السلام عليکم

Ahad, 14 November 2010

Sifat Manusia Yang Mempunyai Akal..

sifat manusia yang mempunyai akal:

pertama

mengenepikan kemuliaan dunia dan tidak harap disanjung

kedua

membuang dan menjauhi sifat takabbur (membesar diri)

ketiga

suka kepada kerja amal dan ibadat

keempat

amat gemar melakukan kebajikan

kelima

benci kepada semua sifat kejahatan

keenam

amat mengasihi orang yang berilmu dan baik adab

ketujuh

membalas jasa orang kepadanya

kelapan

segera menjelaskan hutang

kesembilan

meninggalkan sifat marah

kesepuluh

murah hati, manis mulut dan suka membantu dan sedekah

kesebelas

baik serta belas kepada kaum kerabat

kedua belas

tidak mahu mengambil dan makan barang dan makanan yang haram

ketiga belas

sedia di"kena"kan (diperlakukan yang tidak baik) tetapi tidak mahu mengenakan

keempat belas

benci kepada manusia yang suka membesar diri dan bermegah-megah

kesempurnaan
Itulah sifat manusia yang mempunyai "akal". dan sesiapa yang dapat memakainya maka IA ADALAH SEMPURNA DI DUNIA DAN AKHIRAT. Selamatlah dia di dunia dan juga akhirat walaupun tidak tahu membaca dan menulis.

perhatian
SEKURANG-KURANGNYA MANUSIA YANG MEMPUNYAI "AKAL" ITU IALAH MEREKA YANG MENINGGALKAN KEMULIAAN DUNIA DAN TIDAK SOMBONG DAN BONGKAK (tidak menyombong diri).

Jumaat, 12 November 2010

Dia Manusia Ciptaan Allah

Teman itu seorang manusia,
Jika dia tersalah bicara,
Usah direjam dengan nista,
mungkin itu kekurangannya.......

teman itu seorang manusia,
jika berjumpa tidak bersapa,
usah kita mencebik muka,
mungkin kacau akal fikirannya......

Teman itu seorang manusia,
Jika dia bermasam muka,
usah dianggap memusuhi kita,
mungkin dia menanggung duka......

teman itu seorang manusia,
jika jarang mengirim berita,
usah menuduh membabi buta,
mungkin kesibukan menghantui hidupnya......

teman itu seorang manusia,
jika besar sekali dosanya,
usah menghukum seberat-beratnya
pintu taubat kan sentiasa terbuka......

teman itu seorang manusia,
jika demikian, siapakah kita,
usah lagi terpinga-pinga,
mungkinkah kita bergelar manusia

(nuuralif)

Rabu, 10 November 2010

Doa hilang kegelisahan jiwa

Mari terus berdoa

Bismillah dengan Nama Mu yang Maha Kasihan Belas kepada kami hamba-hambaMU
Bismillah dengan Nama Mu yang Maha Sayang terhadap kami hamba-hambaMu
Alhamdulillah, Pujian sentiasa Selamanya buatMu , segala kekayaan kesempurnaan milikMu

wa Solatu wassalamu ala Rasulillah
Salam serta Selwat buat kekasihMu buah hati kami Nabi Muhammad Sollahu alaihi wasallam
Teladan masa Susah , jua teladan di masa senang
Ikutan waktu sihat , jua Ikutan semasa sakit Musibah

لا اله إلا الله الحليم الكريم
لا اله إلا الله العلى العظيم
لا اله إلا الله رب السماوات السبع و رب العرش العظيم
اللهم إنا نسألك زيادة في الدين
وبركة في العمر
وصحة في الجسد
وسعة في الرزق
وتوبة قبل الموت
وشهادة عند الموت
ومغفرة بعد الموت
وعفوا عند الحساب
وأمانا من العذاب
ونصيبا من الجنة
وارزقنا النظر إلى وجهك الكريم
اللهم ارحم موتانا وموتى المسلمين واشفي مرضانا ومرضى المسلمين
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات


Wasollahu ala Muhammadiwwa a'la aalihi wasohbihi wasallam
Wal hamdulillah hirabbil a'lamin..

Solat

Ada banyak hadis Rasulullah SAW yang memerintahkan agar solat dikerjakan serta menerangkan fadilatnya.Di antaranya:

• Solat adalah julung-julung perintah yang diperintahkan ole...h Allah SWT dan solatlah pula julung-julung perkara yang akan disoal pada hari hisab.

• Takutilah Allah dalam perkara solat!Takutilah Allah dalam perkara solat!Takutilah Allah dalam perkara solat!

• Solat adalah tanda Islam.Seseorang yang bersolat dengan ikhlas dan khusyuk apabila masuk waktunya dan memeberati segala rukun-rukunnya,termasuk rukun mustahibah,pastilah ia seorang mukmin.

• Daripada segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT,iman dan solat adalah amat ternilai.Andainya ada apa-apa yang lebih baik daripada solat,maka Allah SWT akan perintahkannya untuk malaikatnya yang setengahnya sentiasa dalam rukuk dan yang lainnya pula dlam sujud.

