السلام عليکم

Isnin, 18 Oktober 2010

Penyakit Nafsu & Penawarnya - 3

Dia mengharapkan dirinya mendapat balasan kebaikan setelah mendapati tanda kebaikan itu wujud pada dirinya.  Sekiranya ia dapat mencapai kebaikan itu nescaya orang yang jiwanya hampir kepada Allah  akan bermasam muka dan merasa malang dengan kehadirannya. Hal ini pemah disebutkan kepada sebahagian daripada para salaf, "Apakah pendapatmu terhadap  (Seseorang yang bertahan makamnya di dalam dunia kesufian di antara dua makam)?"  Lalu dijawab, "Aku pernah menyaksikan pelbagai golongan seperti itu. Kalaulah bukan kerana aku pernah menjadi seperti mereka, nescaya aku akan memohonkan keampunan daripada Allah untuk mereka.  Beginilah bentuk perjalanan  (jiwa yang hidup).
Rawatannya ialah hendaklah diketahui sekiranya Allah mengampunkan dosa-dosa mereka sedangkan Allah menyaksikan dan mengetahui bahawa keampunan yang dianugerahkannya itu akan ditukar ganti oleh mereka itu dengan melakukan dosa dan maksiat.  Oleh itu hendaklah kita merasa malu kepada Allah dan sentiasa sedar terhadap kejahatan diri sendiri.  Hal ini dinyatakan oleh al-Fudail bin 'Iyad6, "Alangkah kejinya perbuatan kamu itu walaupun kamu merasakan ianya sesuatu yang baik.  Ini adalah kerana kamu telah mendahului ilmu Allah di dalam urusan tersebut." Kata Al-Sulamiy, Yahya bin Muaz7 berkata, "Berlapar itu dianggap sebagai makanan kerana dengan berlapar itu Allah akan memperkuatkan tubuh badan para siddiqin."

Penyakit Nafsu & Penawarnya - 2

Dia mentaati perintah Allah tetapi tidak dapat mencapai kemanisan di dalam melaksanakan perintah itu. Hal ini berlaku kerana amal ketaatannya itu telah bercampur baur dengan unsur-unsur riya' dan tidak disertai dengan keikhlasan serta tidak menurut sunnah di dalam amalan.
Rawatannya ialah dengan melatih jiwa supaya ikhlas di dalam amalan, menuruti sunnah di dalam setiap perbuatan dan amalan serta memperbetulkan seluruh asas kehidupan supaya kesudahannya menepati kehendak kebenaran.

Ahad, 17 Oktober 2010

Penyakit Nafsu Dan Penawarnya -1

Apabila ia ditimpa mudarat ia akan mengadukannya kepada kuasa yang tidak mampu merungkai mudharat tersebut. Bagitu juga, dia akan meletakkan pergantungan harapannya kepada sesuatu yang tidak akan mampu memenuhi harapannya. Ia juga berhempas pulas dan menumpukan perhatian sepenuhnya mencari rezeki sedangkan rezekinya telah dijamin oleh Allah.
Rawatannya ialah dengan memperbetulkan keimanan dengan menyakini sepenuhnya firman Allah s.w.t. :
Yang bermaksud, "Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia(Allah); dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, ...
Firman Allah s.w.t. lagi:
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya ...
Hakikat yang telah dinyatakan oleh ayat-ayat tersebut adalah sangat jelas bahawa semua makhluk Allah itu bersifat lemah. Di suatu sudut yang lain, semua makhluk memerlukan bantuan daripada pihak lain untuk menyempurnakan kehidupannya. Bagaimanakah orang yang memerlukan bantuan untuk memenuhi kehidupannya mampu untuk mengisi keperluan hidup orang lain. Oleh itu apabila seseorang itu ternyata lemah serta tidak berkemampuan nescaya dia tidak akan dapat memperbaiki orang lain. Jadi dia perlu memperbetulkan salah faham ini dan hendaklah bergantung kepada Allah secara mutlak.

Hijab Antara Manusia dan Allah

Jangan berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya rahmat Allah itu Maha luas. Ada orang setelah mendapat sedikit anugerah lalu tersendat dengan anugerah itu sampai terhijab berpuloh tahun. Ada yang terhijab terus. Ada yang terhijab, kemudian terbuka kemudian terhijab lagi. Itu adalah lumrah. Ianya bergantung sejauh mana kita memerlukan Dia. Ada orang waktu susah sangat hampir dengan Tuhan, siang malam berdoa, bila Tuhan lepaskan kesusahan hati jadi jauh.
"Aku adalah mengikut persangkaan Hambaku.Bila hambaku menujuKu sejengkal , Aku hampiri sedepa...
Dzun Nun Al Misyry ditanya :" Apakah hijab yang paling halus dan yang paling bersangatan?"
Dijawabnya : "Melihat diri dan mengaturnya."
Maksudnya bahawa hijab yang mendinding manusia terhadap Allah adalah hijab yang paling halus dan bersangatan iaitu melihat diri dan mengurusnya. Yakni mengarahkan fikiran, daya dan usaha pada memikirkan alam jasmaniah saja dapat menghambat matahati kita terhadap Allah. Kita bukan tidak boleh mengatur dan mengurus diri tetapi jangan sampai melewati batas sehingga hubungan kita dengan Allah terhalang. Kita diperbolehkan mempunyai rumah yang besar indah dan kenderaan yang bagus tetapi semuanya janganlah sampai melalaikan ataupun melupakan Allah. Apabila keadaan ini menimbulkan kelalaian dan kelupaan maka semuanya ini menjadi hijab-hijab bagi kita. 
Bagaimana hati kita akan bersinar apabila sesuatu didalam alam ini melekat didalam matahati. Bila keduniaan mengawal kita, maka tujuan supaya hati bersih menghadap sempurna kepada Allah pasti tidak akan berhasil. Bila dunia ini terpaut dalam hati maka hati akan menemui kegelapan. Sama seperti kaca/cermin apabila berdebu begitu banyak dan melekat kuat, maka cermin itu sudah tidak dapat menangkap gambar objek kedalamnya. Bila hati gelap, macam mana Allah nak bersemayam di dalamnya. Bila hati sudah terpaut kuat kepada dunia yang fana ini akan sulitlah hati kita mengarah kepada tujuan menghadap Allah dengan syuhud dan tajjali seperti yang dimaksudkan dengan ehsan didalam hadis Rasulullah s.a.w.
Apabila hati gelap maka sinar makrifat akan jauh darinya. Sebab hati, mukanya hanya satu. Bila muka yang satu itu menghadap dunia maka jauhlah ia dari Allah. Kita dalam mengerjakan ajaran agama, pada hakikatnya bukanlah sekadar patuh dan taat kepada Allah tetapi juga pada hakikatnya kita berjalan kepadaNya dengan erti hubungan menjadi semakin dekat, baik dalam ilmu, keyakinan dan seluruh perasaan. Ini dapat kita capai bila kita memutuskan hubungan dengan kehendak-kehendak hawa nafsu dan syahwat. Tetapi bila kita berada dalam tawanan hawa nafsu, setiap kali kita bangun berdiri untuk melangkah, setiap kali pula kita jatuh tersungkur. Setiap kali berkumpul dalam hati kita keinginan yang kuat untuk berjalan kepada Allah tetapi pada waktu petangnya tentera-tentera syahwat menyerang pertahanan, sehingga benteng pertahanan yang dibina runtuh. Demikianlah sulitnya kita menuju kepada Allah apabila kita masih terikat dengan ikatan syahwat.
"Sengatan beberapa ekor kala atas tubuh-tubuh yang luka lebih enteng dari sengatan syahwat-syahwat atas hati yang meghadap kepada Allah"
Allah mewahyukan kepada Nabi Daud:
"Hendaklah engkau berikan peringatan kepada kaum engkau tentang bahaya seluruh syahwat kerana segala hati yang bergantung dengan segala syahwat keduniaan berarti akal orangnya terdinding, lagi jauh daripadaKU"
Jika kita tidak mampu menghalau serangan nafsu setelah mengamalkan beberapa macam zikir. Mohon kepada Tuan nafsu itu agar ia mengalangnya. Mohonlah dengan berkat solawat. Setiap doa tak kan naik tanpa didahulukan dengan solawat.
Kalau masih tak berjaya juga mohonlah kepada murysid kita agar dia scan balik diri kita dan lihat dimana silapnya. Kadang-kadang kita ada tersilap dengan guru sikit aje. Waridah dah hilang.Dengarlah segala nasihat dan petuanya. Kalau zaman dulu siap jadi hamba pada guru lagi. Jika guru suruh pergi minta sedekah terpaksalah pergi. Zaman sekarang tak tahu lak pulak. Zaman sekarang orang dah terlalu cerdik. Bila minta pengorbanan sedikit dah kata guru ambil kesempatan. Sedangkan kita tidah tahu apa hikmah disebalinya.
Ada bermacam-macam kaedah untuk menyucikan diri.
Ada secara zikir mengikut pengajian suluk tariqat masing-masing.
Ada secara tahali dan takhali.
Ada dengan cara berbakti.
Macam orang yang sudah mempunyai jawatan tiba-tiba hilang kerja, maka mohonlah bersungguh-sungguh agar dikembalikan jawatan tu. Kita hilang jawatan mungkin kita ada buat silap.
Ataupun orang tengah sihat tiba-tiba jatuh sakit. Puas berubat tak sembuh-sembuh .Janganlah putus asa mungkin belum sampai masanya lagi. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Sekurang-kurangnya kita tahu kita berada didalam ujian tuhan dan tidak kufur dengan nikmatnya yang tidak terbatas. Yang penting kita mesti berwuduk zahir dan batin sebelum menghadap kepadaNya.
Wallahu'alam
~~~~~ o O o ~~~~~





Hijab-hijab itu terbahagi kepada dua bahagian:
1.Hijaabul Bashari.
Yakni hijab penglihatan mata yaitu kita tidak melihat oleh kerana memang mata kita tidak mungkin melihat Allah di dunia, sebab dunia ini adalah tempat segala kekurangan, sedangkan Allah adalah Zat yang maha sempurna. Jadi tidak mungkin kita melihat Allah di dunia yang fana ini, selain di akhirat. Demikian menurut hadis Rasulullah. 2.Hijaabul Bashiirati,
Yakni dinding yang menghambat penglihatan matahati. Apabila matahati kita sudah terdinding dengan hijab-hijab di mana dengannya akan menimbulkan kegelapan hati untuk melihat Zat Allah dan sifat-sifatNya yang mulia dan utama. Apabila hijab-hijab ini sudah hilang, maka terbukalah sinar hakikat. Maka terlihatlah keagungan yang Maha Sempurna Allah s.w.t
Apakah hijab-hijab itu? Hijab-hijab itu ialah keaiban-keaiban hati, jiwa dan diri. Apabila hati, jiwa dan diri kita telah bersih dari keaiban-keaiban ini, maka terbukalah pintu ghaib dan kita pun mendapatkan rahsia-rahsia yang baik dari Allah. 
~~~~~ o O o ~~~~~



Allah yang Maha Benar, tidak terdinding, dan bahawasanya yang terdinding pada melihat kepadaNya adalah anda, kerana jikalau Allah didinding oleh sesuatu, sungguh Dia ditutup oleh sesuatu yang meliputi bagi adaNya. Jikalau ada bagiNya ada yang menutup sungguh diperdapat sesuatu yang meliputi bagi adaNya. Sedangkan tiap-tiap yang meliputi sesuatu berarti ia berkuasa pada sesuatu itu, padahal Dia-Allah berkuasa atas semua hamba-hambaNya. 
~~~~~ o O o ~~~~~

Petua Iman Syafie

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3.. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan
Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
Malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
Dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... Bacalah E mail ini dari sahabat yg menetap di US:
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....