السلام عليکم

Rabu, 28 April 2010

Antara Pesanan dan Ingatan

1. Sepatutnya orang mukmin itu makin bertambah nikmat, makin bertambah risau kerana nikmat yang sedia ada belum tentu boleh bersyukur, kemudian ditambah lagi nikmat, ini ditakutinya juga tidak akan dapat atau lupa bersyukur.

2. Di akhir zaman ini orang selalu memperjuangkan haknya. Kalau tidak dapat boleh jadi masalah dan perbalahan. Jarang sekali di akhir zaman ini orang yang berjuang mengorbankan haknya demi keredhaan Allah dan khidmat untuk masyarakat.

3. Orang yang tamak tidak akan terasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang ada, dia seolah-olah tidak nampak lagi apa yang dia ada. Benda yang itulah yang menjadi dalam fikiran dan ingatannya. Sebab itulah orang yang tamak selalu sahaja susahkan apa yang dia tiada.

4. Salah satu daripada yang boleh membawa pecahbelahnya masyarakat adalah kerana cintakan dunia, maka berebutlah mereka mendapatkannya dengan itu terjadilah perbahalahan.

5. Orang mukmin sejati itu walaupun dia tidak menolak nikmat dunia, tetapi nikmat itu dia tidak jadikan rebutan, dia boleh bertolak ansur dengan orang lain.

6. Anggaplah nikmat dunia yang diberikan itu, kita tidak layak menerimanya. Anggaplah kesusahan dunia itu, layak kita menerimanya. Anggaplah kedua-duanya adalah untuk ujian bersyukur dan menguji kita... Sanggupkah kita????

....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMOGA MEMBERI MANAFA'AT DAN DIBERI MANAFA'AT SERTA KEBERKATAN....