السلام عليکم

Ahad, 22 Ogos 2010

Renungan...

Tidaklah ada faedahnya perkataan jka tidak disertai perbuatan.
Tidak ada faedahnya kepandaian kalau tidak disertai budi pekerti.
Tidak ada faedahnya pengorbanan kalau tidak disertai niat suci.
Tidak ada faedahnya kekayaan kalu tidak disertai sopan santun.
Tidak ada faedahnya hidup kalau tidak disertai kesihatan.
Tidak ada faedahnya negara makmur kalau hati penduduknya kecewa.

...(Prof. Hamka)..


******

"JANGAN memikirkan 3 perkara..
1. Jangan memikirkan kemiskinan,
Sebab akan menyebabkan kerisauan dan menambahkan kerakusan.

2. Jangan memikirkan perbuatan orang yang telah menganiayamu,
nescaya akan menambah kekerasan hatimu dan kedengkianmu dan berlanjutan kemarahanmu.

3. Jangan memikirkan untuk tinggal tetap di dunia,
sebab akan menggemarkan kamu dalam menghimpun dunia,
dan menunda-nunda amal perbuatan,
dan melalaikan akhirat..."

(Kitab Tanbihul Ghafilin) 



************

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


**************

"Indahnya Ungkapan Tidak Seindahnya Perbuatan,
Indahnya Perbuatan Tidak Seindah maksud
Indahnya Maksud Tidak Seindah Niat
Indahnya Niat Tidak Seindah Hakikat..."



***************

Sabtu, 21 Ogos 2010

Memohon & Bersyukur..

Sebuah kisah yg menarik tentang syukur.

Renungan..Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing

Suatu hari ALLAH SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan ALLAH SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat
Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh ALLAH SWT sebagai seekor
kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya ALLAH, alhamdulillah, aku bersyukur kepada ALLAH SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh ALLAH SWT sebagai seekor kelawar". "Masya ALLAH, alhamdulillah, aku bersyukur kepada ALLAH SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar
dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui
seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan ALLAH SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya ALLAH, alhamdulillah, aku bersyukur kepada ALLAH SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya
aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Cantik si Isteri...

Cantik seorg wanita pada pandangan seorg lelaki itu adalah cantik si isteri yg solehah pada pandangan si suami.

Memandang si isteri menyedapkan mata...
Memandang si isteri menenangkan jiwa...
Memandang si isteri menyukakan hati...
Memandang si isteri mengurangkan amarah yg dirasa...
Memandang si isteri menghairahkan jiwa...
Memandang si isteri meruntuhkan segala pandangan terhadap wanita lainnya...
Memandang si isteri membuahkan ingin dipeluk2, dicium2, dibelairasa...
Memandang si isteri meningkatkan kasih-sayang sesama...
Memandang si isteri mengingatkan segala pahit-manis bersama...
Memandang si isteri menginsafkan kita akan pengorbanannya semasa berbadan dua...
Memandang si isteri membangkitkan sebak di dada akan sakitnya dia sewaktu melahirkan anak kita...
Memandang si isteri mengingatkan diri ini pada Yang Maha Esa kerana nur wajahnya itu adalah anugerah ALLAH Taala...

wassalam.

Jalan Mengenal Kekurangan Diri..

Ketahuilah sekiranya Allah Azza wa Jalla berkehendak kebajikan dan hikmah bagi hambaNya, 
nescaya diperlihatkanNya kekurangan- kekurangan, kecelaan diri hamba itu. 
Siapa yg penglihatan hatinya tembus, nescaya tidak tersembunyi
kepadanya akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu. 
Maka apabila dia sudah mengetahui akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu,
 nescaya akan memungkinkan dirinya mengubati dan membersihkannya.
Malangnya kebanyakan hamba tidak mengetahui akan kekurangan dirinya, 
malah mereka lebih mudah lagi melihat habuk pada mata saudaranya
daripada melihat kecacatan matanya pada dirinya sendiri.
Barangsiapa ingin megetahui kekurangan dirinya, maka baginya tertentu empat jalan:
1. Berguru dengan yang Mursyid
2. Mencari teman yang benar
3. Mendengar celaan daripada musuhnya
4. Bercampur dan melihat gelagat kecelaan pada manusia lalu diperhatikan kembali pada dirinya akan kecelaan dan kekurangan yang ada pada diri nya.
(Petikan dari Kitab Ihya Ulumuddin)

TEMUDUGA TERBUKA..

Temuduga
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

[i]LOKASI TEMUDUGA:[/i]
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadith diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu
diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah
kasut) orang2 yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat
itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau
masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah
kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada
sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan :
di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya :-

Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh
saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya?

Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.

Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan,kiri dan hujung kaki).!

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini....

Selidikilah kekurangan Diri Sendiri...

SELIDIKILAH KEKURANGAN DIRI SENDIRI...

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya...

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...". Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahualam "Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH.""

Rabu, 18 Ogos 2010

Sajak Harapan

Tuhan,
Dalam menempuh hidup ini,
Banyaknya dugaan datang menguji,

Tuhan,
Ada yang dapat ku gagahi,
Dan ada yang dapat ku hindari,

Tuhan,
Dosaku menggunung tinggi,
Tapi taubatku tak ku tepati,

Tuhan,
Rahmat Mu melangit luas,
lalu sedikit ku bersyukur,
Kini ku kembali pada Mu,
Mengharap maghfirah dari Mu,
Moga kan terampunlah dosa-dosaku,

Biarpun ujian melanda,
ku tetap berkasih pada Mu,
Kerana ku yakin kasih Mu,
Tiada sudahnya...
:nangis:

Ahad, 15 Ogos 2010

Lumrah Insan Di Duniawi Ini...

Lumrah insani di duniawi ini,
sering terleka mengingati illahi,
apabila segala impian berjaya dikecapi,
nikmat yang diterima 'terlupa' untuk disyukuri,
jadilah insan yang lupa diri,
tetapi,
apabila yang diberi ditarik kembali,
cepat pula takdir disalahi,
tidak sedar diri diuji,
semata - mata untuk mendapatkan keredhaan illahi,

diri,
perbetulkanlah apabila terlalai,
supaya diri kita tidak terus diabai,
dari sorotan hidayah illahi.


Lumrah insani di duniawi ini,
Jika kau tanya padaku,
Kenapa ku memilih Islam landasan hidupku,
Bagiku Ia adalah pegangan dan pedomanku,
Jika kau tanya padaku,
Apakah bukti suci hatimu kerana Islam
Diamku dan nawaitu daku tentunya Allah yang mengetahuinya
Jika kau tertawa akan tatacara haluanku,
Syukur alhamdullilah aku masih punya Tuhan untuk disayangi
Jika kau menguja dan cerca agamaku,
Berputih tulang pun ku sanggup menghadapinya,
Jika kau tanya apa munajatku pada tuhanku
semoga aku diberi taufik dan hidayah dan menjadi hamba yang soleh
Jika kau tanya apakah kemanisanku,
Subahanawah, alhamdullilah,
Jika kau tanya apa kau cari dalam hidupku
Assyadullah Illah ha hilllah, waasyaduanna Muhammad rasullullah
kalau kau tanya maha saudaramu,
nah selagi bernama islam selagi ikhlas padaku ialah saudaraku


indahnya islam
manisnya iman :matabulat: :matabulat:

Mencari Malam LailatulQadar

Malam al-Qadr ialah tetamu yang dirindui dan dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam. Ia merupakan tetamu yang kehadirannya menjanjikan keampunan bagi dosa yang telah lalu dan gandaan pahala ibadat seumpama amalan seribu bulan iaitu bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan.

Sekurang-kurangnya terdapat dua pengertian Malam al-Qadr. Pengertian yang pertama merujuk kepada malam di mana al-Quran diturunkan. Allah s.w.t. berfirman, Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkannya (al-Quran) itu pada Malam al-Qadr. (al-Qadr : 1).

