السلام عليکم

Rabu, 10 November 2010

Solat

Ada banyak hadis Rasulullah SAW yang memerintahkan agar solat dikerjakan serta menerangkan fadilatnya.Di antaranya:

• Solat adalah julung-julung perintah yang diperintahkan ole...h Allah SWT dan solatlah pula julung-julung perkara yang akan disoal pada hari hisab.

• Takutilah Allah dalam perkara solat!Takutilah Allah dalam perkara solat!Takutilah Allah dalam perkara solat!

• Solat adalah tanda Islam.Seseorang yang bersolat dengan ikhlas dan khusyuk apabila masuk waktunya dan memeberati segala rukun-rukunnya,termasuk rukun mustahibah,pastilah ia seorang mukmin.

• Daripada segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT,iman dan solat adalah amat ternilai.Andainya ada apa-apa yang lebih baik daripada solat,maka Allah SWT akan perintahkannya untuk malaikatnya yang setengahnya sentiasa dalam rukuk dan yang lainnya pula dlam sujud.

• Soalt adalah tiang agama
• Solat menghian syaitan
• Solat adalah nur bagi orang mukmin
• Solat adalah jihad yang terbaik
• Allah SWT bermurah hati terhadap sesorang selagi dia bersolat:

• APabila sesuatu bencana turun dari langit ,orang yang selalu pergi ke masjid bertebaran dan terselamat.

• Kalau setengah daripada dosa besar orang Muslim itu mencampakkannya kedalam neraka jahanam,maka api neraka itu tidak membakar bahagian-bahagian badannya yang menempuhi bumi semasa dia sujud didalam solatnya.

• Api neraka telah diharamkan keatas bahagian-bahagian badan orang yang menempuhi tanah dengan perasaan hina.

• Daripada segala amalan,solat yang dikerjakan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan adalah yang amat dicintai oleh Allah SWT.

• Allah SWT paling suka perawakan seseorang apabila dalam sujud ,dahinya kena pada tanah dengan perasaan hina.

• Seseorang yang dalam keadaan sujud adalah paling dekat kapada Allah SWT.

• Solat adalah kunci syurga

• Apabila sesorang berdiri dalam solat,pintu-pintu syurga dibuka dan segala tabir anatara dia dan Allah SWT disingkap (asalkan dia tidak melakuikan sesuatu yang makruh):

• Seseorang yang bersolat adalah ibarat dia mengetuk pintu rumah Allah SWT dan pintu itu senantiasa terbuka untuk orang yang mengetuknya.

• Tempat solat didalam Islam adalah seumpama kepada badan.

• Solat adalah nur hati.Sesiapa yang mahu biarlah dia suluh hatinya (dengan solat).

• Jika seseorang mahu dosa-dosanya diampuni oleh Allah SWT ,makahendaklah dia mengambil wuduk dengan sempurna,solat dengan khusyuk dua atau empat rakaat solat fardu atau nafil dan kemudian berdoa ke hadrat Ilahi,maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya.

• Mana-mana bumi yang diatasnya Allah SWT diingati dalam solat berasa bangga daripada bumi lain.

• Allah SWT menerima doa seseorang yang berdoa kepadanya setelah bersolat dua rakaat .Allah SWT mengkabulkan apayang dipohonkannya dan kadang-kadang terlambat sedikit (untuk kepentingannya ).

• Seseorang yang bersolat dua rakaat bersendirian dengan tiada sesiapapun mengetahuinya kecuali AllahSWT dan malaikatnya sahaja yang melihat dia,api neraka tidak akan mentuhinya.

• Sesuatu doa itu dimakbulkan oleh Allah SWT setiap selepas seseorang itu menunaikan solat fardunya.

• Api neraka terharam dan syurga diperolehi seseorang yang berwuduk dengan sempurna dan mengerjakan solatnya dengan khusyuk menurut rukun-rukunnya.

• Syaitan takut akan seorang muslim selagi dia mengambil berat atas solatnya tetapi apabila sahaja dia mengabaikannya,maka syaitan itu menguasainya dan berharap akan berjaya mengatasinya.

• Solat pada awal waktunya adalah amalan yang paling baik.

• Solat adalah persembahan orang soleh.

• Solat awal waktunya adalah amalan yang amat digemari oleh Allah SWT.

• Pada waktu fajar ,sesetengah orang akan ke masjid dan sesetengahnya ke pasar.Mereka yang ke masjid adalah pembawa bendera iman dan yang ke pasar pembawa bendera syaitan.

• Empat rakaat solat sebelum Zuhur sama pahalanya dengan empat rakaat solat tahajut.

• Rahmat Allah SWT dicucuri keatas hambaNya yang bersolat.

• Solat tengah malamamat dihargai tetapi sedikit bilangan orang yang mengerjaknnya.

• Jibril a.s. datang kepadaku seraya berkata.”Wahai Muhammad!Berapa lama pun kamu hidup ,kamu akan mati jua pada suatu hari nanti dan kamu akan berpisah pada suatu hari.Sesungguhnya kamu akan menerima balasan atas apa jua yang kamu kerjakan (baik atau jahat).”Tidak syak lagi kebesaran seseorang mukmin itu adalah dalam tahajudnya dan kemuliaannya adalah didalam keredhaannya dan kesabarannya.

• Solat dua rakaat ditengah malam adalah lebih baik daripada segala kekayaan didunia ini.

• Teruskanlah solat tahajud kerana ia adalah perjalanan orang yang soleh dan cara mendekati diri kepada Allah SWT Solat tahajud menjauhkandosa ,menyenyebabkan dosa terampun dan menyihatkan kesihatan badan.

• Allah berfirman yang brmaksud,”Wahai anak Adam! JAnganlah malas dalam mengerjakan solat empat rakaat Israa,kerana aku akan memudahkan rezekimu dalam usahamu pada keseluruhan hari itu.

• Solat adalah Islam.Ia membezakan antara iman dan syirik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....