السلام عليکم

Khamis, 17 Februari 2011

Bila Ukuran Di Letak Pada Manusia bukan Pada Allah......

Bila hari kerja... manusia akan berkejar untuk keluar pagi-pagi..
takut dapat kad merah kerana lewat masuk keje.....
Nanti tak dapat markah tinggi.....

Bila Boss panggil ... tiada alasan untuk mengecualikan diri....
Manusia akan hadir & akur dgn perintah boss....
Takut nanti tak dapat pekerja cemerlang....

Bila dapat jemputan dinner / kenduri dsb...
Bersungguh-sungguh manusia menyiapkan diri untuk hadirkan diri.....

Pendek kata segalanya pantas.. untuk memenuhi tuntutan manusia.....

TETAPI.....

Bila AZAN berkumandang.....memangiil untuk menunaikan
perintah  ALLAH......

Allah Mahabesar Allah Mahabesar (2x)
Aku bersaksi bahwa
tidak ada Tuhan selain Allah (2x)
Saya bersaksi bahwa
Nabi Muhammad adalah utusan Allah (2x)
Mari kita mendirikan shalat (2x)
Mari kita meraih kemenangan (2x)
Allah Mahabesar Allah Mahabesar
Tidak ada tuhan selain Allah

Manusia TIDAK bersegera... Tidak PANTAS... Tidak Berkejar...
Untuk menunaikan SOLAT....

Manusia masih leka dengan urusan duniawi......
Ada yang wat tak tahu...
Ada yang dengar tapi buat tak dengar...
Ada yang... ah nantilah dulu....
Bertangguh dan bertangguh.....
Kenapa???? Tepuk dada tanyalah iman......

Berusaha...dan berazamlah... bahawa tatkala mendengar AZAN..
Minda tanpa sedar akan segera bertindak balas dengan perlakuan....
Apapun yang sedang dilakukan... berhentilah seketika...
Tunaikan SOLAT....

Sesungguhnya ALLAH swt yang memberi NIKMAT, KESENANGAN, REZEKI
dan jua KEMEWAHAN yang ada buat manusia.... yang sedang dikecapi..
Sudah tentu urusan ALLAH yang wajib didahulukan.....

Tetapi Manusia masih lalai... tidak memandang urusan ALLAH itu
sebenarnya lebih penting dari segalanya.....

Ingatlah... Bila ALLAH menyebut `kun fayakun.' segalanya akan bertukar
dengan sekelip mata.... Kerana segalanya adalah milik ALLAH...

'Ya ALLAH... jadikanlah kami diantara orang-orang yang tidak lalai
untuk mengerjakan SOLAT dan SOLAT tepat pada waktunya....
Ya ALLAH... kami juga mohon kepadaMU.. jadikanlah kami diantara
orang-orang yang ISTIQAMAH dalam mengerjakan perintahMU dan
menjauhi laranganMU.... Amin......"

Berkejarlah untuk setiap urusan ALLAH... Segeralah menunaikan SOLAT
...FB Didik Solat

Ahad, 13 Februari 2011

SELIDIKILAH KEKURANGAN DIRI SENDIRI...

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya...

"Abang, sayang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...". Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Sayang akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa mata suaminya mulai bergenang dgn airmata ...

"Maaf, apakah sayang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya. Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, Sekarang giliran abang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa isteriku sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Sayang, isteriku adalah dirimu sendiri. Abang cantik dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya ... bahawa suaminya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahualam "Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH.""

Jumaat, 28 Januari 2011

195 PERKARA ASAS DALAM SOLAT

KEDUDUKANNYA DALAM AGAMA ISLAM
i. Solat adalah tiang agama. Sabda Rasulullah SA W.
“Solat adalah tiang agama. Barangsiapa yang  mendirikannya bermakna dia telah mendirikan agamanya. Barangsiapa yang meninggalkannya, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya”

ii. Amalan yang pertama akan dihisab di akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w. :
 “ Perhitungan yang mula-mula sekali dilakukan keatas seorang hamba di akhirat nanti ialah solat. Jika baik solat, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika rosak solat maka rosaklah segala amalan yang lain”

iii. Meninggalkan solat akan mebawa kepada kekufuran. Sabda Rasulullah s.a.w.:
 “Barangsiapa yang meninggalkcm solat dengan sengaja, maka dia telah melakukan perbuatan kufur
yang nyata dan jelas ‘:

“ Batas pemisahan antara seseorang itu dengan kufur ialah meninggalkan Solat ‘:
Imam-Imam mazhab berpendapat bahawa ‘orang yang meninggalkan solat wajib dibunuh setelah disuruh bertaubat dan menunaikan solat tapi masih engkar.

Oleh itu setiap muslim wajib menunaikan solat dengan betul dan tepat berkait dengan rukun dan syarat-syaratnya, sah batalnya, muafiq masbuqnya, syarat dan peraturan menjadi imam dan makmum dan lain-lain. Kegagalan mereka menepatinya boleh mengakibatkan sembahyang mereka tidak sah atau tidak diterima oleh Allah S.W.t.
Di antara salah satu syarat sah solat ialah mengetahui kaifiat (cara) sembahyang dari segi rukun syarat, sunat wajib dan sebagainya. Kegagalan membezakan perkara sunat dan wajib sahaja pun, boleh menyebabkan solat terbatal atau tidak sah. Mengetahui kaifiat solat itu boleh diterjemahkan di dalam 6 perkara yang merupakan asas solat umpamanya.
1. Syarat wajib solat
2. Syarat sah solat
3. Rukun solat
4. Perkara Sunat dalam solat
5. Perkara Makruh dalam solat
6. Perkara yang Membatalkan solat

 SYARAT WAJIB ( 5 PERKARA)

1. Islam
2. Beraqal
3. Baligh
4. Suci daripada Haid dan nifas
5. Masuk waktu

SYARAT SAH (9 PERKARA)

1. Islam
2. Beraqal
3. Suci dari hadas besar dan kecil
4. Suci badan, pakaian dan tempat solat dari najis yang tidak dimaafkan
5. Menutup aurat
6. Masuk waktu dengan yakin atau sekurang-kurangnya ‘dzan’
7. Menghadap kiblat dengan yakin atau sekurang-kurangnya ‘dzan’
8. Mengetahui ‘kaifiat’ (cara) sembahyang
9. Meninggalkan perkara yang membatalkan sembahyang

 RUKUN (13 perkara)

1. Niat ( 3 syarat )
i. Tempatnya di dalam hati (sunat dilofazkan dengan lidah)
 ii. Masanya ialah ketika mulut menyebut (Allahuakbar ) dalam (Takbiratul Ihram )
 iii. Ada muqaranah (             ) dalam Takbiratul Ihram (              ):

a. Ada Qasad, Taarudh, Taayin, Taayin Nafsih - solat Jumaat & Qasar
b. Qasad, Taarudh, Taayin - solat Fardhu biasa
c. Qasad, Taayin - solat Sunat berwaktu/bersebab
d. Qasad - solat Sunat mutlak

2. Takbiratul Ihram (                    ) - ( 21 syarat)
1.  Dengan Bahasa Arab
2.  Dengan lafaz 'Allah'   (               )
3.  Dengan lafaz 'Akbar' (               )
4.  Dengan tertib sebutan dua kalimah tersebut (Allah dan Akbar)
5.  Ketika berdiri ( bagi Solat Fardhu )
6.  Tiada dimadkan huruf Hamzah (     ) pada lafaz 'Allah'
7.  Tiada digugurkan huruf Hamzah (     ) pada lafaz 'Akbar'
8.  Tiada dimadkan huruf (    ) pada lafaz 'Akbar'
9.  Tiada men'tasydid'kan mana-mana huruf yang tidak bertasydid
10.Tiada menambah wau (J ) yang sakin (mati) I berberis antara duo kalimah
11.Tiada wau (     ) dahului daripada lafaz Allah (            )
12.Tiada menukar sebutan huruf Hamzah (    ) pada kalimah Akbar dengan huruf Wau (     )
13.Tiada menukar sebutan huruf Kaf (    ) pada kalimah 'Akbar' dengan huruf Hamzah (      )
14.Tiada memanjang hukum mad pada kalimah 'Allah' melebihi 14 harakat
15 Tiada diam yang panjang antara 2 kalimah itu lebih dari kadar masa bernafas
16. Atau diam yang pendek tetapi diqasadkan dengan memutuskan Takbiratul Ihram itu
17. Sebutannya dapat didengar oleh dirinya dengan sekalian hurufnya
18. Dimulakan setelah yakin/dzan sudah masuk waktu
19. Dalam keadaan mengadap kiblat
20. Ditakbirkannya kemudian daripada takbir Imam bagi Makmum
21. Tiada memalingkannya daripada Takbiratul Ihram kepada takbir yang lain daripadanya

