السلام عليکم

Khamis, 28 Februari 2013

Perkataan Arab & Tulisan Rumi


Tulisan rumi tidak akan dapat mengganti tulisan `Arab apabila kita menulis kalimah-kalimah `Arab.  Terimalah kenyataan itu.  Sebab itulah, ada berbagai-bagai variasi tulisan rumi untuk perkataan yang sama.  Contohnya:
1)  insyaallah, insha-Allah, inshaallah, insyaALLAH, insha’ALLAH, in sha’ ALLAH, in shaa’ ALLAH, inchaallah, in sya’ ALLAH dan sebagainya.

2)  assalamualaikum, assalamu`alaikum, assalamu’alaikum, as-salamu-alaikum, as-salaamu `alaikum dan sebagainya.

3)  mashaallah, machaallah, ma sha’ ALLAH, ma shaa’ ALLAH, masyaALLAH, mashaAllaah dan sebagainya.

4)  alhamdulillah, alhamdu-lillah, al-hamdu-lillah, al-hamdu-li-ALLAH, alhamdulillaah dan sebagainya.

5)  amin, aamiin, amiin dan sebagainya.

6)  lailahaillallah, la ilaha illa allah, la ilaha illallah, la ilaha illa ALLAH dan sebagainya.

7)  shalawat, sholawat, solawat, selawat dan sebagainya.

8)  dzikir, zikir, dzikr, dhikr dan sebagainya.

9)  aidilfitri, eidulfitri, `eid al-fitr, idulfitri, `idul-fitri dan sebagainya.

10)  qalbu, kalbu, qalb dan sebagainya.

Boleh belaka!
Asalkan cara menyebutnya betul mengikut makhraj dan mad sudah memadai.  Yang terbaik ialah kalau ada Arabic font, gunakanlah ia.  Jika tiada, tidak sempat atau malas hendak menaipnya, tidak mengapalah menulis dengan tulisan rumi dengan variasi yang kalian pilih.  Masing-masing ada cara tersendiri mengikut kepada pendedahan masing-masing.  Saya juga mempunyai cara saya tersendiri…
Tidak perlu berkeras sangatlah dalam hal sebegini.  Melainkan kalau ada yang menulis dengan cara yang sengaja salah, maka perbuatan itu hendaklah ditegur.  Contohnya menulis “semelekom” dan seumpamanya.

Walaupun saya berpendapat tidak perlu berkeras dalam hal sebegini, namun penambahbaikan amat dialu-alukan.  Dengannya masyarakat memandang penting untuk menulis perkataan-perkataan `Arab secara rumi dengan baik dan supaya sebutannya hampir dengan sebutannya yang sebenar… :)
Apapun, sekali lagi saya tegaskan seperti permulaan tulisan di atas, bahawa tulisan rumi tidak akan dapat menggantikan tulisan `Arab yang sangat unik dari segi sebutannya.  Bahasa `Arab adalah adalah bahasa syariat Islam, jadi sebaik-baiknya ia ditulis dalam tulisannya yang sebenar, jika mampu.

Allahu A`lam.


...shahmuzir

Bagaimana Mematahkan Helah Orang Kristian Yang Mahu Guna Kalimah ‘ALLAH’ ?


Alhamdulillah, penjelasan daripada Brother Shah Kirit ini sangat lojik, ilmiah dan berimpak tinggi, in shaa’ ALLAH.  Khususnya untuk situasi di Malaysia.
Selain beliau berkongsi mengenai bagaimana untuk mematahkan helah orang Kristian yang mahu gunakan kalimah ‘ALLAH’ dalam bible mereka, beliau juga ada berkongsi suatu nasihat yang sangat penting dalam usaha kita dan generasi akan datang mengenai pengukuhan aqidah ummat Islam.

Kenapa Di Hadapan Orang Bersolat Ada Objek?


Tuan/puan mungkin pernah atau biasa melihat seseorang yang bersolat berseorangan dan di hadapannya terdapat sebuah objek bukan?
Kadang-kadang objeknya adalah beg, tongkat, kayu rehal, kerusi, bangku, kipas angin atau bakul.  Ia sengaja diletakkan di hadapan mereka sebelum bersolat.  Perbuatan begini mereka lakukan jika bersolat di ruang yang terbuka.
Jika di sana ada dinding atau tiang, yakni objek yang kukuh dan lebih kekal, nescaya mereka memilih untuk melakukan solat mengadap dinding atau tiang itu.  Itu yang lebih utama berbanding objek-objek di atas.  Yang pastinya, mereka tidak membiarkan di hadapan mereka kosong tanpa objek.  Itu bagi orang yang bersolat seorang diri.
Bagi yang solat berjemaah pula, mungkin tuan/puan biasa melihat hanya imam sahaja yang melakukan perkara di atas, sedangkan makmumnya tidak.
Jika tuan/puan tidak pernah melihatnya atau tidak ingat, berikut beberapa gambar sebagai contoh (klik untuk besarkan saiznya):
Kenapa mereka perbuat begitu?
Hal ini berlaku demikian kerana mereka faham akan sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam!

Sutrah adalah Sunnah Nabi SAW Ketika Bersolat

Meletakkan objek di hadapan sebelum mengerjakan solat adalah sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Objek ini merupakan pengadang atau pembatas kawasan solat atau istilah yang digunakan oleh Nabi ialah sutrah.
Berikut adalah beberapa hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai sutrah:
1)
كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقِفُ قَرِيبًا مِنَ السُّتْرَةِ, فَكَانَ بَيْنَهُ وَ بَيْنَ الْجِدَارِ ثَلَاثَةُ أَذْرُعٍ
“Adalah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersolat dekat dengan sutrah (pembatas), maka adalah di antara Baginda dan dinding tersebut adalah 3 hasta.”
(HR al-Bukhari dan Ahmad)
2)
بَيْنَ مَوْضِعِ سُجُودِهِ وَالْجِدَارِمَمَرُّ شَاةٍ
“Jarak di antara tempat sujud Baginda dengan dinding lebih kurang cukup untuk dilalui seekor anak kambing.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
3)
كَانَ اِذَا صَلَّى (فِي فَضَاءٍ لَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ يَسْتَتِرُبِهِ) غَرَزَ بَيْنَ يَدَيْهِ حِرْبَةً فَصَلَّى وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ
ِ”Apabila Baginda bersolat (di tempat yang tiada sesuatu pun menutupi yakni tempat terbuka), beliau menancapkan tombak di depannya lalu bersolat, dan para sahabat bersolat di belakangnya.”
(HR al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)
4)
وَاَحْيَانًا كَانَ يُعَرِّضُ رَاحِلَتَهُ فَيُصَلِّى اِلَيْهَا
Kadang-kadang Baginda melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan Baginda, lalu bersolat mengadap haiwan tersebut.
(HR al-Bukhari dan Ahmad)
5)
صَلَّى – مَرَّةً – اِلَى شَجَرَةٍ
“Baginda pernah bersolat mengadap ke pokok.”
(HR an-Nasa’i dan Ahmad dengan sanad yang sahih)
6)
اِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلَ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُبَالِي مَنْ مَرَّ وَرَءَ ذَلِكَ
“Apabila seseorang di antara kamu telah meletakkan benda atau barang setinggi kayu bahagian belakang pelana, solatlah dengan tidak perlu menghiraukan orang yang melalui di sebelah benda itu.”
(HR Muslim dan Abu Daud)
Itulah beberapa hadith yang sempat dikongsikan di sini untuk kita sama-sama fahami bahawa bersutrah iaitu meletakkan objek pembatas ketika bersolat memang suatu sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Sayangnya, pengetahuan mengenainya sangat kurang di kalangan masyarakat kita.

Secara Ringkas

Secara ringkas mengenai hukum sutrah ialah seperti berikut:
  • Ulama berbeza pandangan mengenai hukum bersutrah, samada wajib atau sunat.  Imam-imam mazhab yang empat mengatakan hukum sutrah ketika bersolat adalah sunat.  Yang terbaik adalah bersutrah ketika solat, iaitu dengan meletakkan objek sebagai pembatas kawasan solat, sebagai mengikuti perbuatan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang biasa melakukannya.
  • Apabila bersolat seorang diri, sutrah diadakan oleh orang bersolat sendirian itu.  Apabila bersolat secara berjemaah, sutrah diadakan oleh imam sahaja.  Makmum tidak perlu mendirikan sutrah kerana sutrahmakmum ialah sutrah imam yang diikutinya.
  • Jika tiada sutrah, bolehlah dibuat garisan sebagai ganti sutrah.
  • Jarak antara tempat sujud dan sutrah ialah sekadar saiz jarak yang membolehkan anak kambing melaluinya.  (bukan sebab hendak beri orang atau anak kambing melaluinya.  Ia adalah untuk anggaran jarak.)
  • Jika ada orang hendak melalui kawasan antara orang yang bersolat dansutrah, maka hendaklah orang bersolat itu menahan dan melarang.
Semoga dengan mengetahui hal ini, kita semua dapat menghidupkan sunnah bersutrah ketika melakukan solat, in shaa’ ALLAH, amin.
Allahu A`lam.

... shahmuzir

Selasa, 26 Februari 2013

aku pelat...



"
AKU PELAT..

Perbahasan jiwa jangan diendahkan
Jika malu bertanya kelak sesat jalan
Jangan dipegang sekatan yang dihidang
Rasa takut harus dibuang

Mari berfikir di luar kotak
Jangan menempurung bersama katak
Hebat seperti Jebat mereka lupa tuk berjabat
Dia si pelat sudah terlepas

Bersyukurlah!

Bersyukurlah!

Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu …
Karena itu memberimu kesempatan untuk belajar …

Bersyukurlah untuk masa-masa sulit …
Di masa itulah kamu tumbuh …

Bersyukurlah untuk keterbatasanmu …
Karena itu memberimu kesempatan untuk berkembang …

Bersyukurlah untuk setiap tantangan baru …
Karena itu akan membangun kekuatan dan karaktermu …

Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat …
Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga …

Bersyukurlah bila kamu lelah dan letih …
Karena itu kamu telah membuat suatu perbedaan …

Mungkin mudah untuk kita bersyukur akan hal-hal yang baik …
Hidup yang berkelimpahan datang pada mereka yang juga bersyukur akan masa surut …

Rasa syukur dapat mengubah hal yang negatif menjadi positif …
Temukan cara bersyukur akan masalah-masalahmu dan semua itu akan menjadi berkah bagimu …
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....