السلام عليکم

Khamis, 21 Januari 2010

QUNUT....

Solat Subuh bersama imam yang tidak membaca qunut, solat tetap sah. Tidak perlu mufarakah daripada imam dan tidak bersolat berjamaah disebabkan imam tidak membaca qunut.Solat berjamaah lebih besar pahala daripada solat bersendirian.
Terdapat perselisihan pendapat antara ulama berkenaan membaca qunut dalam solat subuh. Imam Malik berpendapat qunut dalam solat subuh sebagai mustahabb ( sunat yang digalakkan). Imam al-Syafie mengatakan ia sunat dan Imam Abu Hanifah mengatakan tidak harus membaca qunut dalam solat Subuh. Semua pendapat mempunyai alasan berdasarkan Sunnah Nabi SAW.
Dengan itu tidak timbul siapa yang salah kerana ia perkara cabang dalam fikah semata-mata. Bagi Mazhab Syafie, qunut solat Subuh termasuk dalam perkara sunat ab'adh iaitu perkara sunat yang dilakukan dalam solat bagi kesempurnaan solat. Apabila tertinggal atau terlupa melakukan sunat ab'adh, digalakkan melakukan sujud sajwi. Alasannya melakukan sujud sahwi adalah agar ia dapat menyempurnakan perkara sunat yang tertinggal. Jika tidak melakukan sujud sahwi, solat tetap sah dan tidak menjejaskan sahnya solat subuh tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....