السلام عليکم

Khamis, 26 Mac 2015

Alunan Zikir Munajat

ALUNAN ZIKIR MUNAJAT

Fadhilat Zikir

1. Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
2. Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
3. Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan rezekinya.
4. Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
5. Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.
6. Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan Allah.
7. Mendapat nur (cahaya) daripada Allah di dunia, alam barzakh dan titisan sirat nanti.
8. Dapat menjadi pendinding dan perisai dari neraka.
9. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
10. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan niat buruk terhadap diri kita.
11. Dapat menghilangkan kerunsingan dan keresahan hati.
12. Dapat menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan.
13. Dapat membersihkan hati daripada segala kekotoran dan menghapuskan dosa dan maksiat kecil.

Petua: Dr FaDZIlaH kAMsAH
Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali.
Menurut Dr Fadzilah Kamsah, cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing serta membuat orang sayang pada kita.
Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain walau di mana jua dia berada.
Kesan jangka masa panjang, bacaan selawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita.
Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif, iaitu sikap yan paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.

Fadhilat Beristighfar

.:Fadhilat beristighfar:. 

1. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

2. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"Fadilat Selawat - untuk renungan Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, semoga kita tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.    

سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ 
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Benarlah firman Allah bahawa hati akan tenteram dgn sentiasa mengingati-Nya..Bagaimanakah cara mengingati Allah yg menyebabkan hati kite jadi tenang dan tenteram itu???Wahai saudaraku..jgn kite terkeliru di sini,mengingati Allah di sini bukanlah hanya dgn menyebut nama Allah,tp mngingati Allah di sini adalah dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya..barulah hati jadi tenang..
Sebagai contoh,kite mengingati Allah dgn mengerjakan solat fardhu dan sunat,membaca al-Quran,berzikir,bersedekah dan pelbagai lagi amalan2 soleh yg lain..maka Allah berfirman bahawa dengan cara ini,hati kite akan menjadi tenang..btul x sahabat2??
Sebab itulah,kite biasa mendengar orang yg tidak mengerjakan solat,selalu melakukan perbuatan yg tidak disukai oleh Allah dan sebagainaya,hatinya tidak akan tenang dan jiwa sentiasa kacau..dalam keadaan beginilah syaitan mudah untuk membisikkan kejahatan ke dalam diri kite dn kite akan mudah terhumban ke dalam lembah kebinasaan..oh,betapa mendalam dn bermaknanya kata2 Allah ini yg menjadi benteng agar kite selalu beringat..betapa sayangnya Allah pd hamba2-Nya…
Mari sama2 kite perhatikan maksud zikrullah itu sendiri:
Al-Mawardi mentafsirkan “zikrullah”  dengan maksud ketaatan, balasan dan janji Allah SWT.
Sementara Ibn Asyur  mengatakan  “zikrullah”   bermaksud perasaan takut dan menjaga diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan. Ia juga bermaksud al-Quran dan zikir dengan lidah.
Ringkasnya,  “zikrullah”    bermaksud  kita  menguatkan hubungan dengan Allah SWT  dengan tunduk dan patuh kepada agamaNya dan pengertiannya tidak tertumpu hanya kepada maksud zikir dengan lidah sahaja.
Kite diajar utk tidak sesekali meninggalkan berzikir kepada Allah kerana zikir dapat mengubat penyakit hati yg terdapat dalam diri manusia seperti riak,takbur,ujub,bangga diri dan sebagainya..di sini ana nk tegaskan jgn sesekali kite tidak berzikir dalam masa 1 jam,1 hari bahkan sepanjang masa walaupun kite hanya menyebut nama Allah tnpa mengingati-Nya atau tanpa menghadirkan Allah dalam hati kite…
Tetapi,harus diingat,tuntutan zikir adlh di mna mulut menyebut kalimah zikir dan hati mengingati Allah..Kalimah zikir yg paling ringkas adlh:SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH LAILAHAILLALLAH ALLAHUAKBAR WALAHAWLAWALAQUWWATAILLABILLAHILA’LIYYILA’ZIM…mudah bukan???jom sama2 amalkan di mana jua tak kire masa…:)
Apbila kite mnyebut nama Allah,ketahuilah bahawa Allah akan mengangkat dari 100 hati yg lalai kepada Allah..wah!betapa hebatnya ziikrullah!!!
Saudaraku..perlu diingat juga di sini bahawa janganlah kite sesekali meninggalkan bacaan al-Quran kerana ia merupakan zikir yg paling utama dan pintu kepada tauhid dan hidayah Allah..kalau rasa malas sangatpun,bacalah beberapa ayat pun jadilah dalam sehari..tetapi,jika diperhatikan..tidak malukah kite pd Allah..Allah mngurniakan pelbagai nikmat kepada kite di atas muka bumi ini,tp kite hnya beramal sedikit shja..Allah..malunya kite mnjadi hamba yg tercorot begitu..lakukanlah amal2 soleh yg istiqamah dan rajin kepada Allah supaya Allah mengenali kite dn dapat memberi syafaat kepada kite di akhirat kelak..perumpaannya seperti apbila kite berbuat baik kepada jiran,memberinya bermacam2 hadiah,maka jiran kite itu pasti seronok dan akan mengingati kebaikan kite serta mengenali kite smpai bile2..begitu juda dgn pencipta kita,Allah Azza Wa Jalla…sebab itulah kite dituntut utk melaksanakan HABLUMMINALLAH WA HABLUMMINANNAS…jg hubungan dgn Allah dn sesama manusia…
Kesimpulannya…
tinggal zikir bererti MATI..
hidupkan zikir bererti HIDUP..
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....