السلام عليکم

Rabu, 5 Februari 2014

Syaitan penyebab lupa?

Di dalam al-Quran, terdapat 2 tempat di mana 'lupa' dinisbahkan dengan 'syaitan'.

Dalam surah Yusuf ayat 42, disebutkan bahawa salah seorang daripada 2 orang pemuda yang berada di dalam penjara bersama Nabi Yusuf a.s. dipesan oleh baginda untuk menceritakan hal keadaan baginda yang sebenar kepada Raja Mesir selepas pemuda itu dibebaskan dari penjara. "Maka dia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun lagi."
Dalam surah al-Kahfi ayat 61, diceritakan kisah ketika Nabi Musa dan temannya sampai ke tempat pertemuan antara dua laut, lalu ikan yang mereka bawa terlepas ke dalam laut. Maka setelah beberapa ketika, mereka berhenti berehat dan Nabi Musa meminta temannya itu mengeluarkan ikan itu untuk makan tengahari, maka temannya itu menjawab, 

"Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan". [Ayat 63]
****
Justeru mohonlah perlindungan kepada Tuhan daripada syaitan yang menyebabkan kita lupa. Lupa hafazan, lupa pelajaran, lupa kewajipan, lupa nikmat, lupa keistimewaan dan lupa tanggung jawab sebagai seorang Muslim. Amin

Solat ni leceh?

Solat itu mudah, jangan disusah-susahkan.. Jangan diletak syarat yang mengarut2 e.g. mesti bertelekung, berkopiah, berbaju melayu, kain pelikat etc.

Memang benar solat perlu dalam pakaian terbaik, tetapi jika 'diwajibkan' benda2 sunat, bimbang orang akan memberi alasan tidak solat di shopping2 kompleks semata2 kerana 'lupa nak bawak telekung' atau 'kain pelikat'.

Nampak seperti tak logik, tetapi ia benar-benar berlaku di kalangan masyarakat. Pada 1 Syawal yang lalu, ketika masuk waktu solat Jumaat, saya bertanya kepada adik saudara saya berumur kira-kira 11 tahun, "Sembahyang Jumaat tak?"

"Alaa, takde samping laa.."

Lihat implikasi tidak langsung kesan daripada 'programming' masyarakat kepada anak-anak kecil. Sehingga dia rasa seperti tidak sah solat jika tiada samping.

2 minggu lepas juga sepupu lelaki saya mengadu tentang seorang pakcik yang menegurnya kerana memakai T-Shirt ketika solat disurau Jusco. What kinda sick advice is that?? So what, dia prefer orang2 yang pakai T-Shirt di shopping kompleks untuk TIDAK solat langsung? Ugh~

****

Bagi lelaki, dah besar panjang tu, kencinglah duduk, jangan berdiri. Sudah terpercik nanti, bagi alasan tak solat sebab seluar bernajis..

Bagi perempuan pula, pastikan aurat anda ditutup dengan sempurna ketika keluar berjalan. Jika anda masih perlu 'menutup' atau 'menampung' lagi mana-mana bahagian untuk tujuan solat, bermakna belum sempurna la tu.

Khutbah dan Si Gila

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhF9Adqs7qSnNlH7nLm5k35N4Xh4wi1leCgt-lQz7S_kF3TI9JwNURzl1LN1pG8BrmZpz4HXyH2siH0r1dnhlyJdotbblgwKl9Cf_riBmAKBLY4mb-uAOojRDfJ5hlV_rNFbeJ9z2pLftE/s320/The_Eid_Khutbah_by_iraqiguy.jpg
"Maka oleh itu diamlah dan dengar dengan taat, moga kita semua mendapat rahmat. Insya Allah."

******

Itulah yang seringkali diingatkan oleh bilal kepada para jemaah sebelum khutbah Jumaat dibacakan.

Berbeza dengan keadaan zaman Nabi & sahabat di mana para jemaah boleh berinteraksi dan bertanyakan soalan kepada khatib, kita hari ini disuruh 'diam dan dengar dengan taat'.

Hadis riwayat Bukhari yang menyatakan bahawa pahala Jumaat akan luput walaupun dengan kita menyuruh sahabat kita 'diam' sekalipun, seringkali disalah fahami. Ia bermaksud berbual sesama rakan sebelah, bukan dengan khatib.

Namun hari ini di Malaysia, andaikata saya bangun bertanyakan soalan atau menegur khatib ketika khutbah Jumaat, sudah pasti saya akan dilabel gila. Silap-silap ditangkap orang Jabatan Agama.

Mungkinkah itu sebabnya umat Islam hari ini mundur? Sikap taqlid buta dan mengangguk sahaja, tanpa berfikiran kritis telah dipupuk seawal peringkat masyarakat setempat lagi.

Bagaimana ingin melahirkan masyarakat yang unggul di mata dunia?

Khutbah yang disampaikan pun sangat statik dan tidak inovatif. Saya akui perkara-perkara asas di dalam Islam tidak boleh diubah. Tapi cara persembahan dan huraiannya sangat menerima perkembangan dan pendekatan baru, selaras dengan peredaran zaman.

Ia secara tidak langsung menghadkan para jemaah untuk berinteraksi dengan khatib. Lebih teruk lagi, menyebabkan ketiduran.

Tapi iyelah, nak berinteraksi macam mana. Khutbah pun baca teks.

Better late than never?


Islam also promotes the concept "Better late than never".

If we arrive at the mosque while iqamah is called, the Prophet p.b.u.h. told us not to hasten or run to catch up with the imam. But we have to remain calm and serene. What we get, we do. What we miss, we complete. (Bukhari #636 & Muslim #602)

And even if someone comes to the mosque and finds that the congregational prayer has ended, he will still get the reward for solat jemaah.

Also, Islam does not put a limit to seeking knowledge. No matter how old you are, it's never too late to sit and gain knowledge or improve your Quran recitation.

Those who are fluent in reciting the Quran will receive one reward. But those who aren't, will receive two rewards; another one for merely putting an effort.

There's no end to struggling for your worldly needs too. In a hadis, it is said that should the Day of Judgment arrive tomorrow and one of you had a seed in his hand, plant it.

See, it's never too late to do everything. The key is to try. You will not be rewarded for the results, but certainly for your effort.

:)




.... effy saiful

4 tempat pelik dalam Al-Quran

4 tempat pelik dalam al-Quran

Cuba kita selak semula lembaran hidup kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam al-Quran. 

Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika sebulan sekali, itu sudah cukup bagus!

Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w?

Tolak tepi makhraj Arab yang agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda basic?

Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda. 

Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada 'kuantiti' bukannya 'kualiti' bacaan.

Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhrajtajwid, kaedah bacaan dsb).

Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah =) 
********** 
 
1) Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah 
maj + rare (British pronunciation) + haa

Bukannya 
maj + roo + haa

ataupun 
maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (
الإمالة)

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)
2) Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah 'Laa tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktu nun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah 
Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam 
الإشمام

***

3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab: A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

***** 

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris hurufketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atas juga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii

Bukannya

Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53) 


*****

Penulisan dalam blog sangatlah terhad. Jika anda takut tersalah, rujuklah mana-mana guru al-Quran. Dengar dan ikutlah bacaan dia. Itu lebih selamat. Wallahua'lam.

=) 


...effy saiful
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....