السلام عليکم

Rabu, 12 Ogos 2009

RENUNGAN : YA... HABIIBII SUBUH

Ya Habiibii Subuh

Air Mata Subuh Berlinang

Pada pagi itu, seperti biasa mana pagi-pagi yang lain aku menyambut seorang tetamu tetapku. “Assalamualaikum”, seru subuh.
“Wa'alaikumsalam”, sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari suatu tempat ke suatu tempat. “Tadi….”, kata subuh dengan sayu, “aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat pesinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satu pun tiada yang mahu menerimaku sebagai tetamu”. Dan air mata subuh pun berlinang.

Subuh Melirikkan Sebuah Senyuman

Subuh,usah pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu. “Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya di sebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat dan menggiurkan. Hidangan yang paling ku sukai ialah buah Tahajud, puas kucari di bumi lain, tapi jarang kujumpai. Di situ aku meratah buah Tahajud dengan puas serta leka”. Dan subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku faham maksud subuh. Maaf subuh, aku tidak menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada roti Siyam, cadangku pada subuh. Subuh menolak dengan hormat. “Roti Siyam itu adalah kepunyaan tuan”, kata subuh.

Adakah kau mahu manisan zikir? Rayuku pada subuh.
“Baiklah,ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas air mata tangisan”, pinta subuh. Aku agak sugul, bagaimana harus kuberitahu pada subuh yang air mata tangisan sudah hampir habis kekeringan akibat kemarau maksiat yang berpanjangan? Namun,aku tetap menjenguk ke dalam perigi yang memuatkan air mata tersebut. Aku terkejut perigi itu hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik dalam hati, adakah ini tanda kemarau kan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa air tersebut pada subuh, tetamu yang kusanjungi dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya,subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

Subuh Berjanji Akan Datang Lagi . Subuh, seruku, mahukan kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya, wahai subuh. Subuh tersenyum menandakan permintaanku tidak akan dipenuhi. “Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, seperti mana aku menguliti mimpimu”. Dan aku akur lagi dengan penjelasan subuh. Subuh, subuh, seruku lagi apabila melihat subuh bersiap untuk pergi. Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari? “InsyaAllah”, jawab subuh, “Bukankah aku kekasih yang kau rindui?” Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap. “Assalamualaikum”, seru subuh. Wa'alaikumsalam, jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya subuh hilang daripada pandangan.

Sahabat seaqidah, marilah sama-sama kita memelihara solat yang telah difardhukan ke atas kita terutamanya solat Subuh. Antara solat yang paling payah untuk kita tepati apatah lagi untuk kita berjamaah. Takut Allah SWT golongkan kita bersama dengan orang-orang yang fasiq, nauzubillah! Perubahan bermula dari kita, kuatkan semangat dan mintalah bantuanNya.

Wassalam

RENUNGAN : MANUSIA DAN FITRAH

Manusia Dan Fitrah

Semua yang dikatakan manusia sama saja.Sejak Adam dan Hawa dicipta sampai umat akhir zaman mempunyai fitrah yang serupa.

Yang terpilih sebagai pesuruh Allah bergelar nabi dan rasul juga manusia biasa. Hanya diberi kelebihan pada setiap nabi itu mukjizat sebagai bukti kenabian dan setiap nabi berbeza kelebihan yang dikurniakan. Namun mereka juga menjalani berbagai ujian serta menempuh berbagai ancaman bahaya dalam tugas mengajak manusia mengesakan Allah.

Walaupun dengan kurnia mukjizat namun tidak mengubah prinsip manusia yang lalai, yang tidak beriman,yang suka merosak dan derhaka melainkan sedikit.Berkali-kali Allah turunkan bencana,azab dan kiamat kecil namun manusia tetap serupa.

Nabi Muhammad adalah misi terakhir dan Allah jadikan pelengkap dalam keseluruhan matlamatNya. Maka umat akhir zaman telah pun mendapat rahmat yang besar berbanding umat terdahulu.

Namun fitrah manusia tetap serupa seperti sikap umat terdahulu sedangkan umat akhir zaman lebih berakal dan boleh berfikir berbanding umat terdahulu yang jahil serba serbi. Namun ada juga manusia beriman tanpa ada nabi yang mempunyai kelebihan itu.

Demikian suatu perbandingan manusia dulu dan hari ini tentang memahami rahsia Allah mengatur. Mengatur perjalanan manusia yang diulang-ulang,umat berganti umat,nabi silih berganti dan berbagai kejadian sebagai sejarah.

Walaupun umat akhir zaman mendapat berita yang banyak perihal kejadian yang memberi kesedaran namun tidak semua manusia beriman.Tiada bezanya umat dulu dan akhir akan syurga atau neraka yang bakal menerima pelawat-pelawatnya. Demikian juga sakit azab yang berlaku didunia semasa dulu dan akhir zaman tetap sama sakitnya yang dirasakan Allah kepada yang berhak dihukum.

Oleh itu dunia ini hanyalah suatu pentas yang memainkan berbagai lakonan. Usah dibahaskan zaman dan masa atau pelakonnya kerana asas pelakon semuanya sama.

Hanya dua perkara sahaja hasil lakonan yang Allah kehendaki iaitu berjaya kembali seperti azali atau gagal keluar dari fitrah manusia. Fitrah manusia yang Allah cipta sebagai cenderong dunia dan terhijab.

Jika Allah kehendaki manusia ini beriman maka sudah tentu akan dijadikan malaikat atau terus berada dalam surga. Adam dan Hawa telah pun Allah buktikan kepada manusia bahawa tempat pertama adalah surga atau taman yang indah.Malangnya mereka berdua disingkirkan kerana berlaku zalim terhadap diri sendiri.

Oleh kerana Allah ciptakan Adam dan Hawa sebagai fitrah manusia maka demikianlah dunia tempatnya. Apalah ertinya bercinta dengan tuhan kalau secara nyata dan mudah.

Maka bukan itu sebenarnya fitrah manusia dijadikan.Telah Allah cipta berjenis makhluk dari konsep malaikat dan iblis,konsep tumbuhan dan haiwan,pelenet dan bintang serta matahari. Semuanya telah diketahui akan apa jadinya. Lalu suatu yang lebih adil dalam kesempurnaan konsep ciptaan ialah manusia dan jin. Keduanya akan diuji dengan tipu daya dunia maka siapakah berjaya kembali sedar akan hakikat tujuannya sebenar.

RENUNGAN : MENANGISLAH

Menangis Kerana Takut Kepada Allah SWT

Penenang Jiwa
Imam Al Ghazali

Telah berkata Abul Laits ra:
"Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat-malaikat di langit tujuh bersujud sejak Allah menciptakan mereka sampai hari Kiamat. Mereka takut menderhakai Allah. Ketika hari Kiamat mereka mengangkat kepala seraya berkata: "Maha Suci Engkau. Kami telah menyembah Engkau dengan sesungguhnya."

Demikian inilah yang tersebut dalam firman Allah:
"Mereka itu (malaikat) takut kepada Tuhan di atas mereka dan mereka memperbuat apa-apa yang disuruh." (Q.S. An Nahl: 50)

Rasulullah saw bersabda:
"Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan jatuh dari pohonnya."

Diceritakan:
Ada lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk suatu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di kampung yang sunyi ketika orang-orang telah tidur. Lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itu pun menyahut "Lihat lah apakah orang-orang telah tidur semuanya?" Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita seraya berkata: "Benar semua orang telah tidur." Lalu wanita itu bertanya: "Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah?" Apakah saat ini Dia juga tidur?"

Lelaki tersebut menjawab: "Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur." Wanita itu lalu berkata lagi: "Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti." Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan tersebut kerana dia takut kepada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya: "Apakah yang dilakukan oleh Allah kepadamu?" Lelaki itu menjawab: "Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu."

Hikayat:
Di dalam golongan Bani Israel ada seorang lelaki abid yang menanggung keluarga yang ramai. Dia ditimpa kecelakaan yang menyulitkan dia mencari pendapatannya sehingga tidak mampu berbuat apa-apa. Dia memerintahkan isterinya agar mencari sesuatu untuk menanggung keluarganya. Kemudian perempuan itu datang ke rumah seorang kaya dan meminta sedikit makanan untuk keluarganya. Orang kaya itu berkata: "Baiklah. Tapi serahkan dirimu untuk ku barang sebentar." Perempuan itu terdiam dan segera pulang ke rumahnya. Apabila pulang melihat anak-anaknya merengek-rengek, "Ibu, kami akan mati kelaparan. Berilah kami makanan." Hatinya tidak tertahan. Dia kembali lagi ke rumah orang kaya tadi dan dia ceritakan perihal keluarganya. Lalu orang kaya itu bertanya: "Apakah engkau bersetuju dengan permintaanku?" Perempuan itu mengangguk.

Namun ketika berada dalam bilik yang sunyi itu, tubuh perempuan itu menggeletar seolah-olah seluruh anggota badannya hendak terlepas. Maka orang kaya itu bertanya: "Mengapakah engkau melakukan demikian?" Perempuan itu menjawab: "Sebenarnya aku takut kepada Allah." Kemudian orang kaya berkata: "Engkau telah takut kepada Allah bersama kefakiranmu. Maka semestinya aku lebih takut daripada engkau." Segera di menghentikan keinginannya terhadap perempuan itu. Diberikannya apa yang diminta oleh perempuan itu. Dan perempuan itu pulang membawa nikmat yang melimpah, sehingga keluarganya menjadi senang. Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa as: "Katakanlah kepada fulan bin fulan. Aku telah mengampuni dosanya." Lalu Nabi Musa datang kepada orang kaya tersebut seraya berkata, "Barangkali engkau telah berbuat suatu kebaikan antara engkau dengan Allah." Lalu orang itu menceritakan apa yang telah berlaku dan Nabi Musa berkata: "Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu..." Demikianlah tersebut kitab 'Majma'ul Lathaif.

Dirawikan daripada Nabi Muhammad saw, baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah telah berkata: "Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa takut kepada-Ku di dunia, Aku amankan di Akhirat. Dan barangsiapa (merasa) aman dari-Ku di dunia, Aku takutkan dia di Akhirat.

Allah swt berfirman:
"Maka janganlah engkau takut kepada manusia dan takutlah kepada-Ku."(Q.S. Al Maidah: 44)

Dalam ayat lain Allah berfirman:
Ertinya: "Janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku." (Q.S. Al Imran: 175)

Pernah pada suatu ketika Umar bin Khathab jatuh pengsan, manakala mendengar ayat Al-Quran dibaca. Kemudian pada suatu ketika dia mengambil sepotong kayu sambil berkata: "Sekiranya aku menjadi kayu, tidaklah aku menjadi seperti ini. Dan jika sekiranya ibuku tidak melahirkanku." Beliau menangis
teresak-esak. Air matanya mengalir membasahi pipinya. Sehingga pada mukanya ada dua garis hitam bekas air mata. Sehingga Rasulullah pernah mengatakan, "Api (neraka) tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kepada Allah swt. Sehingga air susu kembali ke buah dada."

Tersebut dalam kitab, 'Raqaiqil Akhbar'.
Pada hari Kiamat seorang hamba dipanggil. Oleh kerana amalan buruknya lebih banyak, maka diperintahkan dia masuk Neraka. Kemudian sehelai rambut di pipinya berkata: "Ya Tuhanku, utusan Mu Muhammad telah bersabda, "Barangsiapa menangis kerana takut kepada Allah, maka Allah mengharamkan mata itu dalam Neraka." Dan sesungguhnya aku telah menangis kerana takut kepada Engkau." Lalu Allah mengampuni dan menyelamatkannya daripada api Neraka-berkat sehelai rambut.
Kemudian Jibril mengumumkan "Fulan bin Fulan telah selamat, berkat sehelai rambut!"

Tersebut pula dalam kitab 'Bidayatul Hidayah':
"Manakala hari Kiamat, didatangkanlah api yang bergemuruh. Hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras. Hingga terdengar dari jarak perjalanan lima ratus tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata: "Nafsi-nafsi" (sendiri-sendiri). Kecuali Nabi Muhammad saw. Beliau berkata, "Umatku-umatku." Kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad berusaha menolaknya sambil berkata: "Demi orang-orang yang bersolat. Demi orang-orang shiddiq. Demi orang-orang yang khusyuk. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!"
Tetapi api itu tidak juga kembali. Jibril as berkata: Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad." Lalu dia datang menghampiri Nabi Muhammad saw dengan membawa segelas air sambil berkata: "Ambillah air ini. Percikkan ia ke api itu!" Kemudian Nabi memercikkan ke api itu. Dan seketika itu api menjadi padam. Lalu Nabi bertanya: "Air apakah ini?" Jibril berkata: "Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya ke api sehingga padam dengan izin Allah."

Rasulullah saw seringkali berdoa:
"Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis."

Diceritakan daripada Muhammad bin Munzir ra. Manakala menangis, beliau mengusapkan air mata ke muka dan janggutnya sambil berkata: "Telah aku dengar bahawa api tidak akan menjilat muka yang basah oleh air mata. Maka sayugianya orang mukmin takut akan seksa Allah serta menahan diri daripada nafsu dan syahwat.

Allah telah berfirman:
"Maka barangsiapa yang derhaka. Dan mengutamakan hidup di dunia. Maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya. Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya. Maka sesungguhnya Syurga lah tempat diamnya." (Q.S. An Nazi' at: 37-41).

LAWAK : SEMBAHYANGLAH KAMU

LAWAK-SEMBAHYANGLAH KAMU

Kat sebuah kampong, terdapat sekumpulan remaja yang suka lepak. sorang name Ali, Budin dan Ciko. Aktiviti depa ni, menyebabkan mate tok imam kat kg tu tak senang. Pada satu hari, tok imam tu datang nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah pentekaran kecil antara dua golongan tersebut. Nak di pendekkan cite. Tok imam tu mencabar mangkuk 3 ekor tu ke surau.

Si Ali berkata " Tok ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa kami buktikan yang kami bukan nye jahil seperti yang si sangkakan". Maka pegilah tiga ekor tu ke surau. Ok,Imam menyuruh Ali untuk azan. Ali pun tanpa berlengah terus je " Allahtaala.... allahtaala..". Maka terserlahlah kejahilan Ali.

Bila nak sembahyang je, Tok Imam tadi angkat Takbiratulihram.... angkat sekali tak kusyuk ... angkat 2 kali tak kyusyuk gak.. masuk je kali yang ketiga.. Budin panggil Tok Imam " Tok duduk je kat belakang, biar saye je yang Imam" Tok Imam pun undur le kebelakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram... Allhahu akbar.... maka si makmum pun ngikut le si Budin ni...
tiba-tiba…
budin pusing ke belakang dan berkata" tengok Tok sekali jee!!" maka terserlah kebodohan si Budin.Tok Imam pun meminta si Ciko lak untuk jadi imam. Si Ciko ni tidak lah pulak nak menolak. Die terus je jadi imam solat tersebut.. bermulalah dari takbir sampai le abis sembahyang. Siap ade wirid dan doa laie... punye lah raspek Tok imam kat si Niko niii..

Mase tengah dok sembang lepas sembahyang Tok Imam memuji leee si ciko nii.. make dengan bongkaknye si Ciko pun berkata " Tok, tu belum ambil wuduk laie tu"

Khamis, 6 Ogos 2009

100 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

100 LANGKAH MENUJU SYURGA


100 langkah menuju syurga ....Insya'Allah
100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

1 Bersyukur apabila mendapat nikmat;
2. Sabar apabila mendapat kesulitan;
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
8. Jangan usil dengan kekayaan orang;
9. Jangan hasud dan iri atas kesuksesan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab
tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Bersihkan harta dari hak-hak orang lain;
42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46. Perbanyak silaturahmi;
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya;
49. Beristri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
55. Hormatilah kepada guru dan ulama;
56. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
57. Cintai keluarga Nabi saw;
58. Jangan terlalu banyak hutang;
59. Jangan terlampau mudah berjanji;
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sadar bahwa kehidupan dunia adalah
kehidupan sementara;
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap
yang tidak berguna;
62. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendirian;
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan;
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan;
71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta;
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
77. Jangan membuka aib orang lain;
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih
berprestasi dari kita;
79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
81. Jangan malu karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
84. jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
86. Hargai prestasi dan pemberian orang;
87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan
kondisi diri kita;
90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisik atau mental kita menjadi terganggu;
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk
melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu, dan jangan berkata
sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
94. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita, sebelum
diperiksa kebenarannya;
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
96. Sambutlah uluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan
dan tidak berlebihan;
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri;
98. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari
kenyataan kehidupan;
99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan
melahirkan kerosakan;
100. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;

Rabu, 5 Ogos 2009

SIAPAKAH ANDA SEBENARNYA ????

Salam

… SIAPAKAH ANDA SEBENARNYA ????...

1.. Siapakah orang yang paling sibuk?

..Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman as

2.. Siapakah orang yang paling manis senyumannya?

.. Orang yang mempunyai senyuman paling manis adalah orangf yang ditimpa musibah lalu ia berkata “Inna lillahi wainna ilaiahi rajiuun” lalu sambil berkata. “ Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini”. Sambil mengukir senyuman.

3.. Siapakah orang yang paling kaya?

.. Orang yang paling kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia sementera ini.

4.. Siapakah orang yang paling miskin?

.. Orang yang laing miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada, lalu sentiasa menimbun harta kekayaan tak cukup cukup

5.. Siapakah orang yang paling rugi?

.. Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertngahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal amal kebaikan dan seseorang yang dapa RAMADHAN lalu membiarkan ia berlalu tanpa TAUBAT dan dana amal SOLEH

6.. Siapakah orang yang paling cantik?

.. Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak baik.

7.. Siapaka orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

.. Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang

8.. Siapak oang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

.. Orang yang mempunyai rumah sempit lagi dihimpit adalah orang yang mati tidak membawa amal amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


9.. Siapakah orang yang mempunyai akal?

.. Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunkan akal sewaktu didunia untuk menghindari seksa neraka

10.. Siapakah orang yang bijak?

.. Orang yang bijak ialah orang yang tidak membiarkan pernyataan-pernyataan di atas begitu sahaja. Malah, dia akan menyampaikan pula kepada orang lain. Maksudnya dia menyampaikan sebarang ilmu kebaikan dan maklumat berguna yang diperolehi kepada orang lain.

PERHATIKAN DIRI

Salam

… PERHATIKAN DIRI …

Orang kata kita syaitan, kita marah,
Sedangkan memang kita memiliki sifat-sifat syaitan.
Cuba semak diri kita, apakah kita :
.. Seorang yang pemarah, cepat marah dan suka marah marah?
.. Seorang pendendam dan menyimpan hasad dalam dir?
.. Seorang bakhil amat cintakan harta?
.. Seorang yang tamak dalam apa jua hal bahkan makanan dan percakapan?
.. Seorang yang suka bermegah-megah dengan berhias, kecantikan mahupun anak anak?
.. Seorang yang kagum dengan diri sendiri dan sangat riak?
.. Seorang yang alpa kepada suruhan perintah Allah dan tinggal laranganNya?

Jika… jawapannya YA…..

????????????????????????

MANA MUDAH / MANA PAYAH

Salam

… MANA LEBIH MUDAH / MANA LEBIH PAYAH…

.. KERJA :
lapan / sembilan jam satu hari
ada kayuh basikal, naik motor / kereta nak kena isi minyak, rempuh jem
naik bas / tren, kena tunggu, bersesak-sesak
di tempat kerja… banyak tension dari seronok
pergi…. Wangi
balik…. Emmmmm
lima / enam hari seminggu
pas tu, macam-macam syarat… tetap ikut
apa nak buat
poket mashuuuk
…sanggup!

.. SOLAT;
yang fardhu, lima kali sehari semalam
kalau bermusafir kerana Nya boleh kumpul dan diringankan lagi
berdiri / duduk setempat, tak payah berlari, naik turun tangga
rukun dan syarat mudah aje
pergi wangi dengan wudhuk
balik wangi di hati
apa nak buat….
Ramai kantoi…
Amacam???

Berkhidmat untuk ibu ayah sekadar mungkin satu dua jam
Selepas ibu ayah beri makan, pakaian didikan dan laian-lain
Dibandingkan …
Berkhidmat untuk boyfriend / girlfriend berjam-jam lamanya
Habis duit diperah
Kadang kala tak jujur
Belakang ada lain ‘pacaran’.
‘jadi’ belum tentu lagi?????

(Buat kebanyakan remaja dan orang dewasa masakini)

KEAJAIBAN DEMI KEAJAIBAN......

KEAJAIBAN DEMI KEAJAIBAN......


Keajaiban Al Quran posted

The Miracles of Al Quran-Sebagai bukti bahawa tidak mungkin adanya kesilapan dalam AlQuran

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian
seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran.
Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian
oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas,
perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

Dunia - 115 kali
Akhirat - 115 kali

Malaikat - 88 kali
Syaitan - 88 kali

Hidup - 145 kali
Mati - 145 kali

Faedah - 50 kali
Kerugian - 50 kali

Ummah - 50 kali
Penyampai - 50 kali

Iblis : Penghulu Syaitan - 11 kali
Mohon Perlindungan Daripada Iblis - 11 kali

Bala/Musibah - 75 kali
Bersyukur - 75 kali

Bersedekah - 73 kali
Berpuas Hati - 73 kali

Orang Yang Sesat - 17 kali
Orang Yang Meninggal Dunia - 17 kali

Muslimin - 41 kali
Jihad - 41 kali

Emas - 8 kali
Kemurahan Hidup - 8 kali

Keajaiban - 60 kali
Fitnah - 60 kali

Zakat - 32 kali
Berkat - 32 kali

Minda - 49 kali
Nur - 49 kali

Lidah - 25 kali
Sumpah - 25 kali

Nafsu - 8 kali
Ketakutan - 8 kali

Bercakap Di Khalayak Ramai - 18 kali
Berdakwah - 18 kali

Kesusahan - 114 kali
Kesabaran - 114 kali

Muhammad - 4 kali
Syariat - 4 kali

Lelaki - 24 kali
Perempuan - 24 kali

Solat (Sembahyang) - 5 kali
Bulan - 12 kali
Hari - 365 kali

Lautan - 32 kali
Daratan - 13 kali
Laut dan Darat = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111
peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
Jumlah = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air
meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi
28.889 peratus.

It is soooo accurate

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Nota:
Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The
Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq
Al Suwaidan.

Afamansarahallahusadrahulilislam,
fahuwaalanurin,minrabbihifawailullilqhasiah,
qulubuhumminzikrillah....Lailahaillallah...

Wallahualam…..

Wassalam.

MUTIARA KATA IBNU-QAYYUM

.:Mutiara kata Ibnu-Qayyum :.

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak
akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak
akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak
akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak
akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu
dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak
akan padam kecuali redha dengan suruhan dan
laranganNya serta qadha dan qadarNya serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan
terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan
bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah
keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai
dunia dan isinya diberikan kepada manusia
masih tidak lagi dapat membendung hajat hati
sihamba itu..

"Firman Allah (SWT) yang bermaksud: "Dan
apabila hamba-hambaKu itu
bertanya kepada engkau dari hal Aku, maka
sesungguhnya Aku adalah dekat.
Aku perkenankan doa yang memohon apabila ia
Memohon kepadaKu."
- Surah Al Baqarah; Ayat: 186

AGAMA DAN KETAWA

Agama dan Ketawa
dari Fatwa Muasyirah Dr Yusuf

Adakah harus seorang muslim itu ketawa, bergurau, gembira melakukan senda gurau serta lawak sama ada melalui perbuatan mahupun perkataan yang dapat menjadikan orang lain ketawa?

Sesetengah orang berpendapat bahawa agama melarang ia ketawa, bergurau dan berlawak bahkan mewajibkan sentiasa berada dalam keadaan serius dan dalam setiap urusannya.

Pemahaman ini dikuatkan lagi dua perkara :

1: Pendirian ramai di kalangan mereka yang berpegang teguh dan bersemangat dengan agama yang sentiasa berkerut dahi, bermuka masam dan serius ketika bertemu, kasar dalam percakapan dan muamalah dengan orang ramai khasnya dengan orang yang pada pandangannya lemah pegangan agamanya.

2: Beberapa nas yang mereka baca atau dengar daripada sesetengah penceramah dan pendakwah yang difahami bahawa Islam tidak menggalakkan ketawa, gembira dan gurauan.

Antaranya hadis:

Maksudnya
"Janganlah kamu membanyakkan ketawa kerana ketawa yang banyak akan mematikan hati "

Maksudnya:
"Kecelakaan bagi orang yang mencipta percakapan untuk menjadikan manusia ketawa sedangkan dia berdusta. Celakalah dia, celakalah dia. "

Dalam satu hadis yang menyebut sifat Rasulullah (s.a.w):

Maksudnya:
"Rasulullah (s.a.w) sentiasa berdukacita."

Firman Allah melalui lisan kaum Qarun:
Maksudnya :
"Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu). " Al-Qasas: 76

Sepanjang pemahaman saya yang terhad tentang Islam, saya berpendapat bahawa kenyataan ini adalah suatu kezaliman kepada Islam yang menganjurkan umatnya agar sentiasa bersederhana dalam setiap perkara.

Harapan saya agar tuan dapat menerangkan pendirian Islam dalam masalah ini bersandarkan kepada dalil-dalil syarak Semoga dengan itu kita bersama mendapat manfaat.


Jawapan:

Ketawa adalah suatu keistimewaan yang ada pada manusia. Binatang tidak mempunyai sifat ini kerana ketawa timbul daripada pemahaman yang jelas daripada apa yang didengar atau keadaan yang dilihatnya.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, manusia dikatakan sebagai haiwan yang boleh ketawa. Suatu kenyataan yang benar apabila seseorang berkata:

Aku ketawa, dengan itu aku adalah manusia.

Islam dengan sifatnya sebagai suatu agama fitrah, tentunya tidak akan menyanggahi tabiat asal manusia yang menyukai ketawa dan riang. Bahkan Islam memberikan galakan kepada setiap perkara yang dapat menjadikan hidup manusia gembira dan harmoni. Islam menggalakkan umatnya menjadi seorang yang optimis dan periang serta membenci orang yang bersikap putus asa dan pesimis dalam kehidupannya.

Ikutan muslimin dalam masalah ini ialah Rasulullah (s.a.w).

Walaupun baginda (s.a.w) menghadapi banyak masalah, baginda s.a.w tetap bergurau tetapi dengan perkara yang benar sahaja. Baginda (s.a.w) bersama para sahabatnya hidup dalam suasana yang sederhana dan tenang, bergaul dengan mereka di waktu ketawa, bermain dan bergurau bersama mereka sebagaimana baginda sentiasa bersama mereka ketika mereka menghadapi suasana keperitan dan kesusahan.

Zaid bin Thaabit berkata apabila dipinta menceritakan hal keadaan Rasulullah:

"Aku adalah jiran Rasulullah. Apabila datang baginda memanggilku untuk menulis wahyu tersebut. Apabila kami bercerita mengenai hal keduniaan, baginda akan bersama kami. Begitu juga apabila berbincang mengenai akhirat atau makanan, baginda akan bersama-sama kami.

Zaid berkata:
"Itulah yang aku dapat perkatakan tentang kehidupan Rasulullah (s.a.w). "2

Ada di kalangan para sahabat yang menyifatkan Rasulullah sebagai antara orang yang paling periang.3

Di rumah, baginda bergurau senda dan bermesra dengan
isteri-isteri baginda. Baginda mendengar cerita-cerita mereka
sepertimana yang disebutkan di dalam hadis Ummu Zar'ie yang
masyhur dalam Sahih Bukhari.

Rasulullah juga pernah berlumba lari dengan `Aisyah (r.a).
pada suatu ketika dan Aishah memenanginya. Selepas beberapa
ketika, baginda sekali lagi berlumba dengannya dan baginda
pula yang memenanginya. Lalu baginda berkata:

"Kemenangan ini sebagai balasan kemenangan kamu dulu."
Diriwayatkan bahawa baginda telah merangkak agar kedua cucunya
Hasan dan Husain (r.a). dapat menaiki belakang baginda dan
bermain-main di atasnya tanpa rasa radang ataupun marah. Salah
seorang sahabat telah datang bertemu baginda ketika itu dan
menyaksikan peristiwa tersebut lalu berkata:

"Sebaik-baik tunggangan ialah tunggangan kamu berdua."

Lalu baginda bersabda;

"Sebaik-baik penunggang ialah mereka berdua."

Baginda juga pernah bergurau dengan seorang perempuan tua yang
datang kepadanya seraya berkata:

"Wahai Rasulullah, tolong doakan agar aku dapat memasuki
syurga."

Lalu baginda berkata kepadanya:

"Wahai ibusi pulan, orang-orang tua tidak akan memasuki
syurga."

Perempuan tua itu menangis kerana dia memahami percakapan
Rasulullah berdasarkan kepada zahimya. Maka Rasulullah
menjelaskan kepadanya bahawa apabila seseorang memasuki
syurga, dia tidak akan memasukinya dalam keadaan tua tetapi
dalam keadaan muda dan cantik. Kemudian baginda membaca ayat
suci al-Quran:

Maksudnya:

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka
dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa
dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta sebaya umurnya. " Al-Waqi'ah: 35-374

Seorang lelaki telah datang meminta baginda menaikkannya ke
atas belakang seekor unta, lalu Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Maksudnya:

"Aku akan naikkan kamu ke atas belakang anak unta. "

Lelaki itu hairan lalu berkata:

"Wahai Rasulullah apa yang aku dapat buat dengan anak unta?"

Baginda bersabda:

"Bukankah setup unta itu adalah anak unta? "5

Zaid bin Aslam telah berkata bahawa seorang perempuan yang
bernama Ummu Aiman telah datang bertemu Rasulullah (s.a.w).
lalu berkata:

"Suamiku menjemputmu ke rumah."

