السلام عليکم

Selasa, 24 Julai 2012

Doa berbuka puasa & selepas berbuka


Memandangkan kita di bulan Ramadhan, kami ingin berkongsi dengan pembaca doa berbuka puasa dan selepas berbuka untuk diamalkan bersama. Kalau boleh hafallah doa berbuka puasa ini. Doanya cukup mudah untuk dihafal. Kalau ada anak kecil latihlah mereka menghafal doa ini seawal usia muda mereka.
Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Selepas selesai berbuka puasa, bacalah doa seperti berikut:
Doa Selepas Berbuka Puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi SAW bersabda :
“Jika seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa orang Islam yang berpuasa disunatkan berbuka dengan buah kurma atau air biasa jika ketiadaan buah kurma. Inilah tertib atau sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Hikmah kita disunatkan berbuka dengan buah tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberi tenaga segera kepada badan.
Justeru itu, sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah SWT, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan di beri ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan juga di akhirat.
Doa Sahur Sebelum Sahur
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ya Allah engkau-berkatilah untuk-ku, didalam apa-saja-yang engkau-telah-merezekikan-ku, dan engkau-hindarkanlah-dari-ku azab sang-neraka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....