3. Qiam (         ) -berdiri betul ( 3 syarat)
1. Disyaratkan bagi sembahyang Fardhu
2. Disyaratkan bagi yang mereka yang berkuasa berdiri.
3. Membetulkan belakang sekadar berkuasa dalam qiam.

4. Membaca AI Fatihah ( 11 syarat)
1.  Dibaca dengan bahasa Arab
2.  Dengan tertib antara segala kalimah
3.  Dengan mualat padanya ( kalimah )
4.  Memelihara akan segala hurufnya ( 141 huruf ) - tidak mengurangkan atau menambah hurufnya
5.  Memelihara segala tasydid ( 14 tasydid ) - tidak mengurangkan atau menambah tasydidnya
6.  Tiada diam yang panjang dengan tiada uzur - lebih kadar bernafas atau diam yang pendek dengan niat memutuskan bacaan
7.  Tiada kesilapan atau 'lahn (         ) yang boleh mencederakan maknanya mengikut Bahasa Arab
8.  Dibaca dalam keadaan berdiri atau gantinya (spt duduk dsb) ketika dalam keadaan uzur
9.  Dapat diperdengarkan pada dirinya sekelian hurufnya
10.Tiada diselangi antara segala kalimahnya oleh zikir ajnabi (asing) yang tiada hubungan dengannya
11.Membaca semua ayatnya termasuk Bismillah pada setiap rakaat kecuali makmum yang masbuq

5. Rukuk (4 syarat)
1.  Selepas tamam (sempurna ) Fatihah ( bagi lain daripada masbuq )
2.  Tunduk ke hadapan sekira-kira sampai dua tapak tangan ke lutut
3.  Tunduk dengan niat rukuk
4.  Tama’ ninah dalam rukuk (sekadar masa menyebut Subhanallah)

6. I’tidal (                 )        ( 5 syarat )
1.  Selepas tamam (sempurna) rukuk
2.  Bangkit kembali (qiam) ke tempat asal sebelum rukuk
3.  Bangkit dengan niat i’ tidal
4.  Tidak melebihkannya lebih dari qadar masa membaca Fatihah
5.  Tama’ ninah

7. Sujud  (8 syarat)
1.  Selepas tamam (sempurna ) i’tidal
2.  Menghantarkan 7 anggotanya ke tempat sujud
iaitu dua belah tapak tangan/perut anak jari, dua kaki, dua lutut dan dahi
3.  Terbuka dahinya
4.  Ditekan kepala ke tempat sujud
5.  Tidak niat lain dari sujud
6.  Tidak sujud di atas sesuatu yang ditanggungnya - yang bergerak dengan geraknya
7.  Meninggikan punggung dari kepalanya
8.  Tama’ ninah

8. Duduk antara dua sujud (5 syarat )
1.  Selepas tamam (sempurna ) sujud pertama
2.  Tidak diqasadkan bangkit itu selain daripada untuk duduk antara dua sujud
3.  Membetulkan duduknya sekadar kuasanya
4.  Tiada memanjangkannya lebih dari kadar masa sekurang-kurang tahiyyat
5.  Tama’ ninah

9. Duduk Tahiyyat Akhir ( 3 syarat)
1.  Selepas tamam sujud terakhir
2.  Tidak diqasadkan bangkit itu kecuali untuk duduk tahiyyat akhir
3.  Membetulkan duduknya sekadar kuasanya

10. Membaca Tahiyyat Akhir (8 syarat)
1.  Memelihara akan sekelian hurufnya dari gugur
2.  Memelihara akan segala tasydidnya
3.  Tidak bertukar huruf-hurufnya itu dengan huruf yang lain
4.  Tidak ada kesilapan sebutan yang boleh mengubah makna
5.  Dapat didengar oleh telinga sendiri
6.  Dibaca dalam bahasa Arab
7.  Muwalat segala kalimahnya
8.  Dibaca dalam keadaan duduk

11. Membaca Selawat Nabi s. a. w. dalam Tahiyyat Akhir (4 syarat)
1.  Dibaca dalam Bahasa Arab
2.  Dengan lafaz Muhammad s.a.w.
3.  Memadai dengan ‘Rasulnya’ atau ‘Nabi’
4.  Dapat didengar oleh telinga sendiri

12. Memberi Salam (11 syarat)
 1.  Diberi salam itu dalam Bahasa Arab
2.  Ditakrif dengan Alif dan Lam ( JI )
3.  Dengan khitab jamak (           )
4.  Dengan mim jamak (                 )
5.  Memperdengarkan sekelian huruf kepada dirinya
6.  Berturut-turut segala kalimahnya
7.  Tiada qasad lain daripada salam
8.  Ketika duduk atau gantinya
9.  Dalam keadaan mengadap kiblat dari awal hingga akhir
10.Tidak menambah sesuatu huruf / kalimah yang boleh mengubah makna/ayat
11.Tidak mengurangkan sesuatu hurut / kalimah yang boleh mengubah makna/ayat

13. Tertib

 PERKARA-PERKARA SUNAT (2 perkara)

1. Sunat Ab'adh (8 perkara)
1.  Membaca Tahiyyat Awal
2.  Membaca Selawat ke atas Nabi s.a.w. di dalam Tahiyyat Awal
3.  Membaca Selawat ke atas keluarga Nabi s.a.w. di dalam Tahiyyat Akhir
4.  Duduk bagi membaca Tahiyyat Awal
5.  Berdiri membaca qunut di dalam Solat Subuh
6.  Membaca qunut
7.  Membaca Selawat ke atas Nabi s.a.w., Keluarga serta Sahabat di dalam qunut
8.  Membaca Salam ke atas Nabi s.a.w., Keluarga serta Sahabat di dalam qunut

2. Sunat Hai’ah (              )
1.  Mengangkat kedua tangan ketika Tabiratul Ihram, ketika rukuk, iktidal dan bangkit dari Tahiyyat Awal
2.  Meletakkan tangan kanan di atas  pergelangan tangan kiri ketika qiam
3.  Memandang tempat sujud sahaja kecuali ke jari telunjuk ketika menyebut (                                      ) dalam Tahiyyat Awal
4.  Membaca doa Iftitah
5.  Membaca 'Auzubillah (                          ) sebelum AI Fatihah
6.  Diam seketika sebelum dan sesudah sesuatu bacaan
7.  Membaca Amin sehabis AI Fatihah dengan nyaring atau perlahan menurut masanya
8.  Membaca sebarang ayat atau surah sesudah AI Fatihah dalam rakaat pertama dan kedua
9.  Memanjangkan ayat rakaat pertama lebih dari rakaat kedua
10.Menyaringkan bacaan dalam solat Subuh, Hari Raya, Terawih, witir dan 2 rakaat pertama Maghrib serta Isya
11.Membaca takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain kecuali ketika iktidal
12.Meletakkan tapak tangan di atas lutut ketika rukuk
13.Menjarangkan jari-jari serta mengadapkannya ke arah kiblat
14.Membaca tasbih 3 kali dalam rukuk dan sujud15.Meletakkan tangan sejajar dengan bahu ketika sujud
16.Menjarangkan kaki lebih kurang sejengkal ketika sujud
17.Membaca doc ( Rabbigh firli                   ) hingga seterusnya ketika duduk antara 2 sujud
18.Duduk bersimpuh (iftirasy                   ) kecuali ketika duduk Tahiyyat Akhir
19.Duduk istirehah sebelum qiam untuk ke rakaat yang ke 2
20.Bertekan di tanah sewaktu hendak bangkit qiam
21.Memberi salam ke kiri
22.Berpaling hingga kelihatan pipi orang di sisinya sewaktu memberi salam ke kiri dan kanan

5. PERKARA-PERKARA MAKRUH
1.  Berpaling muka kanan atau kiri
2.  Berdiri di atas sebelah kaki
3.  Mendahulukan sebelah kaki atau merapatkan kedua kaki
4.  Menyimpul rambut, kain, serban, menyingsing lengan tangan baju
5,  Berludah dalam sembahyang atau di luar sembahyang ke hadapan kiblat
6.  Merendahkan kepala dari punggung ketika rukuk
7.  Menahan diri dari qada’ hajat besar atau kecil
8.  Bersolat ketika makanan sudah terhidang yang sekira-kira ianya boleh mengganggu kekhusyukan
9,  Meninggalkan bacaan surah dua rakaat pertama
10.Memanjangkan masa istirehat lebih dari duduk antara dua sujud
11.Bersandar kepada sesuatu yang sekira-kira jatuh ia dengan jatuhnya tempat bersandar itu
12. Melanjutkan tasyahud awal clan membaca doc
13.Meninggalkan doc dalam tasyahud akhir
14.Membiarkan tempat kosong di dalam sat di hadapannya
15.Berdiri seorang diri di luar saf ketika solat berjemaah
16.Tempat solat makmum lebih tinggi dari imam
17.Sembahyang dalam bilik mandi
18.Sembahyang di tempat sembelihan
19.Sembahyang di dalam gereja
20.Sembahyang dalam kandang haiwar.
21.Sembahyang di tanah perkuburan
22.Sembahyang di etas Kaabah
23.Sembahyang di tempat tawaf
24.Sembahyang di laluan orang ramai
25.Mendongak ke langit
26.Mengadap tempat yang bertulis clan bergambar
27.Mengadap atau bertentang muka dengan manusia
28.Ketika terlalu mengantuk
29.Menguap’- apabila menguap sunat menahan diri sekadar berkuasa
 30.Menutup mulut kecuali menutupnya ketika terpaksa menguap

6. PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN SEMBAHYANG (21 PERKARA)
1.  Berkata-kata dengan sengaja dengan 2 huruf atau hanya dengan 1 huruf yang memberi faham
2.  Bergerak-gerak lebih dari 2 kali berturut-turut
3.  Kedatangan hadas kecil atau besar
4.  Kedatangan najis yang tidak dimaafkan
5.  Syak pada niat atau takbiratul ihram
6.  Syak pada satu-satu syarat solat dan berkekalan pada syak itu
7.  Syak pada apa sembahyang yang diniatkan
8.  Niat hendak memutuskan solatnya
9.  Digantungkan memutuskan solatnya dengan sesuatu
10.Mengubah solatnya kepada solat yang lain
11.Mengerjakan satu rukun feeli (             ) bukan pada tempatnya
12.Berpaling dada dari kiblat
13.Memberi salam bukan pada tempatnya
14.Terbuka aurat
15.Mengerjakan sesuatu yang membatalkan puasa seperti mengorek hidung dan lain - lain
... banyak lagi .....tak cukup lagi ni...




 Kitab Rujukan
Hidayatus Sibyan
Tanwirul Qulub
Sabilal Muhtadin
Muniyatul Musolli
Sirus Salikin


Solatlah... pelajari ilmu-ilmu solat agar hati lebih kusyuk utk menghadap ALLAH swt.....

Rabu, 26 Januari 2011

Jangan Sombong Dengan Kecantikan dan kekayaan kamu...

Kenapa seseorang perempuan boleh bersikap sombong? Seseorang yang merasa dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi lantas memandang rendah kepada orang lain adalah seorang yang sombong.

Biasanya manusia jadi sombong jikalau dia ada kelebihan daripada orang lain. Sama ada dari sudut paras rupa, suara, pangkat, keturunan, kekayaan, kemasyhuran, atau kerana banyak jasa dan amal. Kalau difikirkan secara logik akal, memang tidak patut benar manusia ini bersikap sombong. Kenapa? Katakanlah bahawa dari sudut rupa parasnya dia memang cantik tetapi apakah tidak ada orang lain yang lebih cantik dan lebih menawan daripada dirinya di dunia ini? Sudah pasti ada. Cuma dia sahaja yang tidak sedar, lantas dia pun rasa dia sahaja yang cantik dan menawan. Rupa yang cantik itu sebenarnya adalah satu anugerah mahupun tuah demi menikmati kebahagiaan dunia. Setengahnya menggunakan anugerah Allah itu untuk melakukan maksiat. Dengan menjadi model atau pun pelakon filem yang ditonton oleh ribuan mata yang agressif setiap hari.

Dengan kelebihan rupa yang ada pada dirinya, dia pun tawan ramai manusia yang bernama Lelaki. Lelaki, apabila dirinya sudah digodai, ditawan oleh paras rupa yang menarik dan cantik, anak, isteri dan rumahtangga sanggup dia lupakan! Si perempuan cantik itu pula merasa bangga kerana telah berjaya membuatkan lelaki tunduk di bawah telunjuk jarinya.

Apakah kecantikan yang dimiliki itu boleh kekal selama-lamanya? Sudah terlalu ramai kita saksikan dalam hidup kita seharian, orang yang secantik mana sekalipun di usia remajanya, bila hari tua nanti kulitnya akan menjadi tegang, kendur, pipi gebunya akan berkedut dan kecut, mata bundarnya akan jadi kelabu dan rabun, rambut ikal mayang mengurainya akan jadi putih.

Hilanglah semua kecantikan yang dibangga-banggakan. Kecantikan yang menjadikan dia sombong dan bongkak dengan manusia. Lebih-lebih lagi dia dianggap ungkal dan murka terhadap Allah kerana menggunakan rupa cantik untuk menentang hukum-hakam Allah SWT!

Kalaupun dia tidak sempat melihat hari tuanya, katalah dia mati di usia muda. Lalu jasadnya ditanam di dalam tanah. Maka ulat, cacing dan segala makhluk penghazam dalam tanah akan memamah hidung mancungnya, pipi gebunya, mata bundarnya dan seluruh dagingnya. Yang tertinggal nanti hanyalah tengkorak yang berlubang matanya, yang patah hidungnya, yang berceracak giginya dan tulang-tulang rangka yang keras dan pejal!

Mana dia kecantikan paras rupa yang dibangga-banggakan itu? Semuanya sudah binasa jua. Ia kerana semua itu bukanlah milik kita tetapi hanya dianugerah oleh Allah Yang Maha Pemurah. Apabila anugerah yang telah diberikan, ditarik kembali nikmatnya, maka tidak berdayalah kita hendak mengembalikan kecantikan itu. Oleh itu apa yang hendak dibangga dan disombongkan pada cantiknya rupa? Ingatlah bahawa ia semua bukan milik kita tetapi milik-Nya jua.

Lagi pula secantik-cantik manusia di dunia ini, tidak ada yang dapat menandingi kecantikan Nabi Yusuf. Kecantikan Nabi Yusuf pernah membuatkan sekumpulan wanita yang sedang memotong buah, terpotong jarinya disebabkan terlalu kagum dan asyik melihat kecantikannya. Adakah pernah kita sampai putus jari bila lihat ratu cantik? Tentu tidak pernah bukan.

Cantik itu satu nikmat yang dihadiahkan oleh-Nya. Kalau tidak pandai menjaga, ianya boleh menjadi sebab pemiliknya dihumbankan ke dalam api Neraka Jahanam! Beta[a tidak, kerana cantik, ada orang yang sanggup jual maruah diri. Sebab cantik, ada orang yang boleh memainkan diri lelaki sehingga mereka tertunduk pada kemahuannya. Sebab cantiklah, ada orang yang boleh pengaruhi kemenangan berada di pihaknya walaupun pada hakikatnya dia bersalah. Dengan kecantikan juga, ada orang boleh jadi mahsyur dan terkenal, disanjung dan dipuja oleh jutaan manusia. Menyebabkan dia sombong, bongkak dan lupakan sang pencipta, Allah Swt yang mengurniakan kecantikan itu padanya.

