السلام عليکم

Selasa, 15 September 2009

BISKUT KURMA OAT

BISKUT KURMA OAT

Bahan-bahan
Kurma
Oat
Mentega
Gula

Cara-cara
1. Kurma dikisar dengan air panas (jadikan pes – jangan cair)
2. Cairkan Mentega
3. Oat campurkan sedikit gula
4. Masukkan mentega cair sedikit demi sedikit dalam campuran oat dan gula
5. Campuran oat digaul sehingga boleh boleh dikepal.
6. Lapiskan campuran oat dalam loyang kira-kira 1cm.
7. Letakkan lapisan kedua dengan pes kurma.
8. Letakkan lapisan ketiga sekali lagi dengan campuran oat.
9. Bakar dengan suhu 180C kira-kira 15 minit.
10. Sesudah sejuk baru boleh potong, dihidang dan makan.

Selamat mencuba.

1 ulasan:

  1. Salam,

    Interesting recipe. Looks sedap. InsyaAllah, akan suruh Yati cuba Raya ni. Kisar dengan biji2 sekali ke? Jahanam blender kang...LOL. Ada sorang Ustadh pernah bagi tahu that biji nya kalau di hancurkan dan di makan dengan madu mujarab utk tenaga, khususnya buat kaum lelaki??? Tapi nak hancurkan biji nya satu hal. Keras. Guna tukul besi pun tak tentu penyek. One more thing, apa2 kurma pun boleh atau kena guna Yusoof Taiyoob aje??..hehehe.

    Di saat2 penghujung Ramadan ini saya doakan moga ibadah kita sepanjang bulan yg penuh keberkatan dan dugaan ini di terima NYA, dan moga kita di beri Rahmah utk bertemu dgn Ramadan sekali lagi pd tahun depan...insyaAllah. Amin.

    Sempena Eid Fitri yang bakal menjelang saya sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, dzahir dan batin di atas segala keterlanjuran, kekurangan, kesilapan, kesalahan, kealpaan etc, etc, etc.... Halalkan F&B kami. Salam Aidil Fitri to you and Yanti sekeluarga...fr JJ, Yati & saya.

    Balik kampung ni Drive Carefully, Stay Well and Stay Safe.

    Salam

    BalasPadam

SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....