السلام عليکم

Selasa, 26 Oktober 2010

10 Kunci Persahabatan Yang Baik

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda
mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak
mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain
sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,
orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai
sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain
adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.
Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai
minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.
Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan
persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan
kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan
perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar
luahan perasaan mereka pula.

Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya
kembali.

Selasa, 19 Oktober 2010

13 qualities of musleem

We should keep in mind that the servant of ALLAH is different from ordinary creations. Being given the honor of the title "Ibad-ur-Rahman" implies the satisfaction of God by their deeds and qualities. Here, in these verses, ALLAH is describing the 13 unique qualities which raise a human being from the level of ordinary creation to being the beloved servant of ALLAH. The 13 traits are:

1. They walk on the earth with humility:
2. Their response to the ignorant is ‘peace’:
3. They spend their nights in worship:
4. They ask for safety from Hell- Fire:
5. They spend their money wisely
6. They do not make partners with God:
7. They don’t kill without reason:
8. They do not commit adultery:
9. They do not witness any falsehood:
0. They do not drop deaf and blind on the signs of God:
11. They pray for righteous wives (and women pray for righteous husbands) and children:
12. They wish to be the leaders of the pious believers:
13. They are patient and consistent:

Subject : Air masin & Air Tawar

SUBJECT : Air Masin & Air Tawar

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. " (Q.S Al Furqan:53)

jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk Ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yangmembatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari tahu penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di Tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya Halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surah Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman ALLAH, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar ALLAH yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

KELUARGA KU DI SYAWAL 1431H


Kenangan Syawal 1431H

Isnin, 18 Oktober 2010

Kalimah Yang Kau Tinggalkan...

Suatu malam, ketika hampir Subuh…

Seorang lelaki yang sedang nyenyak tidur terjaga. Dirasakan ada orang lain di dalam biliknya yang berhawa dingin dan berpewangi semburan automatik itu. Tidak syak lagi! Seseorang sedang berdiri di depan pintu biliknya, seolah-olah orang itu masuk menembusi pintu kayu jati berukir dan berpemegang perak.

Gelap, tetapi si lelaki nampak lembaga asing di biliknya walaupun suasana samar-samar lagi kelam..


“Siapa tu?” soal si lelaki. Dahinya berkerut dan matanya sedikit mengecil untuk memberi tumpuan.

“Hamba ALLAH seperti engkau juga,” jawab si makhluk.

“Apa yang kau cari? Bb… bagaimana engkau masuk? Rumah ini lengkap dengan sistem keselamatan. Pintu juga sudah aku kunci! Mana pengawal keselamatanku”

“Tidak ada tempat yang aku tidak boleh masuk. Tidak ada pintu yang tidak boleh aku lalui. Tidak ada pengawal yang mampu menghalang aku”

Hamba ALLAH tadi berpeluh dahinya. Dengan pantas tangannya mencapai sesuatu di kepala katil. Pistol!

“Huh, sebelum aku serahkan engkau kepada polis, ada baiknya engkau cerita siapa engkau dan apa tujuan engkau ke mari,” sinis saja tutur si lelaki.

“Sudah lama engkau mengenali aku. Namaku Izrail, dan engkau pastinya tahu apa tujuan aku datang.”

Terjatuh pistol di tangan si lelaki. Kelu lidahnya. Terbeliak matanya. Seakan-akan terhenti degupan jantungnya.

“Cukup saatnya sebentar nanti, aku akan menjalankan tugasku,” tambah makhluk itu.

Si lelaki menjerit memanggil isterinya di atas katil yang sama. Digoyang-goyangkan tubuh isterinya tetapi nyenyak isterinya tidak terusik sedikitpun.

Dijeritnya pula nama anak-anaknya… tiada balasan. Dicarinya telefon bimbit…jumpa, tetapi langsung tidak berfungsi seolah-olah dicabut baterinya. Dia jatuh melutut kehilangan punca.

“Engkau tidak mahu mengucapkan kalimah syahadah? Masih ada waktu untuk itu,” maklum si makhluk.

