السلام عليکم

Rabu, 4 Julai 2012

Malam Pengampunan , Nisfu Syaaban


Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan . Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa , pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhanadalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa .    

Dan pada 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai malam Nisfu Syaaban yang mana pada malamnya ada banyak kelebihan . ( Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah . Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban . Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban )



Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr . Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang dirsebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a : 

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat . Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak . Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya , “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripadaMu . Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri .”

Antara amalan2 yang yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :- 


1)  Memperbanyakkan puasa sunat .   

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:  

“Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban , maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWTselama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid” .

2)  Memperbanyakkan doa , zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW .  

Sabda Rasulullah SAW : 

“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban , bertaqwa kepada Allah SWT , taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat , maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit ”  

3)  Bertaubat   

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu , dia berkata : Rasululullah SAWbersabda yang bermaksud :  

“Manakala masuk bulan Syaaban , sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.

..wallahu'alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....