Nabi SAW bersabda:

“Orang-orang yang sombong bongkak kelak pada Hari Qiamat, akan dihimpunkan di Mahsyar kecil-kecil sebesar semut berbentuk manusia, diliputi oleh rasa kehinaan dari segala penjuru, mereka digiring ke dalam Neraka Jahanam, diliputi oleh api dan diberi minum dari thinatul kabaal iaitu dara bercampur nanah dari orang-orang Neraka.”

Begitulah ancaman Allah SWT kepada orang-orang yang sombong. Kenapa perlu sombong dengan kelebihan yang ada pada kita? Bukankah pada hakikatnya kita adalah sama. Berasal dari air mani yang hina. Lemah dan tidak bermaya, terkurung dalam rahim seorang wanita. Lalu lahirlah diri kita ke dunia yang penuh dengan fitnah dan dugaan. Sekiranya tidak dihijab oleh Allah SWT dengan daging dan kulit, tentu kita akan rasa jijik dan muntah. Bila melihat diri sendiri. Apalagi melihat orang lain.

Setiap manusia/insan daripada kita, apabila mati akan menjadi mayat. Busuk dan meloyakan jika ia dibiarkan terkapar di atas tanah. Untuk elakkan dari bau busuknya, terpaksa ditanam dalam-dalam di perut bumi. Kalau tidak tentulah ramai manusia yang muntah, tidak lalu makan, pening dan tidak senang hidup kerana terganggu dengan bau busuk. Lihatlah apa yang telah terjadi pada iblis laknatullah. Sebab sombong dengan kejadiannyalah iblis tercampak dari kedudukan mulia dan tinggi di sisi Allah SWT. Dibuang ke tempat yang hina-dina. Dari secantik-cantik makhluk, Allah melakhnat dia hingga menjadi sehodoh-hodoh makhluk Allah.

Iblis (Azazil) dulunya adalah ketua para malaikat. Dia telah beramal dan mengabdikan dirinya pada Allah SWT beribu-ribu tahun lamanya. Sehingga satu ketika tertulis di pintu Neraka, akan ada seorang muqarrobin (yang hampir dengan Allah) akan dihumbankan ke dalan Neraka, yakni telah disenaraikan sebagai salah seorang ahli Neraka. Maka apabila para malaikat menerima perkhabaran itu, masing-masing rasa bimbang. Rasa cemas dan takut. Masing-masing rasa diri mereka tidak selamat dari ancaman itu. Entah-entah mereka yang akan dicampak ke Neraka.
Lalu berusahalah para malaikat berjumpa ketuanya Azazil yang terkenal hebat di kalangan para malaikat; yang doanya tidak pernah ditolak oleh Allah. Malaikat Jibril, Mikail, Izrail dan seluruh malaikat datang kepada Azazil. Masing-masing minta Azazil mendoakan agar mereka bukanlah orang yang dimaksudkan oleh tulisan pada pintu Neraka itu. Lalu Azazil pun mendoakanlah keselamatan para malaikat itu. Tetapi satu kesilapan dilakukannya: dia lupa untuk mendoakan keselamatan dirinya.

Mungkin kerana merasa dia sudah hampir dengan Allah dan telah banyak buat ibadah maka Azazil rasa tidak mungkin dia pula yang akan dihumbankan ke Neraka. Tidak terlintas pun di hatinya tentang kemungkinan itu. Apabila Allah ciptakan Adam dari tanah lalu Allah perintahkan sekalian malaikat sujud padanya, Azazil amat tersinggung dengan perintah itu. Mengapa dia perlu sujud pada Nabi Adam? Siapa Adam? Adam dari tanah yang hina, sedangkan dia dari cahaya yang indah, lalu terasalah sombong dan bongkak di dalam diri Azazil.

Mana patut dia sujud pada makhluk yang lebih hina kejadian dari dirinya? Lantas iblis memberontak; tidak mahu sujud pada Adam, lalu Allah murka dan melaknatinya. Allah SWT halau dia dari kerajaan langit lalu dia merempat di bumi. Ketika dia hendak naik ke langit, para tentera Allah akan melontarnya dengan bola-bola api. Di Akhirat nanti, Allah sudah tetapkan tempat iblis di Neraka. Begitulah nasib orang yang sombong.

Sehebat mana pun manusia di dunia ini, kepalanya tidak akan boleh mencecah awan. Kakinya tidak akan mampu membelah bumi. Oleh itu, sebaik-baiknya biarlah kita bersikap tawadhuk pada makhluk, lebih-lebih lagi pada Allah. Sikap sombong bukan sahaja dimurkai Allah, malah dibenci oleh makhluk. Orang yang sombong amat mudah mengasari orang lain yang dirasakan lebih rendah dari dirinya. Sikap itu bertentangan dengan fitrah manusia. Tidak ada manusia yang suka dihina dan dikasari.

Sebaliknya, orang yang tawadhuk dan merendah diri, akan dihormati dan disanjung walaupun dia tiadak pernah meminta dihormati dan disanjung. Orang akan senantiasa teringat-ingat padanya, walaupun dia tidak pernah meminta diingati atau dimuliakan.
Ibnu Umar berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda:

“Jika kamu melihat orang tawadhuk, maka hendaklah kamu merendah diri dan jika kamu melihat orang-orang yang sombong, maka sombonglah mereka sebab yang demikian itu bagi mereka sebagai penghinaan dan untuk kamu sebagai sadaqqah.”

Untuk mendapat sifat tawadhuk dan merendah diri, ada beberapa cara. Antaranya ialah dengan selalu bergaul dengan orang-orang yang miskin dan hina seperti peminta sadaqqah. Atau bergaul dengan orang yang mempunyai sifat yang berlawanan dengan kelebihan yang ada dalam diri kita, yang dengan itu kita merasakan bahawa darjat kita di mata ramai nampak rendah. Kalau kita kaya misalnya, kita boleh hilangkan sifat sombong dengan selalu berkawan dengan orang miskin. Kalau kita sombong dengan keturunan bangsawan, berkawanlah dengan orang kebanyakan.

Di samping itu, selalulah kenangkan asal kejadian kita dari air mani yang hina. Serupa dengan orang lain juga. Apalah yang hendak disombong dan dibanggakan? Lagipun, apa yang menyebabkan kita jadi sombong itupun bukannya kekal. Kecantikan, harta kekayaan, kepandaian dan sebagainya, semuanya bersifat sementara.

Ingatlah ancaman Allah terhadap orang yang sombong:

“Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk Neraka Jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” (Al Mukminin: 60)

(DocFB Mohd Saiful Azlan-Berkongsi MINDA14Dec)

Rabu, 19 Januari 2011

KEDEKUT UNDANG 7 KEBURUKAN

KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta milikinya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.

Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam.
Firma Allah yang bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.”

Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta. Ia boleh menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengerjakan ibadat, sebaliknya memalingkan muka hati kepada dunia semata-mata.

Firman Allah, maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)

Jadi, bagi menyucikan sebahagian harta, setiap orang perlu manfaatkan harta itu dengan membelanjakannya ke jalan yang boleh memberi manfaat.

Kita juga disaran berusaha memperbaiki kelemahan dan ‘meloloskan’ diri daripada kemiskinan kerana kemelaratan itu hanya akan menjauhkan diri kita daripada Tuhan.

Tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jadi kita perlu sematkan dalam diri untuk bersedekah, Insya-Allah harta yang dikeluarkan akan diganti berlipat ganda.

Jangan hanya sebab harta benda kita bermusuh sesama sendiri.

Berdasarkan konsep rezeki yang diterangkan, Allah memberi jalan seluas-luasnya bagi setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk.

Justeru, selagi berpeluang bernafas, manfaatlah harta untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain kerana rezeki yang kita miliki kadangkala ada hak kepada orang lain.

Selain itu, menunaikan hajat orang lain juga boleh meluaskan jajaran rezek

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan boleh menggelapkan rupa, hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

Amalan bersedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki kita seluas-luasnya.

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam, maksudnya: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Saidina Abu Bakar berkata, maksudnya: Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan iaitu:

1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

2. Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan tenggelam dalam tanah.

3. Selepas meninggal, hartanya akan diwarisi mereka yang mempergunakan di jalan maksiat dan kemungkaran.

4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakit itu.

5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya.

6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, akibatnya hartanya musnah.

7. Allah meninggikan syahwat bakhilnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan

sumber dari bernama.
SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....