“Nanti, nanti! Aku belum bersedia untuk ini semua! Tolong, tolonglah aku! Keluargaku masih memerlukan aku. Harta kekayaan aku perlu aku urus sebaiknya terlebih dahulu. Kalau tidak, ia akan berkurang dan hilang. Anak isteriku belum cukup mahir mengendalikannya. Lagi pula, aku orang penting di dunia ini. Aku pimpinan masyarakat. Ketiadaan aku walau sekejap akan menghuru-harakan keadaan. Betul, aku tak tipu!”

“Aku bukanlah tempat memohon pertolongan. Aku tidak ada kuasa untuk itu. Tugasku hanya mencabut nyawa,” balas si makhluk sambil mula merapat.

“Jangannn! Nanti, nanntiii! Aku pernah minum arak. Aku pernah berzina. Aku pernah berjudi. Aku pernah memfitnah. Aku pernah menipu. Macam-macam yang aku pernah! Aduhhh…!”

“Aku mengingatkan lagi! Masa yang tersisa untukmu hanyalah untuk melafazkan kalimah syahadah sambil mengimaninya. Sebaiknya engkau lakukan sekarang.”

“Jangannnnnn…jangannnn…!” Air mata, hingus dan air liurnya keluar serentak memohon simpati. Hilang maruah dirinya yang dikatakan tinggi kerana sering dilihat keluar dari kereta mewah. Hilang ketampanannya memakai sut hitam putih. Hilang kepetahannya berucap dalam majlis-majlis orang-orang kenamaan. Hilang tegas dan barannya ketika mengarah orang-orang bawahan.

“Engkau masih ada 60 saat wahai abdi ALLAH,” tegur si makhluk.

“Tuhannnnnn! Tolong aku Tuhannn! Amalanku tidak banyak. Dosaku melambak-lambak. Berilah aku peluang ya ALLAH! Aku berjanji akan menjadi insan soleh selepas ini. Aku ingin mentarbiah anak isteriku yang jauh dari agama-Mu ya ALLAH…”

“Tinggal 45 saat…”

“Allahhh… aku selalu melancong tapi belum sempat naik haji! Aku banyak menyakiti orang tapi belum sempat minta maaf! Aku…”

Tiba-tiba seluruh persekitarannya berubah, menjadi kacau. Dia seolah-olah berada di alam yang lain.

Di sebelah kirinya berdiri seorang lelaki tua berserban, berjubah dan dengan tasbih di tangan. Wajahnya sangat bersih dan tubuhnya berbau wangi. Katanya, “Akulah Tuhanmu. Mohonlah pertolongan aku, nescaya kutolong.”

Di sebelah kanannya pula berdiri gagah kedua-dua orang ayah dan ibunya yang sudah puluhan tahun meninggal dunia. Di antara mereka berdua berdiri sesosok tubuh yang tampak gagah.

“Nak, kenal kami tak? Mak dan ayah ni. Kami sudah selamat di akhirat. Seronok sungguh hidup di sana. Kalau engkau hendak jadi seperti kami, matilah dalam agama Kristian. Nah, yang di tengah-tengah ini tidak lain ialah Jesus, Tuhanmu nak.”

Ada sesuatu pula dalam tubuh si lelaki. Dia dapat merasakan kewujudan sesuatu. Sesuatu yang di dalam tubuhnya itu membuatkannya berasa sejuk, nyaman dan selesa. Sesuatu itu berbicara, “Tidak, akulah Tuhanmu. Mintalah bantuan kepadaku.”

Di belakangnya berdiri pula guru al-Qurannya sewaktu kecil dahulu. Hebat pakaiannya, banyak perhiasannya dan sedang menikmati hidangan yang lazat-lazat.

“Aku gurumu. Cuba lihat ke u***** Timur. Nampak tak sesuatu yang sangat ebsar dan snagat indah sedang turun ke bumi? Itulah Tuhan kita. Dulu kan tok dah ajar yang Tuhan kita ‘turun’ ke bumi? Tok sembah hang itu, dan engkau lihatlah betapa berjayanya tok sekarang. Mintalah pertolongan kepada yang sedang turun di u***** Timur itu, engkau pasti berjaya.”

Si lelaki terdongak ke atas pula. Dilihatnya seluruh langit berubah menjadi sesuatu yang sangat indah. Lazat sungguh penglihatannya hinggakan meresap rasa sedap itu ke seluruh tubuh hingga ke hujung-hujung jari. Nun di atas segala keindahan itu, di atas daripada awan, di atas daripada langit biru, ada sesuatu yang gemilang cahayanya… sangat mempesonakan…

Teringat dulu sebuah majalah bulanan yang dibacanya. Menurut majalah itu, “ALLAH di langit”... Si lelaki terfikir dalam hatinya, “Yang ini ALLAH AGAKNYA…”

Booommm! Begitulah bunyi rentapan nyawa oleh malaikat Izrail ke atas si lelaki. Bunyinya saja sudah setanding dengan bunyi tembakan meriam, ‘rasanya’ tidaklah dapat digambarkan lagi. Tubuhnya keras serta merta.

“Aku tidak perlu minta maaf kepadamu wahai lelaki, kerana aku hanya menjalankan segala perintah Tuhan, atas gerak Tuhan. Kecintaanmu kepada dunia membuatkan engkau susah untuk mati. Engkau risau untuk meninggalkan itu ini. Orang-orang soleh tidak begitu. Mereka redha nyawa mereka diambil dan meninggalkan dunia yang sedikit nikmatnya ini dengan selamba. Malah mereka berasa senang sekali untuk emnemui Kekasih mereka nanti. Bukankah mati itu syarat untuk menemui cinta? Ringkasnya, engkau sendirilah yang memanjangkan sakaratul mautmu. Sebenarnya, sudah lebih dua jam engkau menderita, antara hendak melepaskan nyawa ataupun tidak.”

“Tuan aku iaitu ALLAH SWT juga telah memberikan masa yang mencukupi untuk engkau melafaz dan meyakini kalimah syahadah, iaitu tiket untuk engkau ke syurga. Malangnya engkau terlalu memberatkan dunia yang nikmatnya tidak sampai sebelah sayap nyamuk ini, membuatkan engkau tidak sempat melafazkannya sama ada dengan mulut ataupun hati.”

“Lebih dahsyat lagi, engkau tidak kenal Tuan aku iaitu Tuhanmu. Engkau tidak mampu membezakan yang mana ALLAH yang mana Iblis dan syaitan. Engkau mati dalam keadaan ragu-ragu yang mana Tuhanmu. Mana boleh main AGAK-AGAK dalam berTuhan! Padahal orang-orang sebelummu, banyak yang sudah tahu yang mana Tuhan mereka dalam masa satu saat sahaja. Hal ini berlaku kerana engkau tidak belajar ilmu tauhid hingga ke tahap mengenal ALLAH. Engkau hanya tahu apa yang tidak boleh disembah dan apa yang sepatutnya disembah saja, tapi engkau tidak kenal apa yang engkau sembah. Beginilah akibatnya beriman secara ragu-ragu.”

Penyakit Nafsu & Penawarnya - 3

Dia mengharapkan dirinya mendapat balasan kebaikan setelah mendapati tanda kebaikan itu wujud pada dirinya.  Sekiranya ia dapat mencapai kebaikan itu nescaya orang yang jiwanya hampir kepada Allah  akan bermasam muka dan merasa malang dengan kehadirannya. Hal ini pemah disebutkan kepada sebahagian daripada para salaf, "Apakah pendapatmu terhadap  (Seseorang yang bertahan makamnya di dalam dunia kesufian di antara dua makam)?"  Lalu dijawab, "Aku pernah menyaksikan pelbagai golongan seperti itu. Kalaulah bukan kerana aku pernah menjadi seperti mereka, nescaya aku akan memohonkan keampunan daripada Allah untuk mereka.  Beginilah bentuk perjalanan  (jiwa yang hidup).
Rawatannya ialah hendaklah diketahui sekiranya Allah mengampunkan dosa-dosa mereka sedangkan Allah menyaksikan dan mengetahui bahawa keampunan yang dianugerahkannya itu akan ditukar ganti oleh mereka itu dengan melakukan dosa dan maksiat.  Oleh itu hendaklah kita merasa malu kepada Allah dan sentiasa sedar terhadap kejahatan diri sendiri.  Hal ini dinyatakan oleh al-Fudail bin 'Iyad6, "Alangkah kejinya perbuatan kamu itu walaupun kamu merasakan ianya sesuatu yang baik.  Ini adalah kerana kamu telah mendahului ilmu Allah di dalam urusan tersebut." Kata Al-Sulamiy, Yahya bin Muaz7 berkata, "Berlapar itu dianggap sebagai makanan kerana dengan berlapar itu Allah akan memperkuatkan tubuh badan para siddiqin."

