السلام عليکم

Isnin, 26 Julai 2010

Ya Allah!!.. terimalah permohonan hambaMu ini...

Ya Allah!! Kau Maha Besar, Kau Maha Mengetahui.... terima lah amal ku di Malam Nisfu Syaaban ini...tiada tuhan melainkan Allah, dan tiada yang kami beribadat melainkan kepada Mu... Ya Allah, bermohon kepada Mu, ampunkan aku, ampunkan kedua orang tua ku, kaum keluargaku, guru-guruku, semua sahabat dan rakanku, muslimin dan muslimat samada hidup atau yg telah mati...
Ya Allah!! beri lah keampunan Mu yang besar itu, beri lah rahmat Mu yang besar itu, beri lah kasih sayang Mu yang besar itu...
Ya Allah!! beri lah aku dan orang lain yg bermohon kepada Mu rezeki, keberkatan dan kekuatan untuk menggembirakan orang lain.
Ya Allah!! beri lah aku dan orang lain yg bermohon kepada Mu kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepada Mu
Ya Allah!! aku tahu aku tidak layak.. tapi aku bermohon.. berilah berita gembira Mu untuk semua...
Ya Allah!! aku merayu hanya kepada Mu...air mata ku ini untuk Mu, hidupku ini untuk Mu....
Ya Allah!! sesungguunya kepada Engkau lah aku bermohon.
Ya Allah yang mempunyai kurnia dan tidak dikurniakan baginya, yang maha besar dan maha mulia, yang mempunyai nikmat dan pemberian, yang tempat meminta pertolongan dan perlindungan.
Ya Allah, sekiranya Engaku telah menulis dan mencatat bahawa aku tidak diberi nikmat atau orang yang dikutuk atau rezeki yang disulitkan, maka aku bermohon merayu kepada Mu ya Allah!! hapuskan segala tulisan dan catatan itu dengan limpah kurnia Mu ya Allah!!.

Ya Allah!! ya tuhanku.. dengan merendah diri ke hadrat Mu pada malam nisfu Syaaban ini, yg padanya ditetapkan, diputuskan segala urusan penting, aku bermohon kepada Mu diangkatkan dari aku dan muslimin muslimat segala bala ya Allah, baik yang kami ketahui atau yang tidak kami ketahui.
Ya Allah!! tuhan yang maha besar dan maha mulia kami bermohon dicurahkan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw selawat dan salam..
Amiin... ya rabbal alamiiin...

Selasa, 13 Julai 2010

Manusia dan perkahwinannya...

Cuma untuk bacaan ringan.....


NO.: 1

Saat indah awal perkahwinan. ....

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama...
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !
Dara : Sayangku.... .!


Lepas 25 tahun perkahwinan

Sekarang Korang baca dari BAWAH KEATAS pulak.....

***********************************************************

NO.: 2 

suatu hari di sebuah banglow mewah!

ISTERI: abang! kereta kita ada masalahlah bang..

SUAMI: apa masalahnya..?

ISTERI: ada airlah bang dalam kaburator..!

SUAMI: air dalam kaburator? merepeklah awat ni...janganlah bodoh sangat...

ISTERI: betul bang..dah penuh air dalam kaburator..

SUAMI: mana boleh ada air dalam kaburator...dalam radiator kot!

ISTERI: situ lagi banyaklah bang!

SUAMI: mana kereta tu..?!!?

ISTERI: dalam kolam renang!!!

SUAMI: :marah:

*****************************************

NO.:3

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. eorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia.

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, “Ayah, apa itu politik?”. Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, “Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, “Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu.

Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang ‘membelasah’ si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, “Dah faham apa itu politik?.

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, “Dah!”. Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu.
 
Lantas si ibu mencelah, “jadi apa dia politik tu?”.

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. “sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik”.

Kali ini mata si ayah dan si ibu pulak yang kelipok-kelipok pejam celik.
 
 
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....