السلام عليکم

Khamis, 3 April 2014

AMALAN UTAMA YG SEPATUTNYA KITA LAKUKAN

dari Abdullah bin Hubsyi, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ditanya, 
1. "Amalan apakah yang paling utama?" Beliau menjawab: "Keimanan yang tidak ada keraguan padanya, jihad yang tidak ada kecurangan padanya, dan haji yang mabrur." 
2.Beliau ditanya lagi, "Solat apakah yang paling utama?" Beliau menjawab: "Solat yang lama." 
3.Beliau ditanya lagi, "Sedekah apakah yang paling utama?" Beliau menjawab: "Membantu orang miskin."
4. Beliau ditanya lagi, "Hijrah apakah yang paling utama?" Beliau menjawab: "Engkau meninggalkan apa yang Allah haramkan kepadamu." 5.Beliau ditanya lagi, "Jihad apakah yang paling utama?" Beliau menjawab: "Orang yang memerangi orang-orang musyrik dengan harta dan jiwanya."
6.Beliau ditanya lagi, "Kematian apakah yang paling mulia?" Beliau menjawab: "Orang yang kudanya disembelih dan darahnya ditumpahkan (mati syahid)."
Sunan Darimi 1388

BERUSAHALAH UNTUK MENJADI ORANG BAIK
Dengan klik LIKE atau KONGSI supaya bahan ini boleh beri manfaat pada orang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....