Penyakit Nafsu & Penawarnya - 2

Dia mentaati perintah Allah tetapi tidak dapat mencapai kemanisan di dalam melaksanakan perintah itu. Hal ini berlaku kerana amal ketaatannya itu telah bercampur baur dengan unsur-unsur riya' dan tidak disertai dengan keikhlasan serta tidak menurut sunnah di dalam amalan.
Rawatannya ialah dengan melatih jiwa supaya ikhlas di dalam amalan, menuruti sunnah di dalam setiap perbuatan dan amalan serta memperbetulkan seluruh asas kehidupan supaya kesudahannya menepati kehendak kebenaran.

Ahad, 17 Oktober 2010

Penyakit Nafsu Dan Penawarnya -1

Apabila ia ditimpa mudarat ia akan mengadukannya kepada kuasa yang tidak mampu merungkai mudharat tersebut. Bagitu juga, dia akan meletakkan pergantungan harapannya kepada sesuatu yang tidak akan mampu memenuhi harapannya. Ia juga berhempas pulas dan menumpukan perhatian sepenuhnya mencari rezeki sedangkan rezekinya telah dijamin oleh Allah.
Rawatannya ialah dengan memperbetulkan keimanan dengan menyakini sepenuhnya firman Allah s.w.t. :
Yang bermaksud, "Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia(Allah); dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, ...
Firman Allah s.w.t. lagi:
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya ...
Hakikat yang telah dinyatakan oleh ayat-ayat tersebut adalah sangat jelas bahawa semua makhluk Allah itu bersifat lemah. Di suatu sudut yang lain, semua makhluk memerlukan bantuan daripada pihak lain untuk menyempurnakan kehidupannya. Bagaimanakah orang yang memerlukan bantuan untuk memenuhi kehidupannya mampu untuk mengisi keperluan hidup orang lain. Oleh itu apabila seseorang itu ternyata lemah serta tidak berkemampuan nescaya dia tidak akan dapat memperbaiki orang lain. Jadi dia perlu memperbetulkan salah faham ini dan hendaklah bergantung kepada Allah secara mutlak.

Hijab Antara Manusia dan Allah

Jangan berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya rahmat Allah itu Maha luas. Ada orang setelah mendapat sedikit anugerah lalu tersendat dengan anugerah itu sampai terhijab berpuloh tahun. Ada yang terhijab terus. Ada yang terhijab, kemudian terbuka kemudian terhijab lagi. Itu adalah lumrah. Ianya bergantung sejauh mana kita memerlukan Dia. Ada orang waktu susah sangat hampir dengan Tuhan, siang malam berdoa, bila Tuhan lepaskan kesusahan hati jadi jauh.
"Aku adalah mengikut persangkaan Hambaku.Bila hambaku menujuKu sejengkal , Aku hampiri sedepa...
Dzun Nun Al Misyry ditanya :" Apakah hijab yang paling halus dan yang paling bersangatan?"
Dijawabnya : "Melihat diri dan mengaturnya."
Maksudnya bahawa hijab yang mendinding manusia terhadap Allah adalah hijab yang paling halus dan bersangatan iaitu melihat diri dan mengurusnya. Yakni mengarahkan fikiran, daya dan usaha pada memikirkan alam jasmaniah saja dapat menghambat matahati kita terhadap Allah. Kita bukan tidak boleh mengatur dan mengurus diri tetapi jangan sampai melewati batas sehingga hubungan kita dengan Allah terhalang. Kita diperbolehkan mempunyai rumah yang besar indah dan kenderaan yang bagus tetapi semuanya janganlah sampai melalaikan ataupun melupakan Allah. Apabila keadaan ini menimbulkan kelalaian dan kelupaan maka semuanya ini menjadi hijab-hijab bagi kita. 
Bagaimana hati kita akan bersinar apabila sesuatu didalam alam ini melekat didalam matahati. Bila keduniaan mengawal kita, maka tujuan supaya hati bersih menghadap sempurna kepada Allah pasti tidak akan berhasil. Bila dunia ini terpaut dalam hati maka hati akan menemui kegelapan. Sama seperti kaca/cermin apabila berdebu begitu banyak dan melekat kuat, maka cermin itu sudah tidak dapat menangkap gambar objek kedalamnya. Bila hati gelap, macam mana Allah nak bersemayam di dalamnya. Bila hati sudah terpaut kuat kepada dunia yang fana ini akan sulitlah hati kita mengarah kepada tujuan menghadap Allah dengan syuhud dan tajjali seperti yang dimaksudkan dengan ehsan didalam hadis Rasulullah s.a.w.
Apabila hati gelap maka sinar makrifat akan jauh darinya. Sebab hati, mukanya hanya satu. Bila muka yang satu itu menghadap dunia maka jauhlah ia dari Allah. Kita dalam mengerjakan ajaran agama, pada hakikatnya bukanlah sekadar patuh dan taat kepada Allah tetapi juga pada hakikatnya kita berjalan kepadaNya dengan erti hubungan menjadi semakin dekat, baik dalam ilmu, keyakinan dan seluruh perasaan. Ini dapat kita capai bila kita memutuskan hubungan dengan kehendak-kehendak hawa nafsu dan syahwat. Tetapi bila kita berada dalam tawanan hawa nafsu, setiap kali kita bangun berdiri untuk melangkah, setiap kali pula kita jatuh tersungkur. Setiap kali berkumpul dalam hati kita keinginan yang kuat untuk berjalan kepada Allah tetapi pada waktu petangnya tentera-tentera syahwat menyerang pertahanan, sehingga benteng pertahanan yang dibina runtuh. Demikianlah sulitnya kita menuju kepada Allah apabila kita masih terikat dengan ikatan syahwat.
"Sengatan beberapa ekor kala atas tubuh-tubuh yang luka lebih enteng dari sengatan syahwat-syahwat atas hati yang meghadap kepada Allah"
Allah mewahyukan kepada Nabi Daud:
"Hendaklah engkau berikan peringatan kepada kaum engkau tentang bahaya seluruh syahwat kerana segala hati yang bergantung dengan segala syahwat keduniaan berarti akal orangnya terdinding, lagi jauh daripadaKU"
Jika kita tidak mampu menghalau serangan nafsu setelah mengamalkan beberapa macam zikir. Mohon kepada Tuan nafsu itu agar ia mengalangnya. Mohonlah dengan berkat solawat. Setiap doa tak kan naik tanpa didahulukan dengan solawat.
Kalau masih tak berjaya juga mohonlah kepada murysid kita agar dia scan balik diri kita dan lihat dimana silapnya. Kadang-kadang kita ada tersilap dengan guru sikit aje. Waridah dah hilang.Dengarlah segala nasihat dan petuanya. Kalau zaman dulu siap jadi hamba pada guru lagi. Jika guru suruh pergi minta sedekah terpaksalah pergi. Zaman sekarang tak tahu lak pulak. Zaman sekarang orang dah terlalu cerdik. Bila minta pengorbanan sedikit dah kata guru ambil kesempatan. Sedangkan kita tidah tahu apa hikmah disebalinya.
Ada bermacam-macam kaedah untuk menyucikan diri.
Ada secara zikir mengikut pengajian suluk tariqat masing-masing.
Ada secara tahali dan takhali.
Ada dengan cara berbakti.
Macam orang yang sudah mempunyai jawatan tiba-tiba hilang kerja, maka mohonlah bersungguh-sungguh agar dikembalikan jawatan tu. Kita hilang jawatan mungkin kita ada buat silap.
Ataupun orang tengah sihat tiba-tiba jatuh sakit. Puas berubat tak sembuh-sembuh .Janganlah putus asa mungkin belum sampai masanya lagi. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Sekurang-kurangnya kita tahu kita berada didalam ujian tuhan dan tidak kufur dengan nikmatnya yang tidak terbatas. Yang penting kita mesti berwuduk zahir dan batin sebelum menghadap kepadaNya.
Wallahu'alam
~~~~~ o O o ~~~~~





Hijab-hijab itu terbahagi kepada dua bahagian:
1.Hijaabul Bashari.
Yakni hijab penglihatan mata yaitu kita tidak melihat oleh kerana memang mata kita tidak mungkin melihat Allah di dunia, sebab dunia ini adalah tempat segala kekurangan, sedangkan Allah adalah Zat yang maha sempurna. Jadi tidak mungkin kita melihat Allah di dunia yang fana ini, selain di akhirat. Demikian menurut hadis Rasulullah. 2.Hijaabul Bashiirati,
Yakni dinding yang menghambat penglihatan matahati. Apabila matahati kita sudah terdinding dengan hijab-hijab di mana dengannya akan menimbulkan kegelapan hati untuk melihat Zat Allah dan sifat-sifatNya yang mulia dan utama. Apabila hijab-hijab ini sudah hilang, maka terbukalah sinar hakikat. Maka terlihatlah keagungan yang Maha Sempurna Allah s.w.t
Apakah hijab-hijab itu? Hijab-hijab itu ialah keaiban-keaiban hati, jiwa dan diri. Apabila hati, jiwa dan diri kita telah bersih dari keaiban-keaiban ini, maka terbukalah pintu ghaib dan kita pun mendapatkan rahsia-rahsia yang baik dari Allah. 
~~~~~ o O o ~~~~~



