Kenapa seseorang perempuan boleh bersikap sombong? Seseorang yang merasa dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi lantas memandang rendah kepada orang lain adalah seorang yang sombong.
Biasanya manusia jadi sombong jikalau dia ada kelebihan daripada orang lain. Sama ada dari sudut paras rupa, suara, pangkat, keturunan, kekayaan, kemasyhuran, atau kerana banyak jasa dan amal. Kalau difikirkan secara logik akal, memang tidak patut benar manusia ini bersikap sombong. Kenapa? Katakanlah bahawa dari sudut rupa parasnya dia memang cantik tetapi apakah tidak ada orang lain yang lebih cantik dan lebih menawan daripada dirinya di dunia ini? Sudah pasti ada. Cuma dia sahaja yang tidak sedar, lantas dia pun rasa dia sahaja yang cantik dan menawan. Rupa yang cantik itu sebenarnya adalah satu anugerah mahupun tuah demi menikmati kebahagiaan dunia. Setengahnya menggunakan anugerah Allah itu untuk melakukan maksiat. Dengan menjadi model atau pun pelakon filem yang ditonton oleh ribuan mata yang agressif setiap hari.
Dengan kelebihan rupa yang ada pada dirinya, dia pun tawan ramai manusia yang bernama Lelaki. Lelaki, apabila dirinya sudah digodai, ditawan oleh paras rupa yang menarik dan cantik, anak, isteri dan rumahtangga sanggup dia lupakan! Si perempuan cantik itu pula merasa bangga kerana telah berjaya membuatkan lelaki tunduk di bawah telunjuk jarinya.
Apakah kecantikan yang dimiliki itu boleh kekal selama-lamanya? Sudah terlalu ramai kita saksikan dalam hidup kita seharian, orang yang secantik mana sekalipun di usia remajanya, bila hari tua nanti kulitnya akan menjadi tegang, kendur, pipi gebunya akan berkedut dan kecut, mata bundarnya akan jadi kelabu dan rabun, rambut ikal mayang mengurainya akan jadi putih.
Hilanglah semua kecantikan yang dibangga-banggakan. Kecantikan yang menjadikan dia sombong dan bongkak dengan manusia. Lebih-lebih lagi dia dianggap ungkal dan murka terhadap Allah kerana menggunakan rupa cantik untuk menentang hukum-hakam Allah SWT!
Kalaupun dia tidak sempat melihat hari tuanya, katalah dia mati di usia muda. Lalu jasadnya ditanam di dalam tanah. Maka ulat, cacing dan segala makhluk penghazam dalam tanah akan memamah hidung mancungnya, pipi gebunya, mata bundarnya dan seluruh dagingnya. Yang tertinggal nanti hanyalah tengkorak yang berlubang matanya, yang patah hidungnya, yang berceracak giginya dan tulang-tulang rangka yang keras dan pejal!
Mana dia kecantikan paras rupa yang dibangga-banggakan itu? Semuanya sudah binasa jua. Ia kerana semua itu bukanlah milik kita tetapi hanya dianugerah oleh Allah Yang Maha Pemurah. Apabila anugerah yang telah diberikan, ditarik kembali nikmatnya, maka tidak berdayalah kita hendak mengembalikan kecantikan itu. Oleh itu apa yang hendak dibangga dan disombongkan pada cantiknya rupa? Ingatlah bahawa ia semua bukan milik kita tetapi milik-Nya jua.
Lagi pula secantik-cantik manusia di dunia ini, tidak ada yang dapat menandingi kecantikan Nabi Yusuf. Kecantikan Nabi Yusuf pernah membuatkan sekumpulan wanita yang sedang memotong buah, terpotong jarinya disebabkan terlalu kagum dan asyik melihat kecantikannya. Adakah pernah kita sampai putus jari bila lihat ratu cantik? Tentu tidak pernah bukan.
Cantik itu satu nikmat yang dihadiahkan oleh-Nya. Kalau tidak pandai menjaga, ianya boleh menjadi sebab pemiliknya dihumbankan ke dalam api Neraka Jahanam! Beta[a tidak, kerana cantik, ada orang yang sanggup jual maruah diri. Sebab cantik, ada orang yang boleh memainkan diri lelaki sehingga mereka tertunduk pada kemahuannya. Sebab cantiklah, ada orang yang boleh pengaruhi kemenangan berada di pihaknya walaupun pada hakikatnya dia bersalah. Dengan kecantikan juga, ada orang boleh jadi mahsyur dan terkenal, disanjung dan dipuja oleh jutaan manusia. Menyebabkan dia sombong, bongkak dan lupakan sang pencipta, Allah Swt yang mengurniakan kecantikan itu padanya.
Nabi SAW bersabda:
“Orang-orang yang sombong bongkak kelak pada Hari Qiamat, akan dihimpunkan di Mahsyar kecil-kecil sebesar semut berbentuk manusia, diliputi oleh rasa kehinaan dari segala penjuru, mereka digiring ke dalam Neraka Jahanam, diliputi oleh api dan diberi minum dari thinatul kabaal iaitu dara bercampur nanah dari orang-orang Neraka.”
Begitulah ancaman Allah SWT kepada orang-orang yang sombong. Kenapa perlu sombong dengan kelebihan yang ada pada kita? Bukankah pada hakikatnya kita adalah sama. Berasal dari air mani yang hina. Lemah dan tidak bermaya, terkurung dalam rahim seorang wanita. Lalu lahirlah diri kita ke dunia yang penuh dengan fitnah dan dugaan. Sekiranya tidak dihijab oleh Allah SWT dengan daging dan kulit, tentu kita akan rasa jijik dan muntah. Bila melihat diri sendiri. Apalagi melihat orang lain.
Setiap manusia/insan daripada kita, apabila mati akan menjadi mayat. Busuk dan meloyakan jika ia dibiarkan terkapar di atas tanah. Untuk elakkan dari bau busuknya, terpaksa ditanam dalam-dalam di perut bumi. Kalau tidak tentulah ramai manusia yang muntah, tidak lalu makan, pening dan tidak senang hidup kerana terganggu dengan bau busuk. Lihatlah apa yang telah terjadi pada iblis laknatullah. Sebab sombong dengan kejadiannyalah iblis tercampak dari kedudukan mulia dan tinggi di sisi Allah SWT. Dibuang ke tempat yang hina-dina. Dari secantik-cantik makhluk, Allah melakhnat dia hingga menjadi sehodoh-hodoh makhluk Allah.
Iblis (Azazil) dulunya adalah ketua para malaikat. Dia telah beramal dan mengabdikan dirinya pada Allah SWT beribu-ribu tahun lamanya. Sehingga satu ketika tertulis di pintu Neraka, akan ada seorang muqarrobin (yang hampir dengan Allah) akan dihumbankan ke dalan Neraka, yakni telah disenaraikan sebagai salah seorang ahli Neraka. Maka apabila para malaikat menerima perkhabaran itu, masing-masing rasa bimbang. Rasa cemas dan takut. Masing-masing rasa diri mereka tidak selamat dari ancaman itu. Entah-entah mereka yang akan dicampak ke Neraka.
Lalu berusahalah para malaikat berjumpa ketuanya Azazil yang terkenal hebat di kalangan para malaikat; yang doanya tidak pernah ditolak oleh Allah. Malaikat Jibril, Mikail, Izrail dan seluruh malaikat datang kepada Azazil. Masing-masing minta Azazil mendoakan agar mereka bukanlah orang yang dimaksudkan oleh tulisan pada pintu Neraka itu. Lalu Azazil pun mendoakanlah keselamatan para malaikat itu. Tetapi satu kesilapan dilakukannya: dia lupa untuk mendoakan keselamatan dirinya.
Mungkin kerana merasa dia sudah hampir dengan Allah dan telah banyak buat ibadah maka Azazil rasa tidak mungkin dia pula yang akan dihumbankan ke Neraka. Tidak terlintas pun di hatinya tentang kemungkinan itu. Apabila Allah ciptakan Adam dari tanah lalu Allah perintahkan sekalian malaikat sujud padanya, Azazil amat tersinggung dengan perintah itu. Mengapa dia perlu sujud pada Nabi Adam? Siapa Adam? Adam dari tanah yang hina, sedangkan dia dari cahaya yang indah, lalu terasalah sombong dan bongkak di dalam diri Azazil.
Mana patut dia sujud pada makhluk yang lebih hina kejadian dari dirinya? Lantas iblis memberontak; tidak mahu sujud pada Adam, lalu Allah murka dan melaknatinya. Allah SWT halau dia dari kerajaan langit lalu dia merempat di bumi. Ketika dia hendak naik ke langit, para tentera Allah akan melontarnya dengan bola-bola api. Di Akhirat nanti, Allah sudah tetapkan tempat iblis di Neraka. Begitulah nasib orang yang sombong.
Sehebat mana pun manusia di dunia ini, kepalanya tidak akan boleh mencecah awan. Kakinya tidak akan mampu membelah bumi. Oleh itu, sebaik-baiknya biarlah kita bersikap tawadhuk pada makhluk, lebih-lebih lagi pada Allah. Sikap sombong bukan sahaja dimurkai Allah, malah dibenci oleh makhluk. Orang yang sombong amat mudah mengasari orang lain yang dirasakan lebih rendah dari dirinya. Sikap itu bertentangan dengan fitrah manusia. Tidak ada manusia yang suka dihina dan dikasari.
Sebaliknya, orang yang tawadhuk dan merendah diri, akan dihormati dan disanjung walaupun dia tiadak pernah meminta dihormati dan disanjung. Orang akan senantiasa teringat-ingat padanya, walaupun dia tidak pernah meminta diingati atau dimuliakan.
Ibnu Umar berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda:
“Jika kamu melihat orang tawadhuk, maka hendaklah kamu merendah diri dan jika kamu melihat orang-orang yang sombong, maka sombonglah mereka sebab yang demikian itu bagi mereka sebagai penghinaan dan untuk kamu sebagai sadaqqah.”
Untuk mendapat sifat tawadhuk dan merendah diri, ada beberapa cara. Antaranya ialah dengan selalu bergaul dengan orang-orang yang miskin dan hina seperti peminta sadaqqah. Atau bergaul dengan orang yang mempunyai sifat yang berlawanan dengan kelebihan yang ada dalam diri kita, yang dengan itu kita merasakan bahawa darjat kita di mata ramai nampak rendah. Kalau kita kaya misalnya, kita boleh hilangkan sifat sombong dengan selalu berkawan dengan orang miskin. Kalau kita sombong dengan keturunan bangsawan, berkawanlah dengan orang kebanyakan.
Di samping itu, selalulah kenangkan asal kejadian kita dari air mani yang hina. Serupa dengan orang lain juga. Apalah yang hendak disombong dan dibanggakan? Lagipun, apa yang menyebabkan kita jadi sombong itupun bukannya kekal. Kecantikan, harta kekayaan, kepandaian dan sebagainya, semuanya bersifat sementara.
Ingatlah ancaman Allah terhadap orang yang sombong:
“Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk Neraka Jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” (Al Mukminin: 60)
(DocFB Mohd Saiful Azlan-Berkongsi MINDA14Dec)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan