السلام عليکم

Selasa, 13 Julai 2010

Manusia dan perkahwinannya...

Cuma untuk bacaan ringan.....


NO.: 1

Saat indah awal perkahwinan. ....

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama...
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !
Dara : Sayangku.... .!


Lepas 25 tahun perkahwinan

Sekarang Korang baca dari BAWAH KEATAS pulak.....

***********************************************************

NO.: 2 

suatu hari di sebuah banglow mewah!

ISTERI: abang! kereta kita ada masalahlah bang..

SUAMI: apa masalahnya..?

ISTERI: ada airlah bang dalam kaburator..!

SUAMI: air dalam kaburator? merepeklah awat ni...janganlah bodoh sangat...

ISTERI: betul bang..dah penuh air dalam kaburator..

SUAMI: mana boleh ada air dalam kaburator...dalam radiator kot!

ISTERI: situ lagi banyaklah bang!

SUAMI: mana kereta tu..?!!?

ISTERI: dalam kolam renang!!!

SUAMI: :marah:

*****************************************

NO.:3

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. eorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia.

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, “Ayah, apa itu politik?”. Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, “Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, “Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu.

Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang ‘membelasah’ si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, “Dah faham apa itu politik?.

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, “Dah!”. Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu.
 
Lantas si ibu mencelah, “jadi apa dia politik tu?”.

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. “sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik”.

Kali ini mata si ayah dan si ibu pulak yang kelipok-kelipok pejam celik.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....