Seperti
yang kita tahu syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu
tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan
wudhu'.
Pernahkah
kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak
remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh
anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?
Banyak rahsia dalam kandungan wudhu' yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu' yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap
perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima
pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu'. Mata,
hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Ahli
saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu' yang
menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari
kaki berguna untuk menenangkan fikiran.Anda tentu pernah mendengar
akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif
yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun
wudhu'. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Pada
anggota badan yang terkena semasa berwudhu' terdapat ratusan titik
akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan
berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan
wudhu'. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel,
jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi
kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem saraf dan hormon bekerja
untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur,
suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang
disyari'atkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu'(rukun dan sunat)
Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata
terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu'!!Subhanallah!!
Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali
sehari...Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu.
Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki &
tangan...apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta
menarik yang ingin saya kongsikan:
Dari ilmu ahli akupuntur, di
celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik
tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain,
sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
Berkenaan telinga pula, walau pun
ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa
menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan
lembut juga.
Selepas
ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu'
kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan