السلام عليکم

Selasa, 26 Januari 2010

MENDIDIK DIRI

... Mendidik diri, anak @ anak-anak,
... dengan cara penampilan dan perkara yang harus di amalkan.

1.. Biasakan menyebut nama Allah ketika mulai makan dan minum, serta bersyukur kepada Allah ketika selesai makan.

2.. Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan mengunyah makan dengan baik.

3.. Biasakan mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

4.. Biasakan makan dengan wajar dan elakkan jauhkan daripada sifat rakus.

5.. Biasakan makan makanan didepan dan paling hampir.

6.. Biasakan diri dan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga dengan membuang kotoran, biasakan menggunkan tangan kiri.

7.. Jangan biarkan dan biasakan menghisap jari dan menggigit kuku.

8.. Biasakan memberi dan menerima makanan dan barangan dengan tangan kanan.

9.. Jangan biasakan memakai baju dan seluar pendek.

10.. Jangan biasakan tidur tertiarap.

11.. Biasakan makan roti kering, tanpa kuah sehingga tidak menganggap kuah itu sebagi satu keharusan.

12.. Biasakan memberus gigi ketika bangun tidur, selepas makan dan diwaktu hendak tidur.

13.. Biasakan mengucap dua kalimah Syahadah dan mengulangnya setiap hari.

14.. Biasakan membaca Alhamdulillah setiap kali lepas bersin.

15.. Menutup mulut dengan cara betul tiap kali menguap.

16.. Biasakan berterima kasih di atas kebaikan orang lain.

17.. Biasakan diri dan anak-anak berjalan dijalan yang disediakan dan bukan ditempat yang boleh membahayakan.

18.. Jangan melempar kotoran dijalan, biasakan menyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya.

19.. Mengucap dan menjawab salam dengan sopan.

20.. Hormati milik orang lain.

21.. Jangan bertengkar di depan anak-anak supaya tidak hilang wibawa terhadapa mereka.

22.. Biasakan diam ketika azan, menjawab azan dengan baik, berselawat atas nabi dan berdoa memohon wasilah.

Wallahu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....