Malam al-Qadr dalam pengertian ini terjadi pada bulan Ramadan dan hanya berlaku sekali sahaja. Allah berfirman, Bulan Ramadan adalah bulan yang padanya diturunkan al-Quran. (al-Baqarah: 185). Bagaimanapun para ulama masih berbeza pendapat tentang bilakah waktu ia berlaku. Sebahagian besar ulamak menyatakan Malam al-Qadr itu terjadi pada 17 Ramadan. Hal ini disandarkan kepada firman Allah, Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada hari al-Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan. (al-Anfal: 41).

Maksud ‘hari pertemuan dua pasukan’ ialah ketika terjadinya Perang Badar, iaitu hari Jumaat, 17 Ramadan tahun kedua Hijrah.

Ibnu Abbas r.a. menjelaskan, “al-Quran yang diturunkan pada Malam al-Qadr pada bulan Ramadan (dari Lauh Mahfudz) ke langit dunia secara sekali gus; kemudian barulah diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi s.a.w.” (Riwayat al-Thabraniy).

Pengertian yang kedua pula merujuk kepada malam yang penuh keberkatan. Hal ini berdasarkan kepada firman-Nya, Sesungguhnya Aku telah menurunkannya al-Quran pada malam yang penuh keberkatan. (al-Dukhan: 3).

Malam al-Qadr dalam pengertian sebuah malam yang penuh keberkatan ini berlaku pada setiap bulan Ramadan. Pengertian ini didasarkan kepada hadis Rasulullah, Nabi s.a.w. ditanya tentang Malam al-Qadr, Lalu Baginda menjawab, “Malam al-Qadr ada pada setiap bulan Ramadan.” (Riwayat Abu Daud).


*Keutamaan Malam al-Qadr

Terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan tentang keutamaan Malam al-Qadr. Di antaranya ialah firman Allah yang maksudnya, Sesungguhnya Kami telah menurunkan-nya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (al-Qadr: 1- 5).

Sebenarnya hakikat bahawa Malam al-Qadr itu lebih baik dari 1,000 bulan sudah cukup menggambarkan tingginya kedudukan malam tersebut. Justeru itu, Malam al-Qadr dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau 83 tahun lebih.

Allah s.w.t. juga berfirman yang maksudnya, Sesungguhnya Kami menurunkan-nya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kamilah Yang Maha Mengutus rasul-rasul, sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Dukhan: 3-6).

Ayat di atas membuktikan bahawa ketentuan urusan kehidupan manusia diturunkan pada Malam al-Qadr. Hal ini sekali gus membatalkan kepercayaan sesetengah pihak bahawa ketentuan urusan kehidupan diturunkan pada malam Nisfu Syaaban.

Hadis-hadis Nabawi yang sahih serta menceritakan tentang keutamaan dan keberkatan Malam al-Qadr pula antaranya ialah:-

(a) Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:- Barang siapa yang melaksanakan solat qiyamu Ramadan (solat terawih) pada Malam al-Qadr kerana keimanan dan kerana mengharapkan keredaan Allah, mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang telah lalu. (Riwayat Bukhari).

(b) Nabi s.a.w. bersabda, Apabila datang Malam al-Qadr, malaikat Jibril bersama para malaikat yang lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap hamba yang berzikir dan berdoa kepada Allah, Allah menyatakan kepada para malaikat bahawa Allah akan memenuhi doanya. Allah berfirman, Pulanglah kamu semua, Aku telah mengampuni dosa kamu semua dan Aku telah menggantikan keburukan dengan kebaikan. Maka mereka pulang dan telah mendapat keampunan-Nya. (Riwayat al-Baihaqi dari Anas bin Malik).

Kedua-dua hadis itu menunjukkan bahawa sesiapa yang melaksanakan solat terawih, memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar, dengan hati yang ikhlas, dengan cara yang sesuai dengan tuntutan Rasulullah s.a.w. pada Malam al-Qadr, insya Allah dia akan mendapat keampunan-Nya. Inilah yang sentiasa menjadi harapan setiap mukmin.

Ustaz Sayyid Qutub r.a. menggambarkan suasana Malam al-Qadr secara puitis dalam tafsir Fi Zilal al-Quran, “Namanya Malam al-Qadr, yang kadang-kadang bermaksud takdir (ketentuan) atau tadbir (ketetapan), juga bermaksud nilai atau kedudukan.

