السلام عليکم

Selasa, 27 Mac 2012

"the own style" AFIF di ER-Hospital Selayang

Cemas seketika!!!...
'the own style' Afif dikejarkan ke Unit kecemasan & Trauma, Hospital Selayang pada Selasa, 13hb Mac....
cerita bermula...
- hadiri Kelas Tambahan untuk persedian UPSR pada cuti seminggu semester pertama persekolahan.
- hari kedua, terima panggilan telefon dari cikgunya "Afif sakit kepala sangat, sampai meleleh air mata, minta ambil dari sekolah"... "ok cikgu, saya datang sekarang" ibunya membalas.
- sampai disekolah, waktu murid berehat.. Afif tertiarap di kerusi panjang kantin, menahan kesakitan.
- Afif cube berdiri dan berjalan.. tetapi melayang hampir jatuh..
- terpaksa papah afif ke kereta, sementara ibu ke pejabat sebentar utk maklumkan mengambil afif.
- duduk aje dalam kereta, mengadu sakit sangat di belakang kepala, macam nak muntah sambil menghentak kaki seperti terkejang..
- tanya apa sebenarnya berlaku, baru Afif cakap "kepada saya kene pukul ngan besi feather duster dat belakang, tolong la saya sakit sangat ni!!.."
- terkejut dgn itu, bertanya "sape pukul?, kenapa kene pukul?...."
- "saya cube protect Saiful (kawan autis sekelas dia..) dari terus kene ejek.. kene pukul ngan M*** H***.. kat belakang kepala masa saya dh duduk.."
- peerggghhh!!!... terkejut & marah gak, try cool ngan istifar beberapa kali..
- dh terasa tenang skit, berlari ke kelas Afif untuk bertanya hal sebenar...
- dlm kelas, 2 rakan afif (1 Malay & 1 Indian).. mencerita apa sebenarnya berlaku...
- ringkas ceritanya sama macam cakap, tapi cume tambah action dgn tunjuk mcm mana punca kejadian mula berlaku, sape yg terlibat, sape yg nampak kejadian, tempat kejadian... & mcm2 dgn penuh emosi gak.."
- sedang menerima penerengan kawan Afif, cikgu kelas dtg hampir.. dan baru dia tau ape yg terjadi ngan Afif.. cikgu : "elok Encik bawa Afif cepat ke hospital.."
- kawan2 Afif yg lain cari keliling sekolah M*** H**** untuk dihadapkan kepada cikgu disiplin.. ibu Afif yg  bertemu cikgu disiplin & cuba selesaikan bersama murid terlibat & cikgu...
- ke kereta menenangkan Afif...
- terus ke Unit ER, Hospital Selayang... ibu uruskan pendaftaran & uruskan pemeriksaan saringan pertama utk Afif...
- Pemerikasaan kedua, doktor arahkan untuk buat pemerikasaan teliti dgn X-ray dan obsevation di wad selama 4 jam dgn memberi sedatif ubat tahan...
- kat bilik X-ray.. Afif tak tahan... terus MUNTAH!! dgn banyak & terkene sedikit equipment bilik X-ray...
- berjaya gak X-ray dgn alat yg lain.. nasib baik ada 2 mesin x-ray tuuu...
- selesai X-ray... terbaringlah Afif di atas katil pemerhatian wad kecemasan... selama beberapa jam afif mcm  pengsan.. tidur sebenarnya hasil ubat tahan tuuu..
- Alhamdulillah.. Afif dibenarkan pulang jam 3.15 ptg tetapi tetap ngan perhatian selama 48 jam seterusnya, jika ada simptom kecederan di kepala dgn nota yg doktor diberikan...
- banyak nk cerita.... banyak kesan berlaku selepas kejadian "the own style" Afif ni... banyak.. banyak.. tp lain kali laaa cerita...
- Apa apa pun... Afif pulih & semoga tidak berlaku kejadian seumpama lagi..
- Alhamdulillah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....