السلام عليکم

Rabu, 12 Ogos 2009

RENUNGAN : MANUSIA DAN FITRAH

Manusia Dan Fitrah

Semua yang dikatakan manusia sama saja.Sejak Adam dan Hawa dicipta sampai umat akhir zaman mempunyai fitrah yang serupa.

Yang terpilih sebagai pesuruh Allah bergelar nabi dan rasul juga manusia biasa. Hanya diberi kelebihan pada setiap nabi itu mukjizat sebagai bukti kenabian dan setiap nabi berbeza kelebihan yang dikurniakan. Namun mereka juga menjalani berbagai ujian serta menempuh berbagai ancaman bahaya dalam tugas mengajak manusia mengesakan Allah.

Walaupun dengan kurnia mukjizat namun tidak mengubah prinsip manusia yang lalai, yang tidak beriman,yang suka merosak dan derhaka melainkan sedikit.Berkali-kali Allah turunkan bencana,azab dan kiamat kecil namun manusia tetap serupa.

Nabi Muhammad adalah misi terakhir dan Allah jadikan pelengkap dalam keseluruhan matlamatNya. Maka umat akhir zaman telah pun mendapat rahmat yang besar berbanding umat terdahulu.

Namun fitrah manusia tetap serupa seperti sikap umat terdahulu sedangkan umat akhir zaman lebih berakal dan boleh berfikir berbanding umat terdahulu yang jahil serba serbi. Namun ada juga manusia beriman tanpa ada nabi yang mempunyai kelebihan itu.

Demikian suatu perbandingan manusia dulu dan hari ini tentang memahami rahsia Allah mengatur. Mengatur perjalanan manusia yang diulang-ulang,umat berganti umat,nabi silih berganti dan berbagai kejadian sebagai sejarah.

Walaupun umat akhir zaman mendapat berita yang banyak perihal kejadian yang memberi kesedaran namun tidak semua manusia beriman.Tiada bezanya umat dulu dan akhir akan syurga atau neraka yang bakal menerima pelawat-pelawatnya. Demikian juga sakit azab yang berlaku didunia semasa dulu dan akhir zaman tetap sama sakitnya yang dirasakan Allah kepada yang berhak dihukum.

Oleh itu dunia ini hanyalah suatu pentas yang memainkan berbagai lakonan. Usah dibahaskan zaman dan masa atau pelakonnya kerana asas pelakon semuanya sama.

Hanya dua perkara sahaja hasil lakonan yang Allah kehendaki iaitu berjaya kembali seperti azali atau gagal keluar dari fitrah manusia. Fitrah manusia yang Allah cipta sebagai cenderong dunia dan terhijab.

Jika Allah kehendaki manusia ini beriman maka sudah tentu akan dijadikan malaikat atau terus berada dalam surga. Adam dan Hawa telah pun Allah buktikan kepada manusia bahawa tempat pertama adalah surga atau taman yang indah.Malangnya mereka berdua disingkirkan kerana berlaku zalim terhadap diri sendiri.

Oleh kerana Allah ciptakan Adam dan Hawa sebagai fitrah manusia maka demikianlah dunia tempatnya. Apalah ertinya bercinta dengan tuhan kalau secara nyata dan mudah.

Maka bukan itu sebenarnya fitrah manusia dijadikan.Telah Allah cipta berjenis makhluk dari konsep malaikat dan iblis,konsep tumbuhan dan haiwan,pelenet dan bintang serta matahari. Semuanya telah diketahui akan apa jadinya. Lalu suatu yang lebih adil dalam kesempurnaan konsep ciptaan ialah manusia dan jin. Keduanya akan diuji dengan tipu daya dunia maka siapakah berjaya kembali sedar akan hakikat tujuannya sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....