السلام عليکم

Jumaat, 6 Januari 2012

Manusia.. Malaikat.. Syaitan..

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuhmu
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah. Mengantuk lar...awal lagi ni.

Manusia - Nak makan, laparlah.
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.
Syaitan - Ahh, tak payahla. Dah lapar ini. Makan jerk lar terus.

Manusia - Hari ni nak pakai apa yer?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup
aurat.
Syaitan - Ehh, kan panas ni. Takde style langsung, nampak
kekampungan.

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke
pejabat.
Syaitan - Ahhh? Awal lagi. Suruh jer si X, punchkan.

Manusia - Azan dah kedengaran.
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan
kewajipan.
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilexlah.. awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.. tak boleh tengok ini, berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Mengetahui.
Syaitan - Eh, eh.. best tu.. rugi lar kalau tak tengok.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. Lantaklah dia.

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah-susah.

Manusia - Aku telah berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu. Muda lagi. Masih banyak masa lagi nak bertaubat.

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan
yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu.. jomlahhh.

Manusia - Uuhhh? Letihnya hari ni. Solat pun tak lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA. Kebahagiaan di dunia dan akhirat
untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku. Kejarlah kebahagiaan di dunia sahaja dan kebahagiaan di akhirat? Jangan mimpilah untukmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....