السلام عليکم

Rabu, 29 Disember 2010

12 Adab Sopan Amalan Bersama

Di sini saya senaraikan 12 adab sopan untuk kita amalkan bersama.

1. Semua pembicaraan harus berunsurkan kebaikan. Firman Allah: “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka Kami akan memberi pahala yang besar.” (QS 4/114)

Firman yang lain: “Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.” (QS 23/3)

Dan dalam hadis nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

2. Berbicara harus jelas dan benar, sebagaimana dijelaskan dalam hadis Aisyah ra:

“Bahawasanya perkataan rasulullah s.a.w. itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)

3. Seimbang dan menjauhi bercakap kosong, berdasarkan sabda nabi s.a.w.:

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak cakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai Rasulullah kami telah mengetahui erti al-thartharun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi s.a.w.: “Orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)

4. Menghindari banyak berbicara, kerana dikhuatiri boleh membosankan orang yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il:

“Adalah Ibnu Mas’ud r.a sentiasa mengajar kami setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai abu Abdul Rahman (gelar Ibnu Mas’ud)! Bolehkah anda mahu mengajar kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Mas’ud : Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada nabi s.a.w. dan baginda menjawab dikhuatiri boleh membosankan kami.” (HR Muttafaq ‘alaih)

Namun tidak salah mengulangi kata-kata yang penting jika diperlukan, daripada Anas r.a bahawa adalah nabi s.a.w. jika berbicara maka baginda mengulanginya tiga kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda pun mengucapkan salam tiga kali. (HR Bukhari)

5. Menghindari daripada mengucapkan yang bathil, salah berdasarkan hadis nabi s.a.w.:

“Sesungguhnya seorang hamba yang mengucapkan satu kata yang diredhai ALLAH s.w.t. akan dicatat oleh ALLAH s.w.t. keredhaan-NYA bagi orang tersebut sehingga hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai ALLAH s.w.t. maka ALLAH s.w.t. mencatatnya yang demikian itu hingga hari Kiamat.” (HR Tirmidzi dan ia berkata hadis hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

6. Menjauhi perdebatan sengit, berdasarkan hadis nabi s.a.w:

“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Dalam hadis lain baginda bersabda:

“Aku jamin rumah didasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” (HR Abu Daud)

7. Menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat, berdasarkan hadis nabi s.a.w:

“Bukanlah seorang mu’min jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmidzi dengan sanad shahih)

8. Menghindari banyak bergurau, berdasarkan hadis nabi SAW:

“Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi ALLAH s.w.t di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)

9. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelar yang buruk, berdasarkan firman Allah: “Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim.” (QS 49/11)

Sabda nabi s.a.w.:

“Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)

10. Menghindari dusta, berdasarkan hadis nabi s.a.w.:

“Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.” (HR Bukhari)

11. Menghindari ghibah dan mengadu domba, berdasarkan hadis nabi s.a.w:

“Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibbah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.” (HR Muttafaq ‘alaih)

12. Berhati-hati dan adil dalam memuji, berdasarkan hadis nabi s.a.w. daripada Abdur Rahman bin abi Bakrah daripada bapaknya berkata:

“Ada seorang yang memuji orang lain di depan orang tersebut, maka kata nabi s.a.w: ‘Celaka kamu, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (dua kali), lalu kata baginda s.a.w.: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga ALLAH mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun disisi ALLAH, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.” (HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafzh Muslim)

Dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: “Berdiri seseorang memuji seorang di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata: Nabi s.a.w. memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar memuji.” (HR Muslim)

Selasa, 28 Disember 2010

3 Amalan Kesukaan Rasulullah S.A.W

DI SUDUT PAKAIAN

Adalah Nabi kita Muhammad SAW semasa hayatnya sangat berminat dan gemar dengan pakaian putih dan bersih, tertutama sekali pada hari Jumaat untuk hadir Solat Jumaat dan majlis-majlis keramaian, kerana warna putih itulah asal segala warna-warna lain.

Walaupun Nabi amat suka dan minat pada pakaian warna putih tetapi pada hari raya Nabi selalu pakaian pakaian berwarna dan baru (bersih).

"SESUNGGUH ALLAH ITU LEMAH LEMBUT (BERSIH) dan DIA SUKA PADA YANg PUTIH BERSIH."

Bagaimana pula pakaian putih terhadap umat-umatnya?

Pertama - Di dalam kitab Bahrulmazi ada menyebut bahawa Siti Aishah RA menceritakan hadis Nabi SAW yg berbunyi :

"ADALAH NABI ITU BERMINAT DENGAN PAKAIAN YANG PUTIH BERSIH DAN BENCI PADA PAKAIAN YANG KOTOR."

Maka pada hadis ini menunjukkan bahawa disunatkan bagi sekalian umat-umatnya berpakaian dgn pakaian yg putih dan bersih, terutamanya untuk hadir Solat Jumaat dan Jemaah, dan juga pada tempat-tempat keramaian kerna mengikut perbuatan Nabi SAW.


Kedua - Adalah Nabi SAW memakai apa-apa pakaian yg diperolehi, kain sarung atau kain selendang atau baju kemeja atau jubah. Dan Pakai yg berwana yg diminati oleh Nabi ialah warna HIJAU dan kebanyakan pakaiannya berwarna Putih. Beliau Bersabda :

"PAKAIKANLAH KAIN YG BERWARNA PUTIH ITU KEPADA ORANG-ORANG YANG MASIH HIDUP DARI KAMU, DAN KAFANKANLAH DENGAN KAIN PUTIH ITU AKAN ORANG-ORANG YANG SUDAH MATI DARI KAMU"

Maka difahamkan dari hadis ini, menunjukkan bahawa sunat bagi kita sekelaian memakai dan memberi pakai kepada anak-anak mahupun keluarga pakaian yg berwarna Putih kerana mengikut perbuatan dan suruhan Nabi SAW.

Adalah Nabi kita Muhammad SAW amat suka denagn baju kurung panjang (jubah) iaitu baju yg dijahit labuh. Dan Nabi SAW juga suka kain yg tidak berjahit iaitu kain Hirabah (Selendang) yg berwarna Hijau ditenun dari kapas berjalur yg datang dari Negeri Yaman. Maka adalah Nabi sehingga wafatnya suka pada kain ini dan diserkupkan jenazahnya dengan kain ini. Maka amat suka Nabi SAW kain Hirabah itu, sebagaimana tersebut didalam sebuah hadis : Daripada Anas RA katanya :

"Adalah sekasih-kasih pakaian kepada Rasullah SAW itu dan yg juga selalu dipakainya ialah Hirabah."





DI SUDUT MAKANAN


  Adalah Nabi kita Muhammad SAW itu tidak memilih sangat makanan asalkan yg halal, makanan yg beliau minati adalah Dlafaf iaitu makanan asasi di negerinya seperti nasi di negara kita.

  Dan Nabi tidak makan makanan yg PANAS. beliau bersabda : "makanan yg masih panas itu kurang berkat. Sesungguhnya Allah SWT tiada menganugerahkan api sebagai makanan kita, maka sejukkanlah makanan itu sebelum dimakan."

  Adalah Nabi SAW suka juga makan roti, buah-buahan. Dan buah-buahan yg paling beliau gemari adalah buah semangka dan buah anggur. Biasanya Nabi makan buah semangka itu dengan roti dan gula, kadang2 Nabi SAW makan semangka (Tembikai) dengan Ruthab (Tamar).

  Dan makanan yg paling Nabi gemari adalah daging, dan beliau bersabda yg bermaksud : "Bahawa daging itu menambahkan pendengaran dan daging juga penghulu makanan di dunia dan akhirat, dan juga sekiranya aku minta kepada Tuhanku bahawa ia memberikannya kepadaku pada tiap-tiap hari, nescaya dianugerahinya".

  Kadang2 Nabi SAW  makan roti berkuah dgn daging dan buah labu. Beliau suka kpd buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

  Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu krn labu itu menguatkan hati yg duka".

  Adalah Nabi SAW memakan daging burung yg ditangkap oleh org lain, dan beliau tidak menangkap burung itu dan tidak memburu burung itu sendiri, beliau suka org lain menangkap dan membawa kepadanya.




TIGA PERKARA YG DIMINATI RASULLAH



Rasullah bersabda yg bermaksud : Diberi perasaan minat di dalam hatiku terhadap dunia kamu itu 3 Perkara :
  1. Bau-bauan yg harum.
  2. Perempuan.
  3. Ketetapan hati di dalam sembahyang.
Lalu berkata Sayyidina Abu Bakar RA kpd Nabi, benar engkau ya Rasulullah dan saya juga diberi oleh Allah SWT perasaan minat kpd dunia itu 3 Perkara juga :
  1. Melihat wajah engkau ya Rasulullah.
  2. Membelanjakan harta hamba kpd engkau ya Rasulullah.
  3. Memperisterikan anak hamba kpd engkau ya Rasulullah.
Maka berkata Sayyidina Umar RA, benar engkau hai Abu Bakar, dan saya juga diberi perasaan minat kpd dunia 3 perkara :
  1. Menyuruh dgn perkara yg baik.
  2. Mencegah yg mungkar.
  3. Berpakaian sederhana (tidak menunjuk).
Maka berkata pula Sayyidina Usman RA, benar engkau hai Umar,  dan saya juga diberi oleh Allah SWT perasaan minat kpd dunia itu 3 Perkara juga :
  1. Memberi makan kpd org2 yg lapar.
  2. Memberi pakaian kpd org2 yg tiada.
  3. Membaca Al-Quran.
Setelah itu maka berkata pula Sayyidina Ali RA, benar engkau hai Usman, dan saya juga diberi perasaan minat kpd dunia itu 3 Perkara juga :
  1. Gemar bekerja utk org jamuan.
  2. Berpuasa pada waktu panas.
  3. Gemar berperang pd jalan Allah.
Ketika Nabi dan sahabat sedang berbincang masaalah minat masing, maka dtg Jibril AS, lalu ia berkata : "Telah mengutus oleh Allah SWT saya kpd kamu sekelian supaya kamu bertanya apakah minatku terhadap dunia ini, sekiranya aku ni ahlinya". Lalu Nabi SAW pun bertanya : "Wahai Jibril apakah kegemaran kau di atas dunia ini?" maka Jibril pun menjawab : "saya berminat :
  1. menunjukkan orang2 yg sesat.
  2. berkawan dgn orang2 yg berbuat ibadat.
  3. menolong ahli keluarga dan kaum kerabat yg kesusahan.
Dan berkata Jibril lagi : Allah SWT kpd sekelian hamba itu dgn 3 perkara juga :
  1. Memalingkan kekuasaan itu kpd kebajikan.
  2. Menangis apabila menyesal.
  3. Bersabar apabila kesusahan.
 <3 Untuk Panduan Kita Semua <3

 

Isnin, 27 Disember 2010

Kalau Mahu....

KALAU MAHU BELAJAR, belajarlah....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.

Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.

Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.

Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.

Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.

Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. InsyaAllah Dia akan permudahkan.

Amalan Pilihan

Segagah manapun diri,
bukanlah pahlawan jika nafsu tak dapat dilawan.
Setinggi manapun darjat,
bukanlah mulia jika tiada iman di dada.
Walau setinggi langitpun ilmu,
bukanlah bijaksana jika tak diamal dan diguna.
Sealim manapun akhlak,
bukanlah ulama jika takbur dan riya’.

Perlu diingatkan bahawa segala kelebihan yang terdapat pada bacaan atau ayat-ayat tertentu kadangkala tidak berjaya diperolehi dengan hanya beberapa kali bacaan sahaja.Ibarat pisau yang perlu di asah berkali-kali agar dapat digunakan seperti yang kita mahukan. Begitu jugalah ayat-ayat atau bacaan tertentu perlulah sentiasa diamalkan, dan diulangi sehingga menjadi wirid tetap untuk mendapatkan khasiatnya. Insya-Allah dengan amalan yang istiqamah, segala kelebihan, khasiat dan keajaibannya akan terbukti apabila kita memerlukannya.

1. SURAH AL-FATIHAH

Untuk mendapatkan zuriat, pangkat, rezeki, melepaskan hutang, hajat, kekuatan zahir & batin, dan sebagainya wiridkanlah surah ini sebanyak 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh. Sebaik-baiknya diamalkan selama 40 hari. Insya-Allah berhasil.
Untuk Murah Rezeki, bacalah Surah Al-Fatihah 7 kali, Surah Al-Ikhlas 7 kali, Surah Al-Falaq 7 kali dan surah An-Nas 7 kali selepas solat fardhu jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya-Allah di ampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan aman sehingga jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga Insya-Allah.
Untuk pendinding ketika tidur, bacalah bacalah Surah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan surah An-Nas 1 kali sebelum tidur. Insya-Allah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka.
Sumber: Khasiat dan Fadhilat Ayat-ayat Al-Quran, oleh Abu Al-Baqir Al-Burhami, Terbitan Al-Baqir Enterprise.
.
2. SURAH YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)
Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang
Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri
Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.
Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s. a. w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 – Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s. w. t.
(harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s. w. t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam
Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s. w. t. yang satu.
Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s. w. t. yang satu.
Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a. s. naik kapal – Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s. w. t.
Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan 1 – Datang dengan tiba-tiba Tiupan 11 – Hancur Tiupan 111 – Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 – Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?
Ayat 78 dan 79 – Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 – Untuk Hajat Ayat 82 – Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut Baca pada air
100x) Dan berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton – Elok untuk kulit Kurma – Berkhasiat (memberi tenaga) Delima – Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab Ad Tin – Memberi kekuatan – tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Wallahualam.
—————————————————————–

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam.
Sumber http://fauzynm.e-belia.net/
.
3. AYAT KURSI
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang dari umatkumembaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”
Bertanya Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”
Sabda Rasulullah s.a.w., ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.
Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca Ayat Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan Ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur’an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.
.
Sumber http://tanbihul_ghafilin.tripod.com

1. SOLAT DHUHA
Kerahmatan Allah terhadap hamba²-Nya apabila alam ini berada di waktu fajar. Di ketika inilah kurniaan Allah melimpah ruah hingga menjadikan manusia hidup di dalam kesenangan dan kemewahan. Justru itulah manusia yang menjadikan dirinya sebagai hamba Allah berkewajipan menyatakan rasa syukurnya yang tidak terhingga ke hadrat Allah. Di sini bertambah²nya rahmat dan kemurahan rezeki ke atas hamba²-Nya.
Ketahuilah fajar itu adalah cahaya pertama yang dapat dilihat di ufuk timur pada waktu pagi. Fajar ini terbahagi kepada dua keadaan:
1. Fajar yang pasti ialah yang nampak padanya sinar halus agak nipis menjulang tinggi ke atas tanpa perintang ini adalah fajar yang tidak mengharamkan makan dan minum bagi orang yang berpuasa.
2. Fajar yang pasti ialah yang melintang cahayanya di arah yang sama. Maka selepas fajar menyingsing maka datangnya waktu Dhuha. Waktu ini bermula sejak matahari terbit hingga masuknya waktu Zuhur. Dalam pengertian ilmu fiqih waktu Dhuha itu sejak tingginya matahari lebih kurang satu galah. Dengan adanya waktu Dhuha itu maka Rasulullah sangat menganjurkan kita mengerjakan sholat sunatnya sebanyak dua atau empat, delapan dan dua belas rakaat, meskipun sholat ini hukumnya hanyalah sunat saja tetapi amat digalakkan agar kita mengerjakannya.
Sebagaimana yang disebut dari Abu Zaid r.a katanya; “Rasulullah SAW melaksanakan sholat Dhuha sehingga kita mengira beliau tidak meninggalkannya tetapi jika telah meninggalkannya sehingga kita mengira bahwa beliau tidak pernah mengerjakannya.”
Demikianlah kesungguhan Rasulullah SAW mengerjakan sholat Dhuha yang ia lakukan meskipun hanya ibadah sunat saja. Kalaulah itu keadaannya Rasulullah SAW maka kita sebagai umatnya juga perlu mengerjakan sebagai tanda kecintaan kita terhadap-Nya di samping ada faedah dan manfaatnya.
Khasiat dan Fadilat
Sebagaimana yang kita fahami bahwa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi,
“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda:
“Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni sholat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”

Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda:
“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan sholat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim danAbu Daud) 
PANDUAN
(1) Setiap kali sujud akhir solat dhuha (sebelum duduk tahiyat), bacalah Ya Wahhabsebanyak 41 kali, Insya-Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak dan peluang akan datang dengan mudah. (Al-Wahhab ertinya Maha Pemberi)

(2) Setiap kali selesai 2 rakaat solat dhuha, angkat tangan berdoa dengan bacaan Ya Basith sebanyak 10 kali dan kemudian sapu tangan ke muka. Allah SWT akan menghantar barakah dalam bentuk makanan. Walau sedikit manapun makanan, insya-Allah pasti cukup untuk seisi keluarga. (Al-Basith ertinya Maha Pelapang hidup)

(3) Doa Selepas Solat Dhuha


Ya Allah, bahwasanya waktu dhuha itu adalah waktu-Mu
Dan keagungan itu adalah keagungan-Mu
Dan keindahan itu adalah keindahan-Mu
Dan kekuatan itu adalah kekuatan-Mu
Dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu

Ya Allah, 
Jika memang rizkiku masih di atas langit, 
Maka turunkanlah ia,
Jika masih di dalam bumi, 
Maka keluarkanlah ia,
Jika masih sukar, 
Maka mudahkanlah ia,
Jika (ternyata) haram, 
Maka sucikanlah ia,
Jika masih jauh, 
maka dekatkanlah ia

Berkat waktu dhuha-Mu, 
Keagungan-Mu, 
Keindahan-Mu,
Kekuatan dan kekuasaan-Mu,
Limpahkanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau limpahkan 
kepada hamba-hamba-Mu yang sholeh.
Dan berkatilah Rahmat atas Nabi Muhammad atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.

Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.


Di dalam hadits yang lain pula diterangkan seperti berikut:
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,”Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan sholat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.” (Al-Tabrani)

1. YA HAYYU YA QAYYUM
Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara. Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari selepas solat isyak, khasiatnya seperti berikut:
a) Orang akan mematuhi kata-kata anda dan mengikut perbuatan anda
b) Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan
c) Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Ini tentu dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.
d) Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, kemalangan, terkandas ketika pelayaran di laut, Isteri terkandas, Anak-anak tidak menurut kata, ataupun masalah perniagaan atau kewangan dan sebagainya.
e) Di hindari dari ditipu, diperguna dan dielakkan dari musuh.
f) Di sukai orang
Sebaik-baiknya bacalah doa berikut selepas selesai berzikir Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali

Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.
Yang Hidup dan Yang Mematikan yang hidup. Yang Hidup, tidak ada sekutu bagi-Mu. Allah yang Maha Hidup, aku meminta dengan Hayat-Mu bersaksikan semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang memberi nyawa kepada semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang mematikan semua yang hidup.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang Maha Memiliki Keagungan, selesaikanlah segala masalahku, kabulkan permintaanku, berilah cahaya kepada jiwaku, cukupkanlah segala kekuranganku. Yang Maha mengetahui keadaanku dan tidak pernah kekurangan dari apa yang kupohon, tiada kuasa melainkan Engkau.
Ya Hayyu Ya Qayyum, perkenankanlah permintaanku dan hajatku dengan segera, kabulkanlah doaku. Permudahkanlah rezekiku, dan permudahkanlah segala urusanku dengan hamba-hamba-Mu. Berilah daku rezeki yang banyak dan berkekalan, lanjutkanlah usiaku agar daku dapat beribadat kepada-Mu. Sudahilah hayatku dengan iman yang sempurna dan Husnul Khatimah.
Daku telah menyeru-Mu dengan nama-nama-Mu yang terdahulu. Berilah kejayaan kepada mereka yang inginkan kejayaan, dan berilah kemusnahan kepada mereka yang berbuat kerosakan.
Ya Hayyu Ya Qayyum (11 kali)
Kabulkanlah permintaanku, lepaskan kami dari kebimbangan sebagaimana Engkau membebaskan orang-orang mukmin.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya dan perlindungan kepada mereka semua. Segala puji bagi Allah Pencipta Alam Semesta.
Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man.
.
2. YA AHAD YA WAHID
Dalam kehidupan ini, kita sentiasa dihimpit kesusahan dan ada orang yang hidupnya lebih dipenuhi masalah dari merasa ketenangan dan kebahagiaan. Oleh itu, Bacalah Ya Ahad Ya Wahid 1000 kali ketika dalam kesusahan, insya-Allah mereka akan mendapat jalan keluar.
Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man.
.
3. YA KARIM
Bacalah Ya Karim 100 kali, insya-Allah anda akan terhindar dari penyakit, kemiskinan dan suatu yang membimbangkan. Segala doa anda juga akan diterima.
Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man.
.
4. YA WAKIL
Bacalah Ya Wakil 66 kali sehari (atau lebih), insya-Allah anda akan mendapat kekayaan yang banyak serta dibukakan pintu kebaikan dan rezeki.
Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man.
.
5. YA MALIK
Bacalah Ya Malik 121 kali setiap pagi selepas Subuh , insya-Allah anda tidak akan perlu meminta-minta daripada orang lain kerana Alllah SWT akan memenuhi keperluan anda.

Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man.
sumber ahmad razak

Ahad, 12 Disember 2010

Zakir Atau Wirid.. Kuat atau Perlahan..

Zaman ini, timbul fenomena di mana ada di kalagan golongan “muda” yang cuba mengetengahkan isu-isu remeh yang telah lama dibahaskan oleh para ulama’ dan ianya sama sekali tidak membawa kepada pengingkaran. Ia merupakan masalah-masalah khilafiyah, yang menunjukkan kekayaan perbendaharaan intitusi ilmu fiqh Islam yang dicemburui oleh golongan bu...kan Islam.
Bertolak dari kegagalan sesetengah pihak, memahami fiqh ikhtilaf dalam masalah fiqh, menyebabkan mereka tampil ke hadapan, untuk, kononnya menentang bid’ah dan menegakkan sunnah, dengan masalah-masalah khilaf tersebut.


Golongan ulama’ Islam yang mempunyai latar-belakang yang kukuh dalam bidang fiqh Islami pada mulanya memberi teguran secara umum, mengenai golongan yang cuba memperbesarkan masalah khilaf ini, tanpa menjawab satu persatu persoalan yang ditimbulkan oleh golongan tersebut. Namun, kemelaratan sehingga menuduh seolah-olah golongan lain yang tidak sependapat dengan mereka dalam masalah-masalah khilaf tersebut, sebagai ahli bid’ah dan hanya mereka yang sependapat dengan mereka sahaja sebagai ahli sunnah, memaksa ramai para ulama’ Islam tampil menjawab persoalan-persoalan remeh-temeh mereka (yang mereka besar-besarkan sehingga jadi pintu saling salah-menyalahkan).


Antara para ulama’ yang menjawab kekeliruan golongan (separa ilmuan)tersebut adalah seperti Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (yang mana ulama’-ulama’ tersebut dikafirkan oleh sesetengah golongan salafi), Dr. Umar Abdullah Kamil, Sheikh Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki, Sheikh Abdullah Siddiq Al-Ghumari. Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Shiekh Dr. Ali Jum’ah (mufti Mesir hari ini) dan sebagainya.ngan tersebut ialah masalah zikir selepas solat dengan suara yang kuat. Mereka tampil memberi tamparan yang hebat khususnya kepada institusi-institusi ibadah di Malaysia, seperti masjid-masjid dan surau-surau yang mengamalkan zikir dengan kuat setelah solat.


Pelbagai kritikan yang tidak ilmiah, dilemparkan atas nama keilmuan, terhadap tradisi masyarakat Melayu di Malaysia, yang sudah lama mengamalkan zikir setelah solat secara jihar (terang-terangan) dan jama’i (berjamaah). Mereka terlupa, atau sengaja mengelirukan diri sendiri, takkala berhadapan dengan dalil-dalil Sunnah yang membela amalan tersebut.

Bahkan, ada yang sampai sanggup mengatakan: Nabi dan para sahabat hanya membaca wirid dengan suara kuat dan lantang sewaktu mengajar makmum. Kita sekarang, para makmum sudah menjangkau usia lebih daripada 60 tahun takkanlah, tak tahu membaca doa dan berwirid?

Selain daripada ianya merupakan ayat berbentuk penghinaan dan sikap memperlekehkan amalan tersebut, ianya juga merupakan suatu kenyataan yang tidak berasas dan menjadi hujah ke atas dirinya sendiri.

Kalau kita lihat perkataan berikut, kita dapati bahawa, dia sendiri mengakui Nabi s.a.w. membaca wirid dengan suara kuat dan lantang sewaktu mengajar makmum. Kemudian, mengetengahkan contoh di mana, masyarakat kita, takkala mengamalkan amalan yang sama, dia berkata: “Kita sekarang, para makmum sudah menjangkau usia lebih daripada 60 tahun takkanlah, tak tahu membaca doa dan berwirid?”

Apa, zaman Rasulullah s.a.w. tidak ada makmum yang sudah menjangkau usia 60 tahunkah, yang membuatkan Nabi s.a.w. turut berzikir dengan kuat untuk mengajar para sahabat Baginda s.a.w. pada ketika itu?


Kalau saudara yang berkata perkataan ini cuba bermaksud, semua orang yang sudah berumur 60 tahun ke atas pandai baca zikir dan wirid sendiri, ini merupakan perkataan yang tidak barasas.

