Tulisan rumi tidak akan dapat mengganti tulisan `Arab apabila kita menulis kalimah-kalimah `Arab. Terimalah kenyataan itu. Sebab itulah, ada berbagai-bagai variasi tulisan rumi untuk perkataan yang sama. Contohnya:
1) insyaallah, insha-Allah, inshaallah, insyaALLAH, insha’ALLAH, in sha’ ALLAH, in shaa’ ALLAH, inchaallah, in sya’ ALLAH dan sebagainya.
2) assalamualaikum, assalamu`alaikum, assalamu’alaikum, as-salamu-alaikum, as-salaamu `alaikum dan sebagainya.
3) mashaallah, machaallah, ma sha’ ALLAH, ma shaa’ ALLAH, masyaALLAH, mashaAllaah dan sebagainya.
4) alhamdulillah, alhamdu-lillah, al-hamdu-lillah, al-hamdu-li-ALLAH, alhamdulillaah dan sebagainya.
5) amin, aamiin, amiin dan sebagainya.
6) lailahaillallah, la ilaha illa allah, la ilaha illallah, la ilaha illa ALLAH dan sebagainya.
7) shalawat, sholawat, solawat, selawat dan sebagainya.
8) dzikir, zikir, dzikr, dhikr dan sebagainya.
9) aidilfitri, eidulfitri, `eid al-fitr, idulfitri, `idul-fitri dan sebagainya.
10) qalbu, kalbu, qalb dan sebagainya.
Boleh belaka!
Asalkan cara menyebutnya betul mengikut makhraj dan mad sudah memadai. Yang terbaik ialah kalau ada Arabic font, gunakanlah ia. Jika tiada, tidak sempat atau malas hendak menaipnya, tidak mengapalah menulis dengan tulisan rumi dengan variasi yang kalian pilih. Masing-masing ada cara tersendiri mengikut kepada pendedahan masing-masing. Saya juga mempunyai cara saya tersendiri…
Tidak perlu berkeras sangatlah dalam hal sebegini. Melainkan kalau ada yang menulis dengan cara yang sengaja salah, maka perbuatan itu hendaklah ditegur. Contohnya menulis “semelekom” dan seumpamanya.
Walaupun saya berpendapat tidak perlu berkeras dalam hal sebegini, namun penambahbaikan amat dialu-alukan. Dengannya masyarakat memandang penting untuk menulis perkataan-perkataan `Arab secara rumi dengan baik dan supaya sebutannya hampir dengan sebutannya yang sebenar…
Apapun, sekali lagi saya tegaskan seperti permulaan tulisan di atas, bahawa tulisan rumi tidak akan dapat menggantikan tulisan `Arab yang sangat unik dari segi sebutannya. Bahasa `Arab adalah adalah bahasa syariat Islam, jadi sebaik-baiknya ia ditulis dalam tulisannya yang sebenar, jika mampu.
Allahu A`lam.
...shahmuzir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan