السلام عليکم

Jumaat, 5 Mac 2010

Mimpi berkaitan peristiwa atau kejadian


Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Jika bermimpi membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia andaJika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala. Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat. Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikanBermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar.
Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati.
Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai.
Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita.
Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat.
Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

dari : tafsiranmimpi.wordpress.com

Biodata dan kronologi hidup Baginda SAW

Bismillah...

Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta“. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati Hari Valentine (kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ ) daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.
Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?
Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

Love Rasulullah SAW

BIODATA ASAS RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

Cop Mohor Rasulullah s.a.w
USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam’ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra ‘
ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
IBU SUSUAN

Thuwaibah Hamzah
Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN

Halimah Al-Saidiyyah
Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

Al-Harith
Muqawwam
Zubair
Hamzah ***
Al-Abbas ***
Abu Talib
Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka ‘ bah
Hijl
Dhirar
Umaimah
Al-Bidha (Ummu Hakim)
Atiqah ##
Arwa ##
Umaimah
Barrah
Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Mari kita hayati Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ini :
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


Nabi Muhammad SAW - Manusia Agung
NABI MUHAMMAD S.A.W. secara lahiriahnya, begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
Aku melihat cahaya dari lidahnya.
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
Wajahnya seperti bulan purnama.
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
Janggutnya penuh dan tebal menawan.
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
Rambutnya sedikit ikal.
Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
Rambutnya terbelah di tengah.
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
Seimbang antara kedua bahunya.
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
Warna kulitnya putih tapi sihat.
Kulitnya putih lagi bercahaya.
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
Badannya tidak gemuk.
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
Perutnya tidak buncit.
Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULAN
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Kita mestilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola dan contoh ikutan. Banyakkan berselawat ke atas baginda SAW. Semoga baginda memberikan syafa’atnya kepada kita semua di akhirat kelak, insyaAllah.

**Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin…
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak. **

dari : note FB Ahmad Fedtri Yahya

Khamis, 4 Mac 2010

Membongkar kebenaran


Inikah batu tergantung semasa Israk Mikraj??


Image

Batu Tergantung

Keterangan : Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama, tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tidak dibenarkan ikut.
Kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil AL AQSA di Yarusalem (Baitulmuqadis) .

Foto ini dari seorang hamba Allah sewaktu melawat Al Aqsa (yg sebenarnya) di Jerusalem, Subhanallah ... !! Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israel yang berkawal dan menjaga tempat tersebut dengan ketat.


--------------
membongkar kebenaran...........

Gambar diatas sudah tersebar dengan luas di internet. banyak pihak menyatakan
yang batu ni adalah batu yang nak ikut Nabi Muhammad S.A.W semasa israk dan mikraj.
Banyak artikel-artikel mengenai 'Dome of The Rock' memaparkan imej batu ni. Namun
tidak dapat dipastikan samada penulis tersebut adalah orang Islam atau beragama lain.
Penulis artikel tersebut telah mengaitkan batu tersebut dengan kisah Isra' dan Mi'raj
Rasulullah s.a.w. sedangkan lokasi batu itu pun tidak diketahui di mana, dan tidak pula
diketahui siapa yang telah menangkap gambar itu.


Sebenarnya, bagi mereka yang berpengalaman mengedit foto, dia boleh mengedit gambar batu menjadi
seolah-olah terapung dengan menggunakan teknik superimpose. Tapi kenapa mereka sanggup
melakukan pekara sedemikian? Apakah tujuan sebenar mereka?

Di Baitul Maqdis, khasnya di tempat yang dinamakan Haram As-Sharif, terletak Masjidil Aqsa
iaitu kiblat pertama bagi orang-orang Islam sebelum kiblat dialihkan oleh Allah ke arah Ka'abah
di Makkah. Di sana juga ada sebuah batu besar (panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki)
terletak dalam satu binaan berkubah yang dipanggil Qubatul Sakhra' atau 'Dome of The Rock'.