Kedua-duanya sesuai dengan peristiwa alam yang agung itu. Peristiwa al-Quran, wahyu, dan risalah, tempat tidak terdapat peristiwa-peristiwa di dunia ini, yang lebih besar, lebih benar, dan lebih bererti daripadanya.

Malam yang lebih baik dari 1,000 bulan. Angka tidak bermaksud pembatasan, tetapi apa yang dimaksudkan ialah banyaknya nilai. Berapa ribu bulan dan tahun telah berlalu tanpa meninggalkan apa-apa kesan, tanpa perubahan, seperti yang ditinggalkan oleh satu malam yang penuh keberkatan dan kebahagiaan iaitu Malam al-Qadr.” (Fi Zilal al-Quran : J6 / 3944-3946).

*Waktu Berlakunya Malam al-Qadr

Disebut dalam pelbagai riwayat bahawa waktu terjadinya adalah tidak tetap dan berbeza-beza dari tahun ke tahun. Terdapat pelbagai pendapat dalam hal ini. Bagaimanapun tidak dinafikan bahawa pendapat yang paling benar dan kuat tentang waktu terjadinya Malam al-Qadr itu ialah pada salah satu malam terakhir bulan Ramadan. Ini berdasarkan hadis riwayat Aisyah r.a., Adalah Rasulullah s.a.w. beriktikaf di 10 hari terakhir bulan Ramadan dan Baginda bersabda, Carilah (dengan segala daya upaya) Malam al-Qadr pada malam-malam ganjil daripada 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadan. (Riwayat Bukhari no: 2017 J4/255 dan Muslim no. 1169).

Kata-kata Aisyah r.a. mengisyaratkan bahawa Malam al-Qadr itu adalah pada 10 hari terakhir, manakala anjuran Nabi s.a.w. itu pula menegaskan bahawa waktu terjadinya Malam al-Qadr itu ialah di salah satu malam ganjil 10 hari terakhir.

Rangkap pertama hadis tersebut (kata-kata Aisyah) bersifat umum, manakala rangkap yang kedua (sabda Nabi s.a.w.) adalah khusus. Dalam hal ini riwayat yang khusus adalah lebih diutamakan daripada yang umum.

Namun riwayat daripada Muawiyah bin Abi Sufyan dari Nabi s.a.w. tentang Malam al-Qadr seolah-olah mengkhususkan dan menetapkan bahawa berlakunya Malam al-Qadr ialah pada malam ke-27. Hal ini jelas daripada kata-kata Muawiyah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, Malam 27 . (Sahih Sunan Abi Daud).

Riwayat Muawiyah itu diperkuatkan oleh pendapat Ubay bin Ka‘ab dan Ibn ‘Abbas r.a. bahawa Malam al-Qadr adalah malam ke-27 Ramadan. Ubay bin Ka‘ab pernah bersumpah akan hal ini kerana alamat-alamat yang dia lihat.

Kita tidak menafikan bahawa Malam al-Qadr (seperti mana riwayat Muawiyah dan pendapat Ubay dan Ibn ‘Abbas) boleh berlaku pada 27 Ramadan akan tetapi ia tidak semestinya berlaku pada 27 Ramadan.

Sememangnya pendapat bahawa Malam al-Qadr jatuh pada 27 Ramadan sangat masyhur dalam kalangan sebahagian ulama Islam. Namun, kata al-Qardawi sebenarnya tidak ada yang meyakinkan dalam hal ini.

Wallahu'alam..

Citer dalam lif...

Alkisahnya....

Ada empat orang tengah tunggu lif.

Sorang tu doktor,
Sorang lagi tu engineer,
Yang ketiga tu peguam
Dan yang last sekali tok Imam.


Tengah-Tengah Boring Dok Tunggu Lif Tuh, Datang Le Sorang Awek Cun
Yang

Teramat-Amatlah Seksi.

Bila Lif Sampai Semua Orang Pun Naik Le.

