السلام عليکم

Khamis, 25 Februari 2010

“Eeerr Ayah, I want to know… why….????.....”


ditulis untuk : BULETIN PerkAsa
(Persatuan Ibubapa Kanak-Kanak Autisma dan Istimewa SeMalaysia)


“Eeerr Ayah, I want to know… why….????.....”

Satu hari selepas subuh, sambil memerhati anakku bersarapan sebelum ke sekolah, dia bertanya, dengan wajah biasanya yang selamba tanpa memandangku   “Ayah, I want to know..why? selepas solat tadi, macam selalu ayah selalu doakan Afif dan semua orang selamat dunia dan akhirat? Afif pun nak doakan ayah dan semua orang selamat dunia akhirat laah….” gguullp.. terkedu aku tanpa ada ungkapan.

Bagaimana ya? Mungkin bagi sesetengah individu persoalan yang diajukan tadi adalah perkara biasa. Tetapi bagi diriku…betulkah ini pertanyaan yang keluar daripada mulut dia? Sudah berapa hari dia berfikir-fikir sebelum bertanya kepada aku? Dan yang paling penting tanpa aku sedari sebenarnya aku sendiri sudah “down graded” Afif sendiri kerana aku sendiri terpana dengan pertanyaannya. Itu adalah sebenarnya sebahagian kecil cabaran kita… untuk melayan anaknya yang telah di diagnosis sebagai Asperger’s Syndrome.  Setelah berbicara dengan isteri mengenai perkara ini, jelaslah sebenarnya banyak lagi perkara yang kita sebagai ibu bapa perlu perkemaskan sebelum kita mahu mencabar dunia.

Sebenarnya, banyak lagi yang menguji samada emosi dan kekuatan diri. Cabaran dalam menangani anak Asperger’s Syndrome, sama dan atau hampir sama melayan anak-anak istimewa lain mengikut serius peringkat dan tahap mereka.

Sebagai anak yang Asperger’s, walaupun menggunakan perkataan yang baik tetapi biasanya menggunakan nada salah. Mengalami kesukaran dalam memahami  dan berhubungan sosial yang baik dengan rakan sebaya dan sering dilabelkan sebagai “budak pelik”.  Mempunyai minat yang tersendiri, terhad dan terlalu fokus hanya kepada sesuatu perkara,  anak istimewa ini selalu kurang kemahiran biasa yang mudah seperti menunggang basikal atau makan tanpa sudu. Anak istimewa ini juga sukar untuk mengubah rutin harian. Selalu mahu makan makanan yang sama, minum minuman yang sama. Lagak seperti berkhayal dengan dunianya yang tersendiri dan boleh menunjukkan dengan jelas minatnya seperti menyebut dengan tepat nama-nama dinasor. Sentiasa cuba mengelak atau tidak mahu berbincang mengenai perkara yang tidak disukainya. Sering mengelak untuk bertentang mata ketika bercakap, juga bercakap mengenai perkara yang diminati sahaja. Sangat sensitif dengan deria mereka samada rasa, bau, bunyi dan cahaya. Mempunyai dan menggambarkan riak wajah yang berbeza, anak istimewa ini akan meluahkan pendapatnya dengan terus terang dan kadang-kadang meluahkannya secara ekstrem.

Mengubah rutin kehidupan harian bagi anak istimewa ini sesuatu yang perlu dengan berhati-hati dan sabar. Tanpa penerangan yang betul dan dapat memuaskan hatinya pasti akan menunjukkan sikap memberontaknya.   Melayan, mengurus, mendidik dan memahami  seorang anak Asperger’s Syndrome memang menguji segala kekuatan emosi ibu bapa, ahli keluarga dan orang sekeliling yang terdekat. Memberi kefahaman kepada masyarakat sering mengundang kesabaran yang tinggi.

“budak pelik”… seorang  ibu atau ayah yang biasa pun akan membara dihatinya apabila anaknya digelar begitu. Disinilah kekuatan ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa dituntut. Apabila anak Asperger’s Syndrome berjaya melakukan sesuatu…maka biasanya amat membanggakan.

Segala kesukaran sebenarnya bukan kekurangan tetapi sesuatu yang perlu diberikan perhatian. Itu yang perlu diubah dalam memahami anak-anak Asperger’s Syndrome kerana sememangnya mereka anak-anak istimewa.

Rohaizan Bin Abdul Wahab
Bapa kepada anak Asperger’s Syndrome, Afif Zahiruddin, 11 tahun.

Isnin, 22 Februari 2010

PerkAsa.....

PerkAsa.
PERSATUAN IBUBAPA KANAK-KANAK AUTISMA DAN ISTIMEWA SEMALAYSIA.

Sudah lebih 3 tahun aku dan isteri menyertai dan menjadi ahli persatuan ini. Ikhlas, khas dan istimewa sekali untuk my special AFIF ZAHIRUDDIN...

TUJUAN DAN MATLAMAT.

...- Menyatukan dan membantu ibubapa anak-anak istimewa, terutamanya autisma.
...- Memberi sokongan emosi kepada ibu dan bapa anak-anak istimewa.
...- Menggalakkan ibu bapa berfikiran positis dalam membantu anak-anak istimewa mereka.
...- Membantu ibu bapa menguruskan anak-anak istimewa mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
...- Membantu ibu bapa untuk membolehkan anak-anak istimewa bersekolah dan bersosial seperti anak-anak normal lain.

-... Menyertai bengkel-bengkel pengendalian anak-anak istimewa.
-... Menyertai Kumpulan Sokongan Ibubapa (Parent Support Group)
-... Mendapt maklumat dan pengetahuan mengenai cara mengendalikan anak-anak istimewa
-... Bertukar-tukar pendapat dengan ibubapa yang lain bagi mengurangkan tekanan dalam menguruskan anak-anak istimewa.
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....