السلام عليکم

Selasa, 3 November 2009

MENGEJAR SESUATU YANG AKAN DITINGGALKAN




Ia merupakan sesuatu yang pelik. Bermati-matian mengejarnya. Ada yang mendapatkannya secara halal dan ada secara haram. Tak kira siang atau malam. Berlumba-lumba bagaikan tak ada kesudahan. Itulah harta dunia. Yang 'bestnya', setelah berjaya mengumpulnya tiba-tiba malaikatul maut datang menjemput. Kesemua harta tadi terpaksa ditinggalkan. Sebab di alam akhirat ia langsung tidak berguna. jadi apa yang berguna? Di sana yang berguna hanyalah pahala sahaja.



Orang yang bijak akan menukarkan sesuatu yang bakal ditinggalkan menjadi saham sebagai 'bekalan' untuk hari akhirat. Sebab itu Islam tidak menegah umatnya menjadi kaya. Tetapi ianya hendaklah dalam konteks yang betul sejak dari mula sampai akhir. Bermula dengan niatnya, perlaksanaannya hendaklah dipastikan dalam keadaan yang halal dan berkat. Jadi kalau anda mempunyai harta, jangan takut untuk bersedekah dan mengeluarkan zakat bila berkemampuan kepada yang memerlukannya. Belum pernah terjadi orang yang bersedekah menjadi papa kedana. InsyaAllah, Allah akan memelihara rezeki orang memberi sedekah. Sebenarnya sedekah itu bukanlah untuk orang lain bahkan adalah sebagai simpanan untuk diri sendiri jua.

Kesimpulannya.. rajin-rajinlah bersedekah dan mengeluarkan zakat, semoga kita semua diberkatiNYA.


...dari fikir2renung2.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....