Dalam Masa Lif Tu Nak Naik Ke Atas, Tiba-Tiba Elektrik Terputus. Lif
Tu

Pun Berhentilah Dengan Tiba-Tiba Dalam Keadaan Gelap Gelita. Dalam
Black Out Tu, Mulalah Ada Salah Sorang Dari Melaun Tu Gatal Pulak Nak
Buat Kurang Ajar Dengan Pompuan Seksi Tu. Puas Dia Dok Meraba Pompuan
Tu Dalam Gelap!

Tiba-Tiba, Elektrik Dah Okay Balik. Pompuan Tu Pun Tengok Kat Si
Engineer, Lepas Tu Kat Si Doktor, Ketiga Kat Si Peguam. Last Sekali
Kat

Tok Imam. Dengan Geramnya Minah Tu Bagi Si Tok Imam Satu Penampar
Jepun

Yang Teramatlah Kuat."Heiii, Tua-Tua Bangka Pun Ada Hati Nak Meraba
Lagi Tu !!!"Jerit Si Pompuan Seksi Sambil Menunjuk Bijik Penumbuknya
Kat Muka Tok Iimam Tu..


Soalan : Ngapa Pompuan Tu Sure Gila Tok Imam Tu Yang Buat Dajal?


Kenapa ?

Kenapa ?


Kenapa ?

Kenapa ?


Kerana Tok Imam Tu Sorang Je Lelaki!!

Hahahahaha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Pengajarannya, Kalau Cakap Pasal Doktor Ke, Peguam Ke,

Engineer Ke Mesti Orang Akan Ingat Laki Yang Pegang Jawatan Cam Tu.

P/S : Kisah Ini Tiada Kena Mengena Yang Hidup Atau Yang Sudah
Meninggal Dunia..

Manusia, Malaikat & Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan
akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan
diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sabtu, 14 Ogos 2010

Adab Berpuasa & Solat Sunat Tarawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:


...1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;


2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;


3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;


4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai’, sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);


5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;


6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;


7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;


8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);


9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)


10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai . Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Jumaat, 6 Ogos 2010

Sujud Cinta Seorang Hamba

Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha
Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu
Yang Maha Mengasihani

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari

Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini?
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu

Rabu, 4 Ogos 2010

Lelaki Hensem vs Lelaki Tak Hensem...

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
...Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…


Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!


Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…


Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…


Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…


Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…


Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…


Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….


Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Ahad, 1 Ogos 2010

Menangislah!!...

Sudahkah Kita Menangis?

Ketika kita telah mengetahui tangisan Rasulullah saw sehingga para sahabat mempelajari tangisan beliau sebab Rasulullah saw adalah teladan yang sempurna. Dari Anas r.a. berkata, 'Rasulullah saw menyampaikan khutbahnya yang belum pernah aku dengar, isi khutbah itu beliau berpesan, 'Seandainya kalian mengerti apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.' (HR. Muslim).

Mendengar ucapan itu para sahabat menangis sampai menitiskan air matanya. Air mata itu mengalir dipipi mereka merasakan betapa kepedihan hati Rasulullah jestru dilandasi oleh kecintaan beliau kepada umatnya. Bahkan sampai diakhir hayatnya selalu disebutnya, umatku, umatku.'

Dalam riwayat hadis yang lain Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi wa Salam mendengar sesuatu dari para sahabat, kemudian beliau berkhutbah, 'Dihadapkan syurga dan neraka dihadapanku. Aku belum pernah melihat kebaikan atau keburukan seperti pada hari ini sebelumnya. Seandainya kalian mengerti nescaya kalian sedikit tertawa dan banyak menangis.' (Muttafaqun 'Alaih)

Maka tidak ada hari yang lebih dahsyat dari pada hari itu bagi para sahabat Rasulullah saw, mereka menutupi kepala kerana isak tangis tersedu-sedu. Tangisan Rasulullah senantiasa mengingatkan agar kita menangis malam ini kerana banyak hal yang membuat kita menangis. Membasuh sejadah dengan air mata dalam munajat kita kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala, bermuhasabah atau evaluasi diri atas semua yang kita lakukan pada hari ini.

Sudahkah kita menangis di malam hari ini?




...agussyafii..
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....