Penolakan yang pertama terhadap perkataan beliau: Rasulullah s.a.w. juga ketika membaca zikir secara kuat untuk mengajar para sahabat Baginda s.a.w., ada di kalangan mereka yang sudah melebihi 60 tahun juga.


Penolakan yang kedua: Adakah saudara yang berkata sedemikian tidak pernah ke masjid, kerana di masjid, bukan semua makmumnya melebihi 60 tahun. Ada dari kalangan remaja (walaupun sedikit), ada dari kalangan dewasa yang tidak pernah belajar membaca, bahkan ada dari kalangan mereka melebihi 60 tahun, namun masa mudanya tidak pernah belajar tentang ilmu agama langsung. Ini realiti di Malaysia.

Jadi, amalan berzikir secara terang merupakan suatu amalan yang digalakkan, di samping ianya turut dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., ianya juga turut memberi kesan positif dalam mengajar masyarakat kita yang secara umumnya, jauh lebih jahil dari masyarakat zaman Rasulullah s.a.w. itu sendiri.


Ada juga yang berkata: “Oleh yang demikian (berzikir dengan kuat) masjid dan surau sudah menjadi seperti majlis nasyid. Ada di antaranya menjadi bising sehingga mengganggu jemaah yang sedang sembahyang, sedang masbuk dan di antaranya baru hendak bersembahyang. Seolah-olah mereka tidak menghirau orang masbuk yang sedang bersolat atau orang baru datang untuk bersolat.”

Pertama, ianya seolah-olah menujukan persoalan tersebut kepada Rasulullah s.a.w. sendiri, kerana Baginda s.a.w. yang memulakan amalan berzikir secara kuat untuk mengajar para sahabat Baginda s.a.w..


Sememangnya adab perlu dijaga, takkala mendapati ada orang yang masih bersolat, dan sebagainya. Maka, pada ketika itu, perlulah diperlahankan sedikit, sehingga tidak mengganggu orang yang bersolat. Namun, pengingkaran terhadap amalan zikir dengan kuat setelah solat berjemaah semata-mata kerana takut mengganggu orang yang sedang solat, bererti pengingkaran terhadap Rasulullah s.a.w., sendiri, kerana Baginda s.a.w. lah yang mula-mula melakukan zikir secara kuat tersebut, berdasarkan hadis yang akan dibincangkan nanti. Adakah kita sanggup menuduh Rasulullah s.a.w. tidak merai orang-orang yang solat takkala Baginda s.a.w. sendiri membaca zikir dengan kuat untuk mengajarkan para sahabatnya zikir tersebut? Ini tidak benar. Konsep pengajaran zikir dalam hadis tersebut jelas, di mana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat berzikir secara terang-terangan sehingga didengari olah orang yang di luar masjid, untuk mengajar para sahabat berzikir setelah solat.


Tidak boleh dinafikan kemungkinan bahawa, takkala Rasulullah s.a.w. berzikir secara kuat juga, ada yang masih solat kerana masbuq dan sebagainya. Namun, Rasulullah s.a.w. mengutamakan pengajaran zikir kepada para sahabat yang lain sambil merai adab-adab supaya tidak mengganggu mereka yang masih lagi sedang solat.

Apa yang kita perlu lakukan, bukanlah mengingkari amalan berzikir secara kuat setelah solat tersebut, tetapi memberitahu adab-adab yang perlu dijaga dalam merai mereka yang sedang solat. Itu sahaja. Siapalah kita untuk mengingkari amalan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. tersebut?

Ada hadis yang menyebutkan tentang mengeraskan suara dengan zikir iaitu hadis riwayat Ibnu Abbas:

“Bahawasanya mengangkat suara dengan zikir sewaktu orang ramai selesai solat fardu adalah dilakukan pada zaman Rasulullah. Berkata Ibnu Abbas lagi: “Aku mengetahuinya setelah mereka selesai solat fardu itu apabila aku mendengarnya.” Hadis riwayat Bokhari.

Ada orang mengulas: “Hadis ini ditujukan kepada keperluan mengajar zikir yakni nabi dan para sahabat pernah mengeraskan suara membaca zikir buat sementara waktu sahaja, bukan terus-menerus secara tetap.”

Persoalan yang pertama, di manakah petunjuk dalam hadis tersebut, menunjukkan Rasulullah s.a.w. hanya mengeraskan suara membaca zikir buat sementara waktu sahaja?

Jika kita lihat dari perkataan Ibn Abbas takkala mengulas bahawa, beliau r.a. mengetahui solat jemaah habis dengan mendengar bacaan zikir secara kuat tersebut, bahkan menunjukkan amalan tersebut kerap dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., sehingga ianya menjadi seolah-olah satu petunjuk bahawa, solat jemaah sudah selesai di masjid tersebut.


Kalaupun ada hadis yang menjelaskan amalan tersebut hanya sementara sahaja, kerana ianya merupakan suatu pengajaran terhadap para sahabat r.a., yang dapat kita ambil darinya ialah illah (sebab) Rasulullah s.a.w. mengeraskan suara dalam zikir setelah solat jemaah untuk untuk mengajar zikir setelah selesai solat kepada para sahabat.


Oleh itu, jika tiada illah (iaitu untuk mengajar) maka Rasulullah s.a.w. pun meniggalkan amalan tersebut. Persoalannya, illah tersebut akan tiada bila Baginda s.a.w. dapati para sahabatnya sudah boleh berzikir sendiri setelah solat, maka ditinggalkanlah amalan tersebut.

Tapi, fenomena di Malaysia, tidak sedemikian. Janganlah anda bercakap seolah-olah anda sebagai seorang sahabat yang hidup di zaman Baginda s.a.w. tersebut. Anda berada di abad ke 21 di mana, masyarakat Malaysia umumnya, amat jahil hatta dalam hukum agama sekalipun, inikan pula dalam bab zikir selepas solat.


Fiqh merupakan solusi realiti. Realiti masyarakat Malaysia masih memerlukan pengajaran yang berterusan khususnya dalam perkara-perkara agama. Oleh yang demikian, illah untuk membaca zikir secara kuat setelah solat berjemaah di Malaysia (iaitu mengajar masyarakat awam tentang zikir tersebut) masih lagi wujud, dengan wujudnya kejahilan dalam diri mereka.

Jadi, golongan yang lantang mengkritik amalan tersebut samada tidak faham dengan konsep sunnah Rasulullah s.a.w. itu sendiri, ataupun tidak faham dengan realiti masyarakat. Cukuplah dari memperdebatkan tentang perkara ini.

Kalaupun ada ulama’ yang menolak amalan tersebut seperti Ibn Qayyim (beliau orang Malaysiakah yang hidup dalam realiti kita hari ini) dan sebagainya, ada juga ulama’ muktabar yang membenarkan bacaan zikir secara kuat untuk tujuan mengajar masyarakat.

Bagi mereka yang mengamalkan, mereka ada dalil yang tersendiri. Bagi mereka yang tidak mengamalkan, mereka ada dalil yang tersendiri. Tetapi, bagi mereka yang sibuk berdebat, bergaduh, tuduh-menuduh, salah-menyalahkan satu sama lain dalam masalah ini, mereka sebenarnyalah yang membawa bid’ah, kerana menjadikan masalah khilafiyah yang tidak sepatutnya timbul pengingkaran sesama manusia di dalamnya, mereka canang merata-rata seolah-olah ianya suatu racun masyarakat Islam di Malaysia, padahal ramai dari kalangan umat Islam di Malaysia sendiri, yang sentiasa meninggalkan solat dan jahil dalam ilmu agama.

Apa gaduh-gaduh tentang perkara zikir setelah solat. Kalau anda mahu ikut serta dengan imam untuk baca zikir secara kuat, kalau anda sudah rasa “pandai” berzikir setelah solat sendiri, tidak ada sesiapa paksa anda zikir secara kuat, berjemaah. Ianya bukan suatu yang wajib. Orang-orang awam yang solat jemaah di masjid sendiri tidak pernah kata: “Zikir secara kuat lepas solat itu wajib”! Anda yang buruk sangka terhadap mereka, dengan mendakwa mereka anggap ianya wajib.

Semoga Allah s.w.t memelihara kita dari perpecahan dan dari sikap memecah-belahkan umat Islam…Amin…


Wallahu ‘alam…

Keagungan Akhlak Rasulullah SAW

Saudaraku, Islam sampai kepada kita saat ini tidak lain berkat jasa Baginda Rasulullah Muhammad SAW sebagai seorang penyampai risalah Allah SWT yang benar dan di redhai. Dan nanti di padang mahsyar, setiap umat Islam pasti akan meminta syafa’at dari beliau SAW dan menginginkan berada di barisan beliau SAW. Namun, pengakuan tidaklah cukup sekedar pengakuan. Pasti yang mengaku umat beliau SAW akan berusaha mengikuti jejak beliau dengan jalan mengikuti sunnah-sunnah beliau dan senantiasa membasahi bibir ini dengan mendo’akan beliau dengan cara memperbanyak berselawat kepada beliau SAW. Sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah tercinta, Sayyidina Muhammad Sholallohu ‘alaihi wa sallam hingga salah seorang isteri beliau, Sayyidatina A’isyah Rodhiyallahuanha mengatakan bahawa akhlak Rasulullah adalah “Al-Qur’an”. Tidak satu perkataan Rasulullah merupakan implementasi dari hawa nafsu beliau, melainkan adalah berasal dari wahyu ilahi. Begitu halus dan lembutnya perilaku seharian beliau. Rasulullah SAW adalah sosok yang mandiri dengan sifat tawadhu’ yang tiada tandingnya.