Allah yang Maha Benar, tidak terdinding, dan bahawasanya yang terdinding pada melihat kepadaNya adalah anda, kerana jikalau Allah didinding oleh sesuatu, sungguh Dia ditutup oleh sesuatu yang meliputi bagi adaNya. Jikalau ada bagiNya ada yang menutup sungguh diperdapat sesuatu yang meliputi bagi adaNya. Sedangkan tiap-tiap yang meliputi sesuatu berarti ia berkuasa pada sesuatu itu, padahal Dia-Allah berkuasa atas semua hamba-hambaNya. 
~~~~~ o O o ~~~~~

Petua Iman Syafie

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3.. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan
Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
Malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
Dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... Bacalah E mail ini dari sahabat yg menetap di US:
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

9 Sebab Hati Tak Bahagia

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. . Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam" 

Siapa Diri Kita Sebenarnya??

Diri kita bukanlah ciptaan lingkungan, dirikita bukanlah terbentuk oleh pengalaman, prinsip kita bukanlah terbentuk oleh prinsip-prinsip kehidupan, kita bukan dibentuk oleh Literatur, Kita bukan dibentuk oleh pengalaman, kita bukan dibentuk oleh kepentingan, tapi diri kita adalah RUH YANG TERCIPTA OLEH TIUPAN ALLAH SWT didalam titik yang terdalam SPRITUALITAS
 
Banyak orang yang senantiasa ingin merubah dirinya, tapi jika ia tak tahu siapa dirinya lantas apa yang akan dirubahnya ?. Untuk mengubah diri maka tahap pertama kita kenal dulu siapa diri kita sebenarnya. Apabila kita memahami didalam diri kita terdapat 2 hal yang sering membuat kita tertipu yaitu : Persepsi/ paradigma dan Belenggu-belenggu yang apabila ini tidak dibersihkan maka niscaya Cahaya Kreatifitas, kasih sayang, jujur, sabar, keadilan dan sifat-sifat yang lainya tidak akan masuk kedalam hati kita.
Teman-teman mari kita lihat apa langkahnya : Ketika orang ingin pergi haji apa yang dilakukan, bukankah ia harus menggunakan baju ihram. Mempergunakan baju ihram bukan sekedar ia mengingat kematian bahwa ia nanti akan menjadi mayat dan mempergunakan kain putih. Tetapi baju ihram pada saat itu melepas semua topeng, atribut pangkat dan jabatan dan semua belenggu yang melekat dalam tubuh kita.


itulah yang diajarkan oleh Allah SWT , untuk membersihkan belenggu-belenggu pakailah baju ihram. Baju ihram bukan sekedar pakaian yang melekat pada tubuh tapi Ihram adalah Pakaian Pada Hati

Ketika hati terbebas dari paradigma, dari belenggu-belenggu maka yang hadir adalah Ruh yang diciptakan Allah SWT, ruh yang penuh kasih sayang, ruh yang penuh cinta, ruh yang penuh dengan kesabaran. Ruh yang penuh dengan cahaya hati itulah Suara Hati Asmaul Husna yang menjadi cahaya langit dan bumi.


"Allah adalah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya adalah ibarat misykat, dalam misykat itu ada pelita. Pelita itu dalam kaca. Kaca itu laksana bintang berkilau. Dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati. Pohon Zaitun yang bukan di timur dan di barat yang minyaknya hampir-hampir menyala dengan sendirinya, walaupun tiada api menyentuhnya. Cahaya diatas cahaya.Allah menuntun kepada cahaya-Nya, siapa saja yang ia kehendaki Dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia. Sungguh Allah mengetahui segala". (Qs. An Nur35)


Jika Kita mengetahui siapa diri kita, maka kita akan mengetahui siapa Tuhan kita."Wahai Manusia Kenalilah dirimu , niscaya kamu akan mengenal Tuhanmu" (Al Hadist)


"Tidaklah engkau berjalan dimuka bumi, bukankah engkau punya hati yang dengan itu engkau dapat merasa, bukankah engkau mempunyai telinga yang dengan itu engkau dapat mendengar ? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta sungguh hatimu didalam dada." (Qs. AL Hajj 46)


Maka hadapkanlah wajahmu dengan mantap kepada Fitrah yang telah Allah ciptakan, Fitrah itu tak dapat diubah-ubah, itulah agama yang benar tapi banyak orang yang tidak mengetahuinya. (Qs. Ar Rum,30)


Atas nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.Allah Pelindung Orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan, menuju cahaya. (Qs. AL Baqarah, 257)Gelap adalah belenggu yang menutupi hati, gelap adalah paradigma/ persepsi yang menutupi diri kita dan cahaya adalah Ruh Ilahi yang ditiupkan kedalam jiwa kita (Asmaul Husna). Bacalah dengan nama Tuhanmu


Atas nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.Sesungguhnya didalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. Yaitu kaum yang senantiasa ingat ALLAH saat ia berdiri, duduk dan berbaring seraya berkata "Ya Robbi, tidak sia-sia Kau ciptakan alam semesta ini, Maha Suci Engkau, lindungi kami dari api neraka. (Qs. AL Imran 190)

Perkara Ajaib Tersembunyi Di Dalam Minda

