السلام عليکم

Jumaat, 20 Januari 2012

"The own style" AFIF ZAHIRUDDIN (Asperger's Syndrome Boy)


Terima kasih atas dedikasi Ucu Airil Syazni & Ucu Farah Yasmin.... clip "the own style" Afif (Asperger's Syndrome) sungguh menyentuh hati.... terharu sungguh!!!.. sebahagian rentetan kehidupan Afif Zahiruddin yg istimewa sebagai Asperger's... Kami sekeluarga amat menghargainya...
Kepada Ucu Airil Syazni & Ucu Farah Yasmin, semoga kehidupan anda berdua mendapat keredhaan & keberkatan dunia & akhirat... Terima kasih banyak!!!!

Rabu, 11 Januari 2012

Didik Anak Sebelum & Selepas Tidur



1. Bersihkan diri sebelum tidur.


i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.
    ( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).


2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :

Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”

KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR

Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku, Ingatlah, Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari. Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.

Ingatlah wahai saudara-saudariku…
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.

Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?

Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.
Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,

Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.

Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.

Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.

Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .
Saudara-saudari yang dirahmati Allah, Ingat..! jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.

Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.

Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.

Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.

Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.


...halaqah.net

Ahad, 8 Januari 2012

09 Jan..

‎09 Jan...
Bonda...
tiada indah selain belaianmu,
tiada suci selain doa tulusmu,
terhentiku di pusara rahimmu,
di antara perjalanan matahari dan rembulan,
kasih sayangmu tercurah untukku anakmu.

Bonda...
tiada teduh selain tatapanmu,
tiada lembut selain bahasamu,
lewat untaian kata ini,
aku amat merinduimu...Bonda. 

bonda tiada didunia.. tapi tetap di hati..
09 Jan....
"Selamat hari lahir bondaku"...

*Al-fatihah buat bondaku tersayang...
(Almarhumah Nasiah Ahmad : 09Jan1944-23Feb2011)

Jumaat, 6 Januari 2012

Manusia.. Malaikat.. Syaitan..

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuhmu
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah. Mengantuk lar...awal lagi ni.

Manusia - Nak makan, laparlah.
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.
Syaitan - Ahh, tak payahla. Dah lapar ini. Makan jerk lar terus.

Manusia - Hari ni nak pakai apa yer?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup
aurat.
Syaitan - Ehh, kan panas ni. Takde style langsung, nampak
kekampungan.

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke
pejabat.
Syaitan - Ahhh? Awal lagi. Suruh jer si X, punchkan.

Manusia - Azan dah kedengaran.
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan
kewajipan.
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilexlah.. awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.. tak boleh tengok ini, berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Mengetahui.
Syaitan - Eh, eh.. best tu.. rugi lar kalau tak tengok.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. Lantaklah dia.

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah-susah.

Manusia - Aku telah berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu. Muda lagi. Masih banyak masa lagi nak bertaubat.

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan
yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu.. jomlahhh.

Manusia - Uuhhh? Letihnya hari ni. Solat pun tak lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA. Kebahagiaan di dunia dan akhirat
untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku. Kejarlah kebahagiaan di dunia sahaja dan kebahagiaan di akhirat? Jangan mimpilah untukmu.

SYAITAN MENDATANGI KITA DARI EMPAT PENJURU

Di dalam Al Qur’an, akan kita dapati satu rakaman dialog antara Allah SWT dengan iblis yang dihukum oleh Allah. Dalam dialog tersebut, iblis menyatakan untuk sentiasa menyesatkan manusia. Hal tersebut tercatat dalam surah Al A’raf ayat 16-17 berikut ini:

“Iblis menjawab: ‘Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta’at).’” (QS. Al A’raf : 16-17)

Dari ayat Al Quran di atas dijelaskan bahawa Iblis akan selalu menghalang-halangi kita dari jalan yang lurus. Caranya, dia akan mendatangi kita dari muka, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri kita. Lalu apa maksud dari keempat penjuru itu?

Dalam tafsir Ibnu Khatsir dijelaskan bahawa yang dimaksud dengan firman Allah SWT dalam surat Al-A’raf ayat 17 di atas adalah:
“Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka”:
Iblis akan membuat manusia ragu akan permasalahan akhirat (Min baini Aidihim),

“dan dari belakang mereka”:
membuat mereka cinta kepada dunia (Wa Min Kholfihim),

“dari kanan”:
urusan-urusan agama akan dibuat tidak jelas (Wa ‘An Aimaanihim)

“dan dari kiri mereka”:
dan manusia akan dibuat tertarik dan senang terhadap kemaksiatan (Wa ‘An Syama’ilihim).

Lalu timbul pertanyaan di benak kita, mengapa iblis tidak mendatangi kita dari ATAS dan dari BAWAH kita? Hal tersebut dijelaskan dalam sebuah tafsir Al Qur’an yang diredaksikan dari Al-Fakhrur-Razy dalam tafsirnya berkata:

“Diriwayatkan bahawa ketika Iblis mengatakan ucapannya tersebut, maka hati para malaikat menjadi kasihan terhadap manusia mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, bagaimana mungkin manusia boleh melepaskan diri dari gangguan syaitan?” Maka Allah berfirman kepada mereka bahawa bagi manusia masih ada dua jalan: atas dan bawah, jika manusia mengangkat kedua tangannnya dalam do’a dengan penuh kerendah-hatian atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh kekhusyu’an, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka” (At-Tafsir Al-Kabir V/215)

Dalam tafsir yang lain juga dikatakan bahawa Iblis tidak mendatangi kita dari atas, kerana Rahmat turun kepada manusia dari atas (Tafsir Ibnu Khatsir III/394-395).

Oleh kerana itu iman adalah senjata kita. Berdoalah, mari kita berlindung kepada Allah atas segala godaan syaitan yang terkutuk.

Wallahua'lam..

...solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah Taala.
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....