Beliau pernah menjahit sendiri pakaiannya yang koyak tanpa harus menyuruh isterinya. Dalam berkeluarga, beliau adalah seorang yang ringan tangan dan tidak segan-segan untuk membantu pekerjaan istrinya di dapur. Selain itu dikisahkan bahwa beliau tiada merasa canggung makan disamping seorang tua yang penuh kudis, kotor lagi miskin. Beliau adalah seorang yang paling sabar dimana ketika itu pernah kain beliau ditarik oleh seorang badui hingga membekas merah dilehernya, namun beliau hanya diam dan tidak marah.
Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika beliau mengimami solat berjemaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap kali beliau berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Selepas solat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah? “Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sehat dan segar.” Jawab Rasulullah. “Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan? Kami yakin baginda sedang sakit”. Desak Sayyidina Umar penuh cemas.
Akhirnya, Rasulullahpun mengangkat jubahnya. Para sahabatpun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak. Para sahabatpun berkata, “Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?”. Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawapanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.
Teramat agung pribadi Rasulullah SAW sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badui tentang akhlak beliau SAW hanya mampu menangis karena tak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak beliau SAW. Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.
Saudaraku, sungguh kehadiran Rasulullah SAW adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia lewat segala hal yang beliau contohkan kepada umat manusia. Beliau tidak pernah pandang bulu dalam hal menghargai manusia, penuh kasih sayang, tidak pernah mendendam, malahan beliau pernah menangis ketika mengetahui bahwa balasan kekafiran adalah neraka yang menyala-nyala hingga menginginkan umat manusia untuk meng-esakan Allah SWT.
Cukup kiranya beliau yang jadi suri tauladan kita, umat Islam khususnya yang hari ini sebagian sudah sangat jauh dari akhlak Rasulullah, baik dalam tindakan maupun perkataan yang menyejukkan. Apa yang dikatakan oleh seorang sastrawan Pakistan, Muhammad Iqbal dalam salah satu karyanya dapat kita jadikan renungan bersama dimana beliau berkata: “Barangsiapa yang mengaku umat Nabi Muhammad, hendaklah berakhlak seperti beliau (Nabi Muhammad)”.
Dalam salah satu hadits dikatakan bahwa “Belum beriman seseorang sehingga aku (Rasulullah Muhammad SAW) lebih dicintainya daripada ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia”(HR. Bukhari). Kita tidak tahu apakah nanti akan di akui Rasulullah sebagai umatnya atau tidak kelak di yaumil kiamah. Namun satu yang pasti bahwa semua ingin berada di barisan beliau. Maka, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengikuti akhlak beliau SAW semampu diri kita, sebagai suri tauladan kita yang utama, memperbanyak ucapan selawat untuknya, membela sunnahnya, bukan malah membelakanginya (mari berlindung dari hal demikian), sebagai bagian dari rasa cinta kita terhadapnya.
Saudaraku, mari kita sampaikan salam dan selawat kepada beliau SAW, yang dengannya kita akan beroleh cinta dan Syafa’atnya kelak di yaumil mahsyar. insya Allah…Amiin.
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..

Wallahu'alam.

Newa@Feryco...

9 Siti Yang Perlu Di Contohi

Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.

Siti A’ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

Siti Muti’ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk ‘Siti Impian’.

Adakah kita tergolong antara Siti-Siti ini? Tepuk dada tanya iman. Sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.
Perkataan ‘Siti’ bagaimanapun membawa maksud ‘makcik’ dalam bahasa arab.
Wallahu a’lam

Jumaat, 10 Disember 2010

~ L.I.F.E ~

the most powerful force in life ~ LOVE
the greatest asset ~ FAITH
the most powerful channel of communication ~ PRAYER
the most important thing in life ~ ALLAH
the greatest joy ~ GIVING
the worst thing to be without ~ HOPE
the most destructive habit ~ WORRY
the world's most incredible computer ~ BRAIN
the greatest loss ~ THE LOST OF SELF-RESPECT
the greatest natural resource ~ YOUTH
the ugliest personality trait ~ SELFISHNESS
the greatest problem to overcome ~ FEAR
the most beautiful attire ~ SMILE
the most crippling disease ~ EXCUSES
the most dangerous pariah ~ GOSSIP
the two most power-filled words ~ I CAN
the most worthless emotion ~ SELF PITY
the greatest 'shot in the arm' ~ ENCOURAGEMENT
the most effective sleeping pill ~ PEACE OF MIND
the most prized possesion ~ INTEGRITY
the most satisfying work ~ HELPING PEOPLE
and the greatest attitude ~ GRATITUDE

Khamis, 9 Disember 2010

5S Tips Kekal Segar Sepanjang Pagi

Anda mengalami masalah mengantuk di waktu pagi? Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:
"Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi"
Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.

Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi. Tips ini saya dapat dari ayah sahabat saya. Mari kita amlkan 5S ini :

01.Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma'thurat atau al-Quran.

02.Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.

03.Sembang
Rupanya borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda- benda yang lagha; nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Nauzubillah.

04.Sapu rumah
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu senaman.

05.Selesai atau Sempurna
Pastikan semua yang kita buat tu semuanya selesai. Yela, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergi la cari penyapu nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.

Kesimpulannya, tips 5S ini perlulah dilaksanakan dengan sempurna supaya ia betul- betul berkesan.
Dan bagi saya, ada dua S yang saya buat untuk hilangkan mengantuk dan tidak tidur lepas subuh.

Pertama, saya Segarkan diri (mandi), bila tubuh dah segar secara tak langsung, saya rasa semangat, tidak banyak pun sikit.

Kedua, Stadi atau Siapkan kerja yang tidak siap. Masa ni la saya ambil peluang selesaikan tugasan yang pensyarah bagi sebab malam selalunya saya tidur awal.

Ok, selamat beramal dan jika ingin wajah berseri ataupun awet muda, jangan amal tidur lepas Subuh ye :D

- Artikel iluvislam.com
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....