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang,anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa,anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetapmampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata "Aku malaslah hari ini", "Aku boringla hari ni", anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, "Kita sendirilah yang meminta setiap apa yangberlaku pada diri kita."

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur,ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda.Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dengan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Apiakan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya.Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Kita sering lupa...

Bismillahirahmaanirrahiim,
Assalamua'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
==============================

Wahai sahabat, ingatlah…
Allah memerintahkan kita untuk saling tolong menolong dalam mengerjakan kebaikan dan takwa, dan melarang kita untuk tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan…Karena siksaNya sangat berat…bertakwalah kita kepada Allah saja…kepada Allah saja…semoga kita tidak melanggar syiar-syiar kesucianNya…dan kita sering lupa akan hal ini…

Wahai sahabat, ingatlah…

DijadikanNya hal-hal indah dalam pandangan kita ,cinta terhadap apa yang kita inginkan, berupa perempuan dan pasangan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, dan  dan segala kesenangan dunia. Namun segala kesenangan dunia ini  sering menyilaukan mata dan hati kita. Ingatlah wahai sahabat… Di sisiNya-lah sebaik-baik tempat kita kembali. Bukan dunia ini... Dan sering kita lupa akan hal ini…

Wahai sahabat, ingatlah…
Allah telah memberi kita harta dalam di dunia ini… kita tidak akan memperoleh kebajikan sebelum kita menginfakkan sebagian harta yang kita cintai… Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kita infakkan…dan jangan sesekali kita kikir atas apa yang telah diberikanNya dari karuniaNya. Telah dikattakan bahwa apa harta yang kita kikirkan itu akan dikalungkan dileher kita pada hari kiamat. Milik Allah-lah warisan apa yang ada dilangit dan di bumi. Dan Allah Maha teliti terhadap apa yang kita kerjakan. Dan kita sering lupa akan hal ini….

Wahai sahabat, ingatlah…
Allah telah menempatkan kita di bumi dan disini disediakan sumber penghidupan untuk kita.Namun sedikit sekali dari kita yang bersyukur. Jika kita beriman dan bertakwa , Allah akan melimpahkan kita berkah dari langit dan dari bumi , namun kita sering mendustakan ayat-ayatNya..secara tidak sadar kita telah mengundang siksaNya sesuai apa yang kita kerjakan…Seharusnya  kita mengingat Allah dalam hati kita dengan rendah hati dan rasa takut,pada waktu pagi dan petang...dan kita  sering lupa akan hal ini…maka bertasbihlah..berzikirlah...

Wahai sahabat ingatlah...
Allah tidak akan mengubah nikmat yang telah diberikanNya, kecuali karena perbuatan dosa yang kita lakukan…perumpamaan kehidupan duniawi ini hanya seperti air hujan yang diturunkanNya, lalu tumbuhlah tanaman-tanaman bumi dengan subur karena air itu, dan manusia dan hewan memakannya. Dan apabila bumi ini telah sempurna keindahannya dan berhias dengan gunung-gunung, dan lembah-lembahnya yang telah menghijau dengan tanaman-tanamannya, dan kita manusia mengira kita bisa menguasainya dan memetik hasilnya, datanglah kepada kita azab Allah pada waktu malam ataupun siang, lalu dijadikanNya tanaman-tanaman itu seperti sudah disabit, seakan-akan belum pernah  tumbuh kemarin…demikianlah Allah menjelaskan tanda-tanda kekuasaanNya kepada manusia yang berfikir…dan kita sering lupa akan hal ini…

Wahai sahabat, ingatlah…
Sesungguhnya jika kita bersyukur, niscaya Allah akan menambah nikmat kepada kita , namun jika kita mengingkari nikmatNya, pasti azabNya sangat berat.  Walaupun  kita dan orang yang ada dibumi semuanya mengingkari nikmatNya, Allah tetap Maha Kaya, Maha terpuji. Allah telah memberi segala apa yang kita mohonkan kepadanya. Dan jika kita menghitungnya, niscaya kita tidak akan sanggup menghitungnya. Kita sangat zalim dan sangat mengingkari nikmatNya… kita sering lupa akan hal ini…

Diantara nikmatNya berupa binatang ternak, air dari langit, alam semesta yang ditundukkan, pasangan, anak, cucu, rezeki yang baik, pendengaran, penglihatan, hati, tempat tinggal, pakaian, kehidupan, dan lainnya yang tak bisa disebutkan satu persatu…dan kita sering lupa akan hal ini…

Dia menciptakan manusia, mengajarkannya pandai berbicara…
Matahari dan bulan yang beredar sesuai perhitungan…
Dan langit yang ditinggikanNya dan diseimbangkanNya…
Bumi telah dibentangkanNya untuk makhlukNya..didalamnya terdapat tumbuhan, buah-buahan, dan bunga-bunga..
DiciptakanNya dua timur dan dua barat…
DiciptakanNya surga dan segala keindahanya…
Gunung-gunung, lautan, daratan, tumbuhan dan seluruh mahluk bersujud padaNya...
Apa yang ada dilangit dan dibumi selalu meminta kepadaNya..Dan setiap saat Dia dalam kesibukan menciptakan, menghidupkan, mematikan, memelihara, memberi rezki dan lainnya...
Maka nikmatNya yang manakah yang kita dustakan????
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....