Batu itu berbentuk hampir separuh bulatan dan di tengah-tengah batu ini terdapat
satu lubang yang turun ke bawah menuju ke sebuah gua kecil yang dipanggil "Gua Arwah".
Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. kawasan batu itu dikepung dengan
mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat dan senibinanya direka khas oleh seorang akitek Greek.
Pada masa pemerintahan Abdul Malik ibn Marwan iaitu Khalifah Ke 10,
masjid itu telah dibangunkan semula serta dinamakan Masjid Qubatul Sakhra'
(Dome of The Rock), setinggi 10 meter dan diameter 20 meter.

Ada cerita yang mengatakan bahawa batu ini terangkat ke atas ketika Rasulullah melepaskan
kaki Baginda dari batu ini untuk melakukan Mi'raj ke Sidratul Muntaha. Batu ini dikatakan ingin
mengikut Rasulullah waktu Mi'raj tetapi ditahan oleh malaikat Jibril. Bekas tapak tangan Jibril
dikatakan masih ada di sana.

Menurut Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki, ulama Masjidil Haram di Makkah, mereka yang
berkata bahawa batu ini tergantung di antara langit dan bumi adalah tidak benar kerana kisah
ini tidak tersebut dalam Al-Qur'an atau dalil-dalil hadis yang kuat. (Bait Al-Maqdis, Masjid Al-Aqsa
dan Batu Bergantung oleh Syed Hassan Muhammad Al-Attas)

Kejadian batu itu cuba terbang mengikut Nabi Muhammad S.A.W. semasa israk dan mikraj,
setelah dikaji semula berdasarkan kepada hadis-hadis sahih, perkara itu tidak benar. Ia
hanya bersumber dari Yahudi (dongeng Israiliyyat). Batu itu sebenarnya tidak terapung.

Menurut Prof Dr Tala'at Muhamad Afifi, dari Universiti al-Azhar:
وقبة الصخرة ليست معلقة بالهواء كما ورد في السؤال وإنما لها حافة تمتد بعيداً عن قاعدتها بحيث يتخيل الشخص أنها معلقة.

"Qubatul Sakhra' itu bukanlah terapung diatas udara sebagaimana yang dinyatakan
didalam soalan, akan tetapi hujungnya luas dari tapaknya yang menjadikan ianya tergantung".

Maknanya, batu itu mempunyai bahagian atas yang lebih besar dari bawah menjadikannya
seolah2 terapung. Kesimpulannya, cerita Batu yang tergantung itu merupakan cerita-cerita
Israiliyyat. Dikatakan bahawa orang Yahudi sengaja ingin mewarwarkan mengenai
Qubatul Sakhra' agar orang Islam dapat melupakan Masjid Al-Aqsa yang dipercayai merupakan
tapak masjid yang dibina oleh Nabi Sulaiman yang ingin mereka kuasai.


Image

Image

Image

Image

Rabu, 3 Mac 2010

ANTARA BABAK PERJUANGAN

Antara Babak Perjuangan.

Sama ada bersenjata atau tak, dengan ketawa ke, menangis ke, dengan kepayahan atau kesenangan, susah ke, senang ke, kita mesti berjuang.

Hari ini, aku dan isteri bersama si comel kami berada antara babak perjuangan. Hari ini kami ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, mengambil kad OKU untuk anak istimewa kami dan abang istimewa kepada Auni Zakiyyah, AFIF ZAHIRUDDIN.

Aku sendiri tak tak tahu, samada Afif dapat menerima status itu, samada dia faham statusnya itu. Bila aku tunjukkan  kad warna kuning tu kepada Afif, dia senyum je. Membuat riak senyum sama macam senyuman kat gambar yang terlekat dalam kad kuning tu.





Kepada Afif, ini adalah sebahagian dari perjuangan ayah, ibu dan adik untuk Afif. Semoga Afif dapat berjuang bersama-sama. Berjuang untuk melalui hidup yang mencabar dan sedia untuk mencabar kehidupan.

 SELAMAT BERJUANG .... AFIF.

Buletin PerkAsa

 

  

  

 
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....