• Soalt adalah tiang agama
• Solat menghian syaitan
• Solat adalah nur bagi orang mukmin
• Solat adalah jihad yang terbaik
• Allah SWT bermurah hati terhadap sesorang selagi dia bersolat:

• APabila sesuatu bencana turun dari langit ,orang yang selalu pergi ke masjid bertebaran dan terselamat.

• Kalau setengah daripada dosa besar orang Muslim itu mencampakkannya kedalam neraka jahanam,maka api neraka itu tidak membakar bahagian-bahagian badannya yang menempuhi bumi semasa dia sujud didalam solatnya.

• Api neraka telah diharamkan keatas bahagian-bahagian badan orang yang menempuhi tanah dengan perasaan hina.

• Daripada segala amalan,solat yang dikerjakan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan adalah yang amat dicintai oleh Allah SWT.

• Allah SWT paling suka perawakan seseorang apabila dalam sujud ,dahinya kena pada tanah dengan perasaan hina.

• Seseorang yang dalam keadaan sujud adalah paling dekat kapada Allah SWT.

• Solat adalah kunci syurga

• Apabila sesorang berdiri dalam solat,pintu-pintu syurga dibuka dan segala tabir anatara dia dan Allah SWT disingkap (asalkan dia tidak melakuikan sesuatu yang makruh):

• Seseorang yang bersolat adalah ibarat dia mengetuk pintu rumah Allah SWT dan pintu itu senantiasa terbuka untuk orang yang mengetuknya.

• Tempat solat didalam Islam adalah seumpama kepada badan.

• Solat adalah nur hati.Sesiapa yang mahu biarlah dia suluh hatinya (dengan solat).

• Jika seseorang mahu dosa-dosanya diampuni oleh Allah SWT ,makahendaklah dia mengambil wuduk dengan sempurna,solat dengan khusyuk dua atau empat rakaat solat fardu atau nafil dan kemudian berdoa ke hadrat Ilahi,maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya.

• Mana-mana bumi yang diatasnya Allah SWT diingati dalam solat berasa bangga daripada bumi lain.

• Allah SWT menerima doa seseorang yang berdoa kepadanya setelah bersolat dua rakaat .Allah SWT mengkabulkan apayang dipohonkannya dan kadang-kadang terlambat sedikit (untuk kepentingannya ).

• Seseorang yang bersolat dua rakaat bersendirian dengan tiada sesiapapun mengetahuinya kecuali AllahSWT dan malaikatnya sahaja yang melihat dia,api neraka tidak akan mentuhinya.

• Sesuatu doa itu dimakbulkan oleh Allah SWT setiap selepas seseorang itu menunaikan solat fardunya.

• Api neraka terharam dan syurga diperolehi seseorang yang berwuduk dengan sempurna dan mengerjakan solatnya dengan khusyuk menurut rukun-rukunnya.

• Syaitan takut akan seorang muslim selagi dia mengambil berat atas solatnya tetapi apabila sahaja dia mengabaikannya,maka syaitan itu menguasainya dan berharap akan berjaya mengatasinya.

• Solat pada awal waktunya adalah amalan yang paling baik.

• Solat adalah persembahan orang soleh.

• Solat awal waktunya adalah amalan yang amat digemari oleh Allah SWT.

• Pada waktu fajar ,sesetengah orang akan ke masjid dan sesetengahnya ke pasar.Mereka yang ke masjid adalah pembawa bendera iman dan yang ke pasar pembawa bendera syaitan.

• Empat rakaat solat sebelum Zuhur sama pahalanya dengan empat rakaat solat tahajut.

• Rahmat Allah SWT dicucuri keatas hambaNya yang bersolat.

• Solat tengah malamamat dihargai tetapi sedikit bilangan orang yang mengerjaknnya.

• Jibril a.s. datang kepadaku seraya berkata.”Wahai Muhammad!Berapa lama pun kamu hidup ,kamu akan mati jua pada suatu hari nanti dan kamu akan berpisah pada suatu hari.Sesungguhnya kamu akan menerima balasan atas apa jua yang kamu kerjakan (baik atau jahat).”Tidak syak lagi kebesaran seseorang mukmin itu adalah dalam tahajudnya dan kemuliaannya adalah didalam keredhaannya dan kesabarannya.

• Solat dua rakaat ditengah malam adalah lebih baik daripada segala kekayaan didunia ini.

• Teruskanlah solat tahajud kerana ia adalah perjalanan orang yang soleh dan cara mendekati diri kepada Allah SWT Solat tahajud menjauhkandosa ,menyenyebabkan dosa terampun dan menyihatkan kesihatan badan.

• Allah berfirman yang brmaksud,”Wahai anak Adam! JAnganlah malas dalam mengerjakan solat empat rakaat Israa,kerana aku akan memudahkan rezekimu dalam usahamu pada keseluruhan hari itu.

• Solat adalah Islam.Ia membezakan antara iman dan syirik

Menggigil Lutut Jin dan Manusia Melihat Neraka Jahanam

Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.

Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”

Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.

Roh Harum & Roh Busuk

Hadis :Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit." Kata Hammad :"Kerana baunya harum seperti kasturi." Kata penduduk langit " Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam." Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:"Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat." Kata Abu Hurairah selanjutnya:" Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,"Roh jahat datang dari bumi." Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat."
(Muslim)

Huraian :
Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50). Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.

Keutamaan Tersenyum di Hadapan Seorang Muslim

Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

تَبَسُّمُكَ فِى وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ
“Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu“[1].

Hadits yang agung ini menunjukkan keutamaan tersenyum dan menampakkan muka manis di hadapan seorang muslim, yang hadits ini semakna dengan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits yang lain, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria“[2].


Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadits ini:


- Menampakkan wajah ceria dan berseri-seri ketika bertemu dengan seorang muslim akan mendapatkan ganjaran pahala seperti pahala bersedekah[3].


- Keutamaan dalam hadits ini lebih dikuatkan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, sebagaimana yang disebutkan oleh sahabat yang mulia, Jarir bin Abdullah al-Bajali radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah melarangku untuk menemui beliau sejak aku masuk Islam, dan beliaushallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah memandangku kecuali dalam keadaan tersenyum di hadapanku“[4].


- Menampakkan wajah manis di hadapan seorang muslim akan meyebabkan hatinya merasa senang dan bahagia, dan melakukan perbuatan yang menyebabkan bahagianya hati seorang muslim adalah suatu kebaikan dan keutamaan[5].


- Imam adz-Dzahabi menyebutkan faidah penting sehubungan dengan masalah ini, ketika beliau mengomentari ucapan Muhammad bin Nu’man bin Abdussalam, yang mengatakan, “Aku tidak pernah melihat orang yang lebih tekun beribadah melebihi Yahya bin Hammad[6], dan aku mengira dia tidak pernah tertawa”. Imam adz-Dzahabi berkata, “Tertawa yang ringan dan tersenyum lebih utama, dan para ulama yang tidak pernah melakukannya ada dua macam (hukumnya):


Pertama: (bisa jadi) merupakan kebaikan bagi orang yang meninggalkannya karena adab dan takut kepada Allah, serta sedih atas (kekurangan dan dosa-dosa yang ada pada) dirinya.


Kedua: (bisa jadi) merupakan celaan (keburukan) bagi orang yang melakukannya (tidak mau tersenyum) karena kedunguan, kesombongan, atau sengaja dibuat-buat. Sebagaimana orang yang banyak tertawa akan direndahkan (diremehkan orang lain).


Dan tidak diragukan lagi, tertawa pada diri pemuda lebih ringan (dilakukan) dan lebih dimaklumi dibandingkan dengan orang yang sudah tua.


Adapun tersenyum dan menampakkan wajah ceria, maka ini lebih utama dari semua perbuatan tersebut (di atas). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu“. Dan Jarir bin Abdullah radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah memandangku kecuali dalam keadaan tersenyum“.


Inilah akhlak (mulia) dalam Islam, dan kedudukan yang paling tinggi (dalam hal ini) adalah orang yang selalu menangis (karena takut kepada Allah) di malam hari dan selalu tersenyum di siang hari. (Dalam hadits lain) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kamu tidak akan mampu berbuat baik kepada semua manusia denga hartamu, maka hendaknya kebaikanmu sampai kepada mereka dengan keceriaan (pada) wajahmu“[7].


Ada hal lain (yang perlu diingatkan) di sini, (yaitu) sepatutnya bagi orang banyak tertawa dan tersenyum untuk menguranginya (agar tidak berlebihan), dan mencela dirinya (dalam hal ini), agar dia tidak dijauhi/dibenci orang lain. Demikian pula sepatutnya bagi orang yang (suka) bermuka masam dan cemberut untuk tersenyum dan memperbaiki tingkah lakunya, serta mencela dirinya karena buruknya tingkah lakunya, maka segala sesuatu yang menyimpang dari (sikap) moderat (tidak berlebihan dan tidak kurang) adalah tercela, dan jiwa manusia mesti sungguh-sungguh dipaksa dan dilatih (untuk melakukan kebaikan)”[8].


SILAKAN COPYMATAU SEBARKAN UNTUK SYIAR ISLAM ^_^



Penulis: Ustadz Abdullah Taslim, MA.

Sabtu, 6 November 2010

TENSION!!!...

TENSION.....
The moment you are in TENSION,
You will lose your ATTENTION,
This will put you in total CONFUSION,
And you'll feel the IRRITATION,
Which might spoil personal RELATION,
Ultimately, you won't get COOPERATION,
Which will cause COMPLICATION,
You'll then need to watch your BP with CAUTION,
And you might have to take MEDICATION,
Instead.....understand the SITUATION,
Try to think of SOLUTION,
Many problem will be solved by DISCUSSION,
Which will work out better in your PROFESSION,
This is not my free SUGGESTION,
It is only for PREVENTION,
If you understand my INTENTION,
You'll never come again to TENSION!!!!!.....
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....