niat untuk terkenal dan mahsyur
Sekadar cara mengukur peribadi

Bukan niat untuk terkenal dan mahsyur
Sekadar cara mengukur peribadi
Kemahuan santap untuk bersyukur
Pengisian dada untuk rohani

Kemahuan santap untuk bersyukur
Pengisian dada untuk rohani
Tuhan jua yang kuasa dan mengatur
Untuk kita bersama menghayati

Tuhan jua yang kuasa dan mengatur
Untuk kita bersama menghayati
Maka dihati jangan merasa tabur
Semoga hidup ini Tuhan berkati

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah Muhammad saw. Ruang ini adalah sekadar sumbagan untuk mengenal dan menginsafi diri. Tulisan-tulisan serta artikel-artikel diruang ini bukan semuanya dari saya, sebaliknya hadir dari ruangan yang dirasakan bijak untuk dikongsi bersama. Jika benar dapat mencuit dalam hati. jika salah buanglah ke sisi. Semoga renungan, kebaikan, pengajaran dan mengukur peribadi.

Yang baik itu segalanya dari Allah
Yang buruk itu dari diri ini jua...
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....