Baginda bertanya:

"Siapakah suamimu, apakah dia yang mempunyai putih di
matanya?"

Perempuan itu berkata:

"Di matanya tidak ada tanda putih."

Baginda menjawab:

"Bahkan dia mempunyai tanda putih di mata."

Perempuan itu berkata lagi:

"Demi Allah, dia tidak mempunyainya."

Lalu Rasulullah bersabda:

"Demi Allah, setiap manusia ada mempunyai tanda putih di
mata."6

Maksud baginda adalah bahagian mata putih yang mengelilingi
mata hitam.

Anas telah berkata:

"Abu Talhah mempunyai seorang anak yang bernama Abu `Umair.
Suatu ketika Rasulullah (s.a.w) datang menemui budak tersebut
lalu berkata:

"Wahai Abu `Umair, apakah yang sedang dibuat oleh anak burung?
(yang sedang berada ditangannya)."

Saidatina Aisyah (r.a). berkata:

"Rasulullah dan Saudah binti Zam'ah berada di sisiku. Aku
membuat Harirah (adunan tepung yang dimasak dengan susu
ataupun lemak binatang) lalu aku pergi kepada Saudah lalu aku
berkata:

"Makanlah."

Dia menjawab:

"Aku tidak suka makanan ini.

" Aku pun ambil sebahagian daripadanya lalu melumurya ke muka
Saudah. Rasulullah sedang berada antara keduanya. Baginda pun
menundukkan kepalanya agar Saudah dapat membalasnya lalu
Saudah pun mengambil sebahagian lagi lalu menyapu kemukaku.
Rasulullah pun mula ketawa."8

Diriwayatkan bahawa ad-Dhohhaak bin Sufyaan al-Kilaabi,
seorang yang bengis dan buruk rupa parasnya, semasa berbai'ah
dengan Rasulullah, beliau telah berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mempunyai dua orang isteri yang lebih
cantik daripada al-Humairaa ini (iaitu `Aisyah-peristiwa ini
berlaku sebelum turunya ayat hijab), aku ingin menceraikan
salah seorang daripadanya supaya kamu dapat mengahwininya.

Pada masa itu `Aisyah berada di situ lalu berkata:

"Adakah dia lebih cantik atau kamu?"

Lalu ad-Dhohhaak berkata:

"Aku lebih cantik daripadanya dan lebih mulia."

Rasulullah pun ketawa disebabkan oleh soalan `Aisyah itu
kerana ad-Dhohhaak merupakan seorang yang hodoh rupa
parasnya.9

Rasulullah (s.a.w) suka menimbulkan perasaan gembira dan riang
dalam kehidupan manusia, lebih-lebih lagi kalau ada apa-apa
sempena seperti hari raya dan perkahwinan. Oleh kerana itulah
apabila Abu Bakar as-Siddiq menegah dua orang hamba peranpuan
yang sedang menyanyi di nunahnya pada hari raya, baginda
bersabda:

"Biarkanlah mereka wahai Abu Bakar, sesungguhnya hari ini
adalah hari raya."

Dalam riwayat lain baginda bersabda:

"Supaya orang Yahudi mengetahui bahawa di dalam agama kita ada
masa bergembira."

Baginda telah mengizinkan orang-orang Habsyah bermain tombak
mereka di dalam masjid Nabawi pada salah satu hari raya.
Baginda sendiri menggalakkan mereka dengan bersabda:

"Bermainlah wahai Bani Arfidah."

Baginda memberi peluang kepada `Aisyah melihat mereka
yang sedang bermain dan menari itu dari sebalik belakang
baginda tanpa memandang ada kesalahaan pada perbuatan
tersebut.

Baginda pernah menegur pada hari pertama pengantin perempuan
tinggal bersama suaminya dalam keadaan sepi, tidak ada hiburan
dan nyanyian seraya bersabda:

"Mengapa tidak ada hiburan? Sesungguhnya golongan Ansar
sukakan hiburan."

Dalam sesetengah riwayat disebut;

"Mengapa tidak diutuskan bersamanya orang yang menyanyi dan
berkata: Kami datang kepada kamu, kami datang kepada kamu...
Maka kamu mengucapkan selamat kepada kami dan kami mengucapkan
selamat kepada kamu."

Para sahabat (r.a) dan sesiapa yang mengikut jejak langkah
mereka yang baik dalam kurun-kurum umat yang terbaik, mereka
ketawa dan bergurau mengikut petunjuk dan ajaran Nabi mereka
(s.a.w).

Sehinggakan Umar bin al-Khattab (walaupun dikenali sebagai
seorang yang tegas dan bengis) diriwayatkan bahawa beliau
pernah bergurau dengan hamba perempuannya seraya berkata
kepadanya:

"Aku diciptakan oleh Pencipta kemuliaan dan kamu diciptakan
oleh Pencipta kehinaan."

Apabila beliau melihat hambanya bersedih disebabkan
kata-katanya tadi, beliau menjelaskan:

"Tidakkah Pencipta kemuliaan dan kehinaan ialah Allah
(s.w.t)?"

Sebahagian sahabat terkenal dengan suka bergurau dalam hayat
Rasulullah (s.a.w), tetapi baginda tidak melarangnya. Hal yang
demikian terus berlaku selepasnya dan diterima oleh para
sahabat.

Sesetengah peristiwa yang diriwayatkan itu, kalau berlaku hari
ini, akan ditentang hebat oleh sesetengah orang yang kuat
beragama dan mereka akan melemparkan tuduhan fasiq atau
menyeleweng kepada orang yang melakukannya.

Di antara sahabat yang terkenal dengan sifat periang, ketawa
dan suka bergurau ialah an-Nu'aimaan bin `Umar al-Ansaari
(r.a). Banyak peristiwa ganjil dan pelik diriwayatkan daripada
beliau.

Beliau juga disebut menghadiri Bai'ah al-'Aqabah terakhir,
perang Badar, Uhud, Khandak dan peperangan-peperangan yang
lain.

Az-Zubair bin Bakkaar telah meriwayatkan banyak cerita-cerita
lucu dan ganjil mengenai an-Nu'aimaan dalam kitabnya
"alFukaahah wal Manah", di antaranya ialah:

Beliau setiap kali memasuki mana-mana bahagian Madinah, beliau
akan membeli sesuatu, kemudian membawa barang tersebut kepada
Nabi (s.a.w) seraya berkata:

"Ini adalah hadiahku untuk kamu".

Apabila tuan punya barang tersebut datang kepada an Nu'aiman
menuntut bayaran harga, beliau mengajaknya menemui Nabi
(s.a.w) dan berkata kepada baginda (s.a.w):

"Berikan kepada orang ini harga barangnya."

Baginda bertanya:

"Tidakkah kamu telah menghadiahkannya kepadaku?"

Beliau menjawab:

"Demi Allah, aku tidak mempunyai wang untuk membayar harganya,
tetapi aku suka kamu memakannya."

Baginda lantas ketawa dan membayar harganya kepada tuannya.

Az-Zubair juga telah meriwayatkan daripada Rabii'ah bin
`Uthman, beliau berkata,

"Seorang badwi telah datang menemui Rasulullah (s.a.w) dan
menambat untanya di kawasan masjid lalu sebahagian daripada
kawan-kawan an-Nu'aimaan al-Ansari berkata kepadanya:

"Jika kamu menyembelihnya, kami akan memakan dagingnya.
Sesungguhnya kami amat berkeinginan untuk makan daging unta."

Maka dia pun menyembelihnya. Setelah itu badwi itupun keluar
dan terkejut melihat apa yang terjadi lalu menjerit:

"Oh... Mereka telah menyembelihnya wahai Muhammad!"

Rasulullah pun keluar lalu bertanya:

"Siapa yang melakukan perkara ini?"

Mereka menjawab:

"An-Nu'aimaan."

Rasulullah (s.a.w) mencari an-Nu'aimaan sehinggalah
menjumpainya di rumah Dhobaaghah binti az-Zubair bin Abdul
Mutalib bersembunyi di dalam lubang yang diletakkan pelepah
tamar di atasnya. Baginda (s.a.w) mengeluarkan an-Nu'aimaan
dan lantas bertanya:

"Apakah yang menyebabkan kamu melakukan perkara ini?"

Dia menjawab:

"Mereka yang memberitahu kamulah yang meminta aku berbuat
demikian".

Az-Zubair berkata:

"Rasulullah (s.a.w) mula menyapu tanah yang ada pada muka
an-Nu' aimaan sambil ketawa. Kemudian membayar ganti rugi
kepada badwi itu."

Az-Zubair berkata lagi:

"Bapa saudaraku telah menceritakan daripada datukku bahawa
Makhramah bin Naufal adalah seorang tua yang telah mencapai
usia 115 tahun. Suatu hari dia berkata di dalam masjid dan
ingin kencing di dalamnya. Para hadirin pun menjerit:

"Ini Masjid... masjid."

An-Nu'aimaan bin `Amru memimpin tangannya dan mendudukkannya
dibahagian masjid yang lain lalu berkata:

"Di sinilah".

Orang ramai menjerit lalu si tua itu berkata:


Celakalah kamu, siapa pula yang telah membawaku ketempat ini?

Lalu mereka berkata:

"An-Nu'aimaan."

Si tua itupun berkata:

"Demi Allah kalaulah aku menjumpainya aku akan memukulnya
dengan tongkat ku ini sehingga dia menjadi sepertiku."

An-Nu'aimaan kemudiannya diberitahu tentang kata-kata orang
tua itu.

Pada suatu hari, beliau datang kepada si tua tersebut dan di
sisinya `Uthman bin `Affaan sedang solat seraya berkata:

"Adakah kamu mahu melakukan apa-apa terhadap an-Nu'aimaan?"
(Dia tidak mengenali anNu'aimaan).

Beliau menjawab:

"Ya".

Lalu an-Nu'aimaan memimpin tangan si tua itu sehingga sampai
kepada `Uthmaan yang sedang bersembahyang dengan khusyuk.

Beliau berkata:

"Inilah dia anNu'aimaan".

Orang tua itu terus mengangkat tongkat dan memukul 'Uthman
sehingga luka. Orang ramai pun menjerit:

"Kamu telah memukul Amirul Mukminin."

Kemudian az-Zubair menyebut kisah rang seterusnya.10

Di antara peristiwa menarik dan lucu ialah apabila anNu'aimaan
terjerat dalam perangkap gurauan sahabatnya sendiri
sepertimana yang berlaku dalam kisah Suwaibit bin Harmalah
dengannya.

Suwaibit juga adalah di antara ahli Badar. Abdul Birr berkata
dalam kiitabnya `Istii'aab' bahawa Suwaibit adalah seorang
amat berlebihan dalam bergurau. Dia mempunyai suatu peristiwa
hg menarik bersama an-Nu'aimaan dan Abu Bakar.

Saya akan ceritakan di sini kerana ia amat menarik dan di
dalamnya ada ciri-ciri akhlak Islam yang mulia.

Ummu Salamah berkata:

"Abu Bakar telah pergi berniaga ke Basrah setahun sebelum
kewafatan Rasulullah (s.a.w) bersama anNu'aimaan dan Suwaibit
bin Hannalah. Kedua-duanya adalah di antara sahabat yang
menyertai perang Badar. An-Nu'aimaan berada di atas unta
pembawa bekalan makanan.

Suwaibit berkata:

"Berikanlah makanan kepadaku."

An-Nu'aimaan berkata:

"Tidak, sehinggalah datangnya Abu Bakar."

Suwaibit berkata:

"Demi Allah aku akan menjadikan kamu marah."

Kemudian mereka melalui suatu kaum lalu Suwaibit berkata:

"Adakah kamu ingin membeli seorang hamba abdi daripadaku?"

Mereka menjawab:
"Ya."

Suwaibit berkata:

"Sesungguhnya dia seorang hamba yang agak ganjil, dia akan
berkata kepadakamu bahawa dia seorang yang merdeka. Kalau kamu
mendengar dia berkata demikian janganlah kamu percayakannya
dan jangnlah kamu rosakkan hambaku ini."

Mereka berkata:

"Ya, kami akan membeli hambamu ini daripadamu."

Kata Suwaibit:

"Belilah dengan harga l O galaais."

Mereka pun membelinya dan meletakkan di tengkoknya serban atau
tali.

An-Nu'aimaan berkata:

"Orang ini telah memperdayakan kamu, aku adalah seorang yang
merdeka dan bukannya hamba."

Mereka berkata:

"Kami sudah maklum dengan hal kamu."

Mereka pun bertolak dan membawa anNu'aimaan bersama.

Apabila Abu Bakar datang, Suwaibit menceritakan kisah itu
kepadanya. Abu Bakar menjejaki mereka, memulangkan harga yang
dibayar dan membawa an-Nu'aimaan balik. Selepas mereka sampai
kepada Rasulullah, mereka menceritakannya kepada baginda lalu
Rasulullah dan para sahabat ketawa panjang.""

Pendirian Golongan Ekstrim.

Di sana ada ahli sastera dan pujangga Islam yang mengeji sifat
bergurau dan memberi amaran mengenai kesan buruk yang
dibawanya. Mereka memandang dari sudut bahaya dan mudarat
tanpa memandang dari sudut-sudut yang lain.

Sebahagian mereka berkata:

"Gurauan boleh mendatangkan kemarahan, menghilangkan kehebatan
dan memutuskan hubungan persaudaraan."

Dikatakan bahawa jika sekiranya percakapan dimulai dengan
gurauan maka ia akan berakhir dengan keji-mangeji dan
pertengkaran.

Al-Hajaaj bin al-Faryah apabila ditanya tentang bergurau,
beliau berkata:

"Mulanya gembira, akhirnya celaka. Ia merupakan kekurangan
orang yang bodoh seperti juga kekurangan penyair. Gurauan
tidak lain hanyalah benih yang akan menumbuhkan keburukan."

Umar bin Abdul Aziz berkata:

"Gurauan hanya datang daripada kebodohan dan kehinaan."

Dikatakan, "Gurauan akan menghilangkan kesungguhan dan
kehebatan diri. Yang menang padanya akan lemah dan yang kalah
akan memberontak."

Dikatakan:

"Awasilah daripada gurauan kerana akibatnya tidak terkira."

Tetapi...

apa yang datang daripada Rasulullah adalah lebih untuk
dijadikan ikutan. la mencerminkan perseimbangan dan
kesederhanaan.

Rasulullah telah berkata kepada Hanzolah yang bimbang
perubahan keadaannya yang berlaku ketika berada rumahnya
sehingga menuduh dirinya sendiri sebagai munafik, melalui
sabdanya:

"Wahai Hanzholah, kalaulah kamu berterusan dalam keadaan
sepertimana keadaan kamu ketika berada di sisiku, nescaya
malaikat akan bersalaman (tabik) denganmu dijalanan, tetapi
itu satu masa dan ini satu masa wahai Hanzholah. "

Inilah yang dinamakan fitrah dan keadilan

Ibnu Abu Syaibah meriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdur
Rahman, beliau berkata:

"Sahabat Rasulullah bukanlah sentiasa bengis dan serius.
Mereka menyanyikan nasyid dan menyebutkan keadaan mereka di
zaman jahiliah. Sekiranya datang perkara yang berkaitan dengan
agama mereka, terbeliak mata mereka seolah-olah mereka gila
kerana terlampau memberikan perhatian.12

Ibnu Siriin telah ditanya tentang para sahabat:

"Adakah mereka juga bergurau."

Dia menjawab:

"Mereka juga seperti manusia biasa. Ibnu Umar bergurau dan
mengungkapkan syair."13
Dengan yang demikian, pendapat golongan yang ekstrim, keadaan
mereka yang sentiasa berkerut dahi dan bermuka masam serta
serius di waktu pertemuan seperti yang disebabkan oleh penyoal
adalah tidak menunjukkan kepada hakikat sebenar agama ini dan
juga tidak bertepatan dengan petunjuk yang dibawa oleh
Rasulullah (s.a.w).

Pendapat ini adalah disebabkan oleh silap faham mereka
terhadap Islam, tabiat semulajadi mereka ataupun suasana yang
mempengaruhi perkembangan dan pendidikan mereka.

Walau bagaimanapun, seorang muslim memahami bahawa Islam
bukanlah diambil daripada tindakan peribadi tertentu atau
sekumpulan manusia. Mereka kadang-kadang betul dan
kadang-kadang salah.
Islam merupakan hujah ke atas mereka dan bukan sebaliknya.
Sesungguhnya Islam diambil daripada sumbernya; alQuran dan
Sunnah yang sahih daripada Rasulullah (s.a.w).

Penafsiran Nas Yang Menggambarkan Hakikat Yang Sebaliknya.

Mengenai nas-nas yang disebut oleh penyoal yang daripadanya
difahami bahawa Islam mengajak kepada kesedihan dan berkerut
dahi, di sum saya suka menerangkan beberapa fakta agar tidak
berlaku salah faham terhadapnya dan kita tidak mengeluarkan
maksudnya daripada ruang lingkupnya.

Firman Allah yang menasihati Qarun melalui lisan kaumnya yang
bermaksud:

"Janganlah engkau bermegah-megah dan bergembira (dengan
kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang bermegah-megah dan bergembira (seperti lagakmu itu)".
Al-Qasas: 76

Ayat ini tidak boleh difahami bahawa ia menunjukkan kepada
kejian terhadap semua kegembiraan.

Tetapi kegembiraan yang dikeji di sini adalah kegembiraan yang
lahir daripada perasaan bangga, takbbur,ghurur(tertipu)dan
sombong yang menyebabkan pelakunya melupai kurniaan Allah
kepadanya dan mengatakan bahawa kurniaan to adalah hasil
daripada usahanya sendiri.

Kegembiraan ini adalah kegembiraan yang tidak bersandarkan
kepada kebenaran.

Begitu juga dengan kegembiraan musyrikin yang dikeji oleh
al-Quran dan dikatakan kepada mereka selepas mereka dimasukkan
ke dalam neraka melalui firman Allah:

"(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab
siksa):

"Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu
bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum
Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan
bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat). " Ghafir: 75


Perkara ini adalah sama dengan kegembiraan orang-orang yahudi
yang menyembunyikan sesuatu yang ditanya oleh Rasulullah dan
memberitahu perkara yang sebaliknya. Kemudian mereka berlalu
rasa puas dan gembira dengan apa yang telah mereka lakukan.
Bukan sekadar itu sahaja, mereka juga mengharapkan pujian
kerana mereka menjawab sesuatu yang hakikat. Ke atas mereka
turunnya firman Allah:

“ Janganlah sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad)
bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang telah
mereka lakukan itu dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang
mereka tidak lakukan jangan sekali-kali engkau menyangka
mereka akan terselamat daripada siksa, dan (sebenarnya) mereka
akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya " Ali-
Imran: 188

Begitu juga kegembiraan disebabkan berbangga dengan
pengetahuannya yang zahir dan cetek serta menolak apa yang
disampaikan oleh wahyu. Allah (s.w.t) telah berfirman:

"Kerana pada masa mereka didatangi oleh rasul-rasul yang
diutuskan kepada mereka masing-masing dengan membawa
keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka
ejek-ejek akan apa yang dibawa oleh rasul--rasul itu dan)
mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka
(yang berhubung dengan keduniaan semata-mata); dan (dengan
yang demikian) mereka pun diliputi oleh azab yang mereka
ejek-ejek dahulu. " Ghaafir: 83

Rasulullah (s.a.w) telah bersabda:

"Janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa akan
mematikan hati. "

Sebenarnya, perkara yang dilarang oleh hadis ini bukannya
semata-mata ketawa tetapi berlebihan dalam ketawa. Setiap
perkara kalau melebihi hadnya, hukumnya akan bertukar menjadi
sebaliknya.

Ada pun hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah adalah seorang
yang sentiasa bersedih adalah hadis dha'if yang tidak boleh
dijadikan hujah. Hadis tersebut jugs bercanggah dengan hadis
sahih riwayat al-Bukhari yang mengatakan bahawa Rasulullah
sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada kesedihan dan
kegelisahan.

Kalau kita takdirkan hadis tersebut adalah sahih sekalipun, ia
masih lagi boleh ditakwilkan iaitu pemikiran Rasulullah
sentiasa sibuk dengan hal keadaan umat dan dakwahnya yang
terlampau
banyak.

Sungguh pun begitu baginda tidak sempit dada dan perkara
sedemikian dan tidak menghalang baginda daripada bergurau
senda dan memberikan kepada fitrah dan manusia akan hak
mereka.

Inilah yang dinamakan dengan kemanusiaan yang sempurna dan
ikutan yang paling mulia.

Kadar Yang di Benarkan Dalam Ketawa Dan Bergurau

Tadi kita telah katakan bahawa ketawa dan gurauan adalah
perkara yang diharuskan oleh syariat Islam seperti yang
dianjurkan nas-nas dan perjalanan hidup Rasulullah dan para
sahabat. Ini kerana fitrah manusia menuntut dan memerlukan
kepada yang boleh merehatkan kehidupan dan meringankan segala
yang menimpa.

Di sini Imam Ali (ra). telah berkata bahawa hati juga merasa
jemu seperti yang dirasai oleh jasad. Oleh kerana itu carilah
hikmat-hikmat yang menghiburkannya.

Beliau juga berkata:

"Rehatkan hatimu dari semasa ke semasa kerana hati apabila
dipaksa, ia akan menjadi buta."

Hiburan dan gurauan yang seperti ini juga boleh menyegarkan
kembali diri sehingga boleh menyambung kerja dan usaha yang
dilakukan. Ini samalah seperti manusia merehatkan binatang
tungggangannya ketika dalam perjalanan agar perjalanan itu
akan sampai ke matlamatnya.

Mengenai perkara ini Abu ad-Dardaak telah berkata:

"Aku menyegarkan diriku dengan sedikit hiburan agar aku
menjadi lebih kuat di atas kebenaran."

Ketawa, gurauan dan hiburan mamanglah diharuskan oleh syarak
tetapi ia juga mempunyai batasan dan syarat iaitu:

1: Tidak berbohong dan tidak mereka-reka dalam usaha
menggembirakan manusia sepertimana yang dilakukan oleh
sebahagian manusia sekarang ini pada bulan April yang dikenali
sebagai `April Fool'.

Sehubungan dengan perkara itu Rasulullah telah bersabda:

"Celakalah orang berkata-kata, maka dia berbohong untuk
mengetawakan orang lain, celakalah dia, celakalah dia,
celakalah dia. "

Rasulullah bergurau dan berkata-kata dengan perkara yang benar
sahaja.

2. Gurauan itu tidak mempunyai penghinaan atau kejian terhadap
orang lain kecuali apabila diizinkan dan
diredhai oleh tuan punya diri.

Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari
kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang
lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik
daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum
perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang
lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik
daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan
keaiban setengah yang lain; dan janganlah pula kamu panggil
memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang
buruk (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang-orang
yang melakukanrya menjadi fasik maka) amatlah buruknya sebutan
nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. "
Al-Hujuraat: 11

Dalam hadis yang sahih, Rasulullah bersabda:

"Cukuplah seseorang itu dikira melakukan kejahatan apabila dia
menghina saudaranya. "

Saidatina `Aisyah telah menyebut keburukan salah seorang
daripada madunya dengan menyifatkannya sebagai seorang yang
rendah dan mengaibkannya, lalu Rasulullah bersabda:

"Wahai Aishahl Kamu telah menyatakan suatu perkataan yang
kalau dicampur dengan air laut nescaya ia akan mencukupinya."

`Aisyah berkata lagi:

"Aku telah mengajuk (ajuk gaya berjalan dan suara seseorang
atau yang seumpamanya) lalu baginda berkata:

"Aku tidak suka mengajuk-ajuk perbuatan orang lain sedangkan
aku begitu dan begini 14

3. Tidak menakut-nakutkan muslim yang lain.

Abu Daud meriwayatkan daripada Abdur Rahman bin Abu Laila,
beliau berkata:

"Sahabat-sahabat Rasulullah telah menceritakan kepada kami
bahawa mereka berjalan bersama-sama Rasulullah lalu seorang
daripada mereka bangun. Kemudian bangunlah sebahagian daripada
mereka lalu mengambil tali daripadanya dengan cara kekerasan
sehingga dia merasa takut. Melihat keadaan yang demikian
Rasulullah bersabda:

"Tidak halal bagi seseorang menakut-nakutkan muslim yang
lain."

An-Nu'man bin Basyir menceritakan bahawa ketika mereka
bersama-sama Rasulullah dalam suatu perjalanan, seorang
daripada mereka telah menguap di atas tunggangannya kerana
mengantuk. Maka seorang yang lain mengambil panah orang
tersebut sehingga dia tersedar dan didatangi ketakutan.
Rasulullah pun bersabda yang bermaksud:

"Tidak halal bagi seseorang menakut-nakutkan muslim yang
lain."

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda:

"Seorang muslim tidak harus mengambil barang kepunyaan
saudarnya samaada secara bermain-main atau serius.'

4. Tidak memandang remeh perkara yang serius dan tidak ketawa
pada keadaan yang sepatutnya ditangisi.

Setiap sesuatu ada tempatnya. Dan setiap tindakan ada masanya.
Orang yang bijaksana ialah mereka yang meletakkan sesuatu kena
pada tempatnya.

Al-Asma'ie meriwayatkan bahawa dia melihat seorang perempuan
kampung sedang sembahyang dengan penuh khusyuk diatas
sejadahnya. Setelah selesai mengerjakan sembahyang dia pun
menghiaskan dirinya dan bersolek. Lalu Asma' ie berkata:

"Adakah ini sesuai dengan sembahyang yang kamu kerjakan?"

Perempuan itu pun mengalunkan syair;

Hak Allah terhadapku tidakku abaikan
Bersuka-suka sebahagian hidupku dan pengecuaian jauh sekali

Beliau berkata:

"Dengan itu aku mengetahui bahawa dia merupakan seorang yang
kuat beribadat dan menghiaskan diri untuk suaminya."

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

"Tiga keadaan yang bersungguh padanya adalah dikira
bersungguh, main-main padanya juga dianggap bersungguh iaitu::
kahwin, talak dan memerdekakan hamba. "

Allah Taala telah mencela musyrikin yang ketawa apabila
mendengar ayat suci al-Quran sedangkan merekalah yang paling
layak untuk menangis ketika itu.

Firman Allah:

"Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap
keterangan-keterangan al-Quran ini (sehingga kamu
mengengkarinya) ? Serta kamu tertawa (mengejek-ngejeknya) dan
kamu tidak mahu menangis (kesalkan kesalahan kamu serta
takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)? Sedang kamu
adalah orang-orang yang sombong angkuh lagi yang melalaikan
kewajipan? " An-Najm: 59-61

Allah Taala juga mencela golongan munafikin yang bergembira
dan bersukaria selepas menarik diri daripada berperang bersama
Rasulullah (s.a.w) dalam peperangan Tabuk dengan memberikan
alasan-alasan yang dusta. Firman Allah:

"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut
berperang) itu, bersukcita disebabkan mereka ditinggalkan di
belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya)
tidak suka berjihad dengan hartabenda dan jiwa mereka pada
jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula
(menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar
beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini ".
Katakanlah (wahai Muhammad). "Api neraka jahannam lebih panas
membakar ". kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.
Maka boleh mereka (di dunia ini) ketawa sedikit dan mereka
akan menangis banyak (di akhirat), sebagai balasan bagi apa
yang mereka telah usahakan." At-Taubah: 81-82

5. Gurauan hendaklah ada kadarnya, sesuai dengan konsep
kesederhanaan dan perseimbangan yang dianjurkan oleh fitrah
manusia dan diredhai oleh akal yang waras serta sesuai dengan
masyarakat yang positif

Islam membenci pembaziran dan keterlaluan dalam setiap perkara
walaupun di dalam ibadat, apatah lagi dalam gurauan dan
kegembiraan.

Oleh sebab itulah datangnya tunjuk ajar yang diberikan oleh
Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud:

"Jangan kamu memperbanyakkan ketawa, sesungguhnya banyak
ketawa mematikan hati."

Yang dilarang ialah ketawa yang berlebihan kerana ia akan
mematikan hati.

Ali (r.a). telah berkata:

"Berilah ruangan kepada gurauan dalam percakapan seperti garam
dalam makanan."

Ini adalah kata-kata yang bijak kerana ia tidak menolak
gurauan dan juga menunjukkan kepada mudarat yang akan berlaku
bila gurauan keterlaluan.

Keterlaluan inilah yang ditakuti akan membawa kepada
melalaikan diri daripada tugas-tugas dan kewajiban,
orang-orang yang bodoh naik kepala dan mendatangkan kemarahan
kawan. Mungkin inilah yang dimaksudkan daripada hadis
Rasulullah (s.a.w):

"Janganlah kamu bertengkar dengan saudara kamu dan janganlah
bergurau dengannya. "

Keterlaluan dalam bergurau adalah seperti bertengkar dengan
saudara kita kerana kedua-duanya boleh melukakan hatinya.
Sa'ad bin al-'Aas berkata kepada anaknya:

"Bersederhanalah di dalam gurauanmu, kerana gurauan yang
berlebihan akan menghilangkan kehormatan diri dan kamu akan
dipersendakan oleh orang yang bodoh. Meninggalkan gurauan pula
akan menjadikan si peramah kaku dan membosankan teman
sepergaulan."

Sebaik baik perkara adalah pertengahan. Itulah dasar Islam dan
ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri dan juga kelebihan
umat ini dibandingkan dengan umat yang lain. Itulah jalan yang
lurus yang kita berdoa kepada Allah agar mengurniakannya
kepada kita, dan meneguhkan segala percakapan, perbuatan dan
pendirian kita di atasnya.

Amin-Ya Allah.

KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH

. KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH


Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederh ana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Semulia-mulia insan di dunia...untuk mengingatkan kita..

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah ana knya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.


Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaim ana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali
segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Wallahhualam.


Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah ker ana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....