Ada seorang pemuda Arab yang baru saja
menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah
seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam
bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang
jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah
seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga
Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari
mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan
melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya
itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia
keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu
bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika
paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika
melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang
Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak
dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali,
namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi
itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin
keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang
pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa
saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di
wajahmu.'
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi
ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa
pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus
mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat
tersebut.
Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22
pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda
tersenyum dan berkata, 'Silakan!'
Sang paderi pun mulai
bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga
yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang
tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak
lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang
tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'
'Sebutkan
sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang
dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta
namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun
Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan
tanpa ayah dan ibu!'
'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah
yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah
yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah
yang terpelihara dari batu?'
'Sebutkan sesuatu yang diciptakan
Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap
ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah
naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua
yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang
dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh
seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir
roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh
yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu
yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada
sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t.
berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan
pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas
(kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada
sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu:
tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak,
darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari
sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang
berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua
belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk
kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu
memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun
sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing.' (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka
yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi
Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di
dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan
terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu
semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun
bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.' (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun
tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman,
'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk
yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu
Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t.
berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..'
(Al-Anbiya':69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta
Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang
terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu
yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum
wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang
memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari
maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan
Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan
Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub
mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak
pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar
menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'
Mendengar
pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan
dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja
itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.
Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan
kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu
pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'
Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'
Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '
Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '
Lantas
paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama
Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka
dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**
NOTA:
Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang
cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi
kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan
menjawab pertanyaan orang-orang kafir.
Saya pernah membaca dari
satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu
adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak
seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke
telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti
sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau
tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga
adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran
Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.
Wallahua'lam
semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